Solidariti Keamanan Di Dataran Merdeka Pagi Ini


Bernama Perhimpunan Solidariti Keamanan hari ini, susulan insiden serangan pengganas di masjid Christchurch, akan menggunakan simbol burung merpati putih berlatar belakangkan bunga raya sebagai simbol kedamaian. - Gambar fail 

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik akan berkumpul di Dataran Merdeka di sini pagi ini bagi melahirkan satu suara kedamaian sejagat dan menolak kebencian.

Perhimpunan Solidariti Keamanan yang dijadual dari 7 pagi hingga 11 pagi, susulan serangan dua masjid di Christchurch, New Zealand itu adalah untuk rakyat Malaysia bersandarkan konsep keamanan dan kedamaian tanpa mengira agama dan ideologi politik.

Menggunakan simbol burung merpati putih berlatar belakangkan bunga raya sebagai simbol kedamaian, perhimpunan itu akan bermula di hadapan pusat membeli-belah Sogo pada pukul 7 pagi, sebelum peserta, dengan pakaian berwarna putih, berarak ke Dataran Merdeka.

Perhimpunan anjuran Jabatan Perdana Menteri (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam) dan Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) dengan kerjasama Civil Society Organisation (CSO) itu dijangka disertai 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan agama seperti Sikh, Taoism, Buddha, Kristian, Hindu dan Islam.

BACA: Sekilas lalu kunjungan Mujahid ke New Zealand

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya menerima notis permohonan perhimpunan pada 8 Mac lepas dan polis mengeluarkan notis kebenaran bersyarat pada Khamis.

"Polis telah beri kebenaran (perhimpunan) kerana mereka mematuhi syarat-syarat perhimpunan termasuk tempoh waktu perhimpunan itu," katanya.

Antara pengisian perhimpuan itu ialah ucapan wakil-wakil agama, pelancaran Simbolik Solidariti Kedamaian dan Deklarasi Kedamaian KL 2019.

BACA: Perhimpunan aman solidariti kedamaian, tolak kebencian, Sabtu ini 

Wakil keluarga Allahyarham Mohd Haziq Mohd Tarmizi, yang terbunuh dalam kejadian tembakan di dua masjid di Christchurch New Zealand, Jumaat lepas dan wakil Suruhanjaya Tinggi New Zealand di Malaysia juga dijadual berucap pada Perhimpunan Solidariti Keamanan itu.

"Pada suasana dunia hari ini yang menyaksikan peningkatan kebencian sesama manusia sehingga berlakunya banyak insiden keganasan termasuk yang terkini di New Zealand, sebagai rakyat Malaysia kita bukan sahaja mahu melahirkan rasa simpati tetapi kita mahu tunjuk lebih dari itu.

"Di Dataran Merdeka nanti, kita akan mendengar ucapan-ucapan yang membawa mesej kedamaian dan akhirnya kita akan membuat satu deklarasi yang membawa suara hati rakyat Malaysia yang menentang sebarang bentuk kebencian dan keganasan, sebaliknya mahukan kehidupan yang aman damai," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

BACA: Jawatankuasa khas dibentuk bawa mesej perpaduan dan keamanan

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan pada Jumaat berkata Malaysia menolak sekeras-kerasnya kebencian dan menyeru semua pihak agar tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk menabur kebencian dan menghasut ke arah keganasan.

"Malaysia berdukacita dengan tragedi berdarah di Christchurch minggu lepas. Seluruh rakyat Malaysia bersedih dan berdukacita atas pemergian Allahyarham Mohd Haziq serta 50 orang lagi umat Islam yang syahid diserang pada 15 Mac 2019," katanya.

