Solo Travel For Meet Greet Mutyara Family
Solo Travel For Meet & Greet Mutyara Family | Solo travel? Tak pernah hakak mimpi sejak ada kanak-kanak riang 4 ketul itu. Hakak & rumet memang tak boleh travel without the kiddos sebab terasa macam sunyi, rasa seperti tak lengkap. Even keluar shopping barang dapur pun kalau boleh nak angkut semua rakyat jelata. Cuma, sejak Arsyad dah semakin besar ni, dia selalu mintak excuse tak nak ikut. Tu pun, ibu tinggal dengan 101 pesanan. Haha!
Back to story mory, kali ni, hakak buat keputusan untuk solo travel ke Kuala Lumpur untuk memenuhi jemputan founder JAMU MUTYARA iaitu Tya Ariffin. Sebenarnya, hakak dah jadi sebahagian keluarga produk JAMU MUTYARA ni. Since balik dari #NUH2020 hari tu, hakak berkeinginan mencari bisnes yang menyediakan pakej fully mentoring dan coaching.
Alhamdulillah, hakak pilih JAMU MUTYARA sebabnya produk ini sangat bagus dapat memberi manfaat kepada semua wanita. Yes! Misi memperkayakan wanita bermula! Hehehe
With Boss Tuan Asyraf Khalid.
Very down to earth person!So, Tya Ariffin dan Tuan Asyraf Khalid menjemput semua agent & stokis seluruh Malaysia untuk datang bagi sesi "MEET & GREET". Since aku memang nak all out dan fokus bisnes JAMU MUTYARA ni, so, hakak usulkan cadangan pada rumet untuk hadiri event ni. Alhamdulillah, rumet nampak kesungguhan hakak sejak balik dari NUH 2020 haritu dan memberi izin untuk hakak travel solo ke Kuala Lumpur
Bagi hakak, komitmen sangat penting untuk buat bisnes ni. Hakak dah tinggalkan diri hakak yang lama yang terlalu banyak alasan. Dan hakak berharap, hakak dapat fokus buat bisnes JAMU MUTYARA ni dengan melahirkan lebih ramai usahawan di bawah #TEAMSISGEE.
Trip Kuala Terengganu Ke Subang
Flight hakak jam 8.40 pagi. Untuk memudahkan perjalanan pergi dan balik, hakak drive sendiri ke airport. So, rumet boleh fokus anak - anak. Alhamdulillah, sampai airport on time, sempat duduk sekejap sementara gate dibuka.
Ni pengalaman pertama hakak dengan Malindo Air. Kebetulan haritu hakak beli tiket murah, harga lebih kurang RM78+ sehala. Dah lah ke Subang, lagi jimat masa kan? Kalau tiket bas dalam RM50 lebih kurang, perjalanan lebih 6 jam. Rasa macam berbaloi dah dengan harga tiket dan tempoh masa hanya sejam perjalanan.
Alhamdulillah, dapat seat sebelah perempuan juga. Hehe. Seat Malindo ni couple seat. So, mestilah nak duduk sebelah dengan gugurl jugak kan. Syukur Allah permudahkan urusan hakak. Yang sebelah pulak jenis tak sembang banyak, maybe sebab strangers so memang hakak rest and relax je sepanjang perjalanan. Flight smooth je dan sampai on time.
Sampai di Subang Airport, baru terasa lapar sebab perut belum diisi. Malas nak fikir, hakak terus ambil grab ke lokasi Meet & Greet. Lebih baik sampai awal.
Luncheon Meet & Greet Family Mutyara di TheLove@Matic (Saloma Bistro)
Alhamdulillah, sampai awal di TheLove @ Matic. Dahulunya, tempat ini dikenali sebagai Saloma Bistro. Memang lawa tempatnya. Dah sampai, sempat jumpa dengan agent dan stokis terawal yang sampai iaitu Ck Dor dan Kak Na.
Excited dan seronok bila dapat berkenalan dengan circle baru. Bab kata Dr Azizan, kita kena ubah circle lama kalau nak berkembang dan berjaya. Sentiasa mencari circle yang lebih positif.
Proses pendaftaran hakak disurprisekan oleh Team Mutyara sebabnya siap dapat FREE JAMU MUTYARA! Semua yang lain pun agak terkejut dan excited. Lagi, kami diberi tag yang tertulis nombor ID agent dan stokis dan juga sehelai t shirt MUTYARA.
With Head Of Coaching, Miss DBertemakan t shirt MUTYARA dan tudung berwarna nude/cream/light brown, semua tampak sangat cantik. Bertambah excited bila moment Tya muncul dan mulakan dengan sesi salam cium pipi. Hehe. Seriously, Tya & Asyraf memang sangat down to earth.
Antara pengisian sesi Luncheon Meet & Greet kalini adalah diadakan sesi intro seperti di kelas Dr Azizan ( bara bara bara, bla bla bla ), ada speech dari Tya dan Asyraf, pembentangan video, games, top achiever, sharing dari top achiever dan of cos sesi makan makan luncheon. Hehe.
Bersama Ck Dor, salah seorang top achiever of the month.
Event berakhir dalam jam 4 petang. Dan hakak terus bergegas untuk balik sebab flight balik petang itu juga.
Overall, memang seronok dan excited bila dapat bercakap secara personally dengan founder sendiri. Alhamdulillah dan thanks to all Team Mutyara!!
Sempat Mengopi di Toastbox Sebelum Balik Ke Terengganu
Alhamdulillah, my sistas nak pick up hakak untuk ke Airport Subang. Yeay! Sempat jumpa ahli keluarga walaupun tak jumpa semua. Hehe. Sampai airport pun masih awal lagi dan sempat lagi my sistas ajak mengopi di Toastbox. Itu adalah pertama kali hakak mengopi disitu.
Deko dalam Toastbox memang lawa dan mendamaikan. Kami pilih seat tepi tingkap, dapat lah tengok view kapal terbang. Haha!
Kopi Toastbox sedap gila ya ampun!!! Plus roti bakar dia! Perghhhh! Should try it again! Hahahaha!
Syukur, Trip Sehari ke Kuala Lumpur Dipermudahkan
Alhamdulillah hakak tak serik untuk solo travel lagi dan lagi. Malah, rumet hakak pun nampak lebih trust untuk hakak buat keputusan. Banyak ilmu dan manfaat hakak dapat dengan menghadiri sesi Meet & Greet kali ini.
Thanks to rumet sebab ambil tugas si isteri seharian. Thanks juga pada Tuan Asyraf dan Lady Boss Tya sebab buat session Meet & Greet ini supaya bonding kita lebih rapat. Next time buat lah lagi please! Hehe! Also thanks to all Team Mutyara sebab bekerja keras untuk merealisasikan event kali ni. To all Usahawan Mutyara, moga ada rezeki untuk kita berjumpa lagi!! Thanks semua!! 💜
INSTAGRAM | FACEBOOK | WHATSAPP
#MalindoExperience#sisgeesolotravel#sisgeejalanjalan#UsahawanMutyara
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sisgee.com/2020/02/solo-travel-for-meet-greet-mutyara.html