BACA: Serangan solat Jumaat: 'Wajah Haziq tersenyum'

-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/solidariti-keamanan-di-dataran-merdeka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penerangan Perdana Siapa Itu Muhammad Bin Adullah Di Dataran Merdeka

Penerangan Perdana Siapa Itu Muhammad Bin Adullah Di Dataran Merdeka

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 295 hits
Kiranya aku punya kekuasaan dan keupayaan dengan isu isu penghinaan kepada Nabi Muhammad dewasa ini Aku mahu anjurkan Penerangan
Bangun 5 Pagi Untuk Masak Bekal Sekolah Anak Ayah Ini Kongsi 30 Idea Bekal Anak Ke Sekolah Terbaikk

Bangun 5 Pagi Untuk Masak Bekal Sekolah Anak Ayah Ini Kongsi 30 Idea Bekal Anak Ke Sekolah Terbaikk

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 725 hits
Pasti ada ibu bapa di luar sana yang ingin menerapkan sikap membawa bekal ke sekolah dalam diri anak anak Selain lebih jimat ia juga jauh lebih berkhasiat dan selamat dimakan apabila dimasak dari rumah Kebiasaannya golongan ibu lebih sinoni...
Tip Mudah Bangun Awal Pagi Yang Boleh Diamalkan

Tip Mudah Bangun Awal Pagi Yang Boleh Diamalkan

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 436 hits
Pada pendapat umum masalah sukar bangun pagi sering dikaitkan dengan kecenderungan sifat seseorang Ada orang yang sukar bangun awal dan ada yang lebih selesa bangun sebelum matahari terbit Kenyataan ini benar Namun ianya tidak bermakna kece...
Mandi Jam 5 Pagi Kulit Anda Akan Jadi Lebih Cantik Dan Gebu

Mandi Jam 5 Pagi Kulit Anda Akan Jadi Lebih Cantik Dan Gebu

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 405 hits
Selain faktor pemakanan banyak faktor yang boleh membantu mencantikkan kulit anda Selain perlu menjaga pemakanan mandi seawal pukul 5 pagi turut membantu dalam mencantikkan kulit anda Menurut kajian kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih ...
Michael Garing Jalani Hukuman Gantung Sampai Mati Pagi Tadi

Michael Garing Jalani Hukuman Gantung Sampai Mati Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 707 hits
PELAKSANAAN hukuman mati ke atas rakyat Malaysia Michael Garing dijalankan di Penjara Changi pagi ini menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura hari ini Michael warga Sarawak disabitkan atas kesalahan membunuh pada 2015 oleh mahkamah...
Langit Biru Pagi Hari Di Bandar Desaru Utama Johor

Langit Biru Pagi Hari Di Bandar Desaru Utama Johor

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 426 hits
LANGIT BIRU PAGI HARI DI BANDAR DESARU UTAMA JOHOR Assalamualaikum wbt Pagi tadi seperti biasa mommy bersiap untuk pergi ke pejabat Seawal jam enam pagi mommy dan kawan kawan menunggu di depan pagar rumah menanti kedatangan pemandu Setengah...
Negara Teluk Tolak Pengakuan As Soal Israel Kuasai Dataran Tinggi Golan

Negara Teluk Tolak Pengakuan As Soal Israel Kuasai Dataran Tinggi Golan

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 428 hits
Deklarasi pengakuan AS itu disebut sebagai pelanggaran atas Piagam Perserikatan Bangsa Bangsa dan hukum internasional
Muncul Hiu Setelah Banjir Bandang Di Dataran Tinggi Sentani Papua Pertanda Apa Ini

Muncul Hiu Setelah Banjir Bandang Di Dataran Tinggi Sentani Papua Pertanda Apa Ini

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 354 hits
Foto dan video munculnya ikan hiu pasca terjadinya banjir bandang di Sentani Jayapura bikin heboh Foto dan video penemuan ikan hiu tersebut tersebar di media sosial Ikan tersebut memiliki ciri fisik dari moncong badan dan sirip yang sangat ...
Tips Mudah Untuk Anak Senang Bangun Pagi Ke Sekolah

Tips Mudah Untuk Anak Senang Bangun Pagi Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 398 hits
Buat anak anak yang sudah memasuki alam persekolahan akan menjadi sulit buat ibu bapa kerana ibu bapa perlu mengerakkan anak anak untuk bangun pagi Ini juga salah satu penyebab stress di pagi hari Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini ...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

User Acquisition And Retention

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Video Chinese Journalists Commended For Speaking Fluent Malay While Enjoying Nasi Kandar