Solidariti Ismail Haniyeh Solat Ghaib Hajat 3 Ogos Ini
1. Solidariti Ismail Haniyeh: Solat ghaib, hajat 3 Ogos ini
KUALA LUMPUR: “PAS menyeru seluruh umat Islam agar mengadakan solat ghaib dan diikuti solat hajat serta qunut nazilah pada 3 Ogos ini sempena Hari Solidariti Rakyat Palestin yang terus diserang dan yang masih ditahan di penjara-penjara Israel.”
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata demikian susulan tragedi pembunuhan Ketua Biro Politik, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran pada awal hari ini, Rabu (31 Julai).
Menurutnya, tindakan Israel yang disifatkan sebagai ‘pengecut’ itu dikaitkan dengan pembunuhan kematian pemimpin kanan Hamas, dan seorang pengawal peribadinya.
“PAS beranggapan insiden ganas ini berkait rapat dengan ketegangan yang berlaku di Timur Tengah, terutamanya genosid berterusan di Gaza yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel dan peranan Haniyeh sebagai pemimpin utama yang mengetuai penentangan terhadapnya.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga berkata, pembunuhan ini berkait dengan peningkatan konfrontasi yang berlaku antara Israel dan Hizbullah di Lebanon dan tekanan meluas yang dihadapi oleh rejim berkenaan dan pemimpinnya daripada komuniti dunia.
“Ini termasuklah daripada PBB dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) susulan tindak-tanduk rejim berkenaan yang melampaui batas undang-undang Antarabangsa dan kemanusiaan, terutamanya di Gaza,” katanya.
Sehubungan itu, dengan perkembangan terbaharu ini, ujar beliau, besar kemungkinan konflik yang berlaku akan merebak lebih meluas ke seluruh rantau terbabit dan semua usaha ke arah penyuraiannya akan menempuh jalan sukar.
“Rejim Zionis Israel mesti dihukum bertanggungjawab di atas seluruh siri-siri kekejaman yang menghancurkan keamanan dunia ini.” ujarnya.
Dalam pada itu, menurut Takiyuddin PAS mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua yang mati syahid tersebut, sekali gus merakamkan sokongan serta solidariti penuh dengan rakyat Palestin dan umat Islam di wilayah terbabit dalam perjuangan sah mereka menentang pencerobohan dan penjajahan Israel dan sekutunya sejak sekian lama. – HARAKAHDAILY 31/7/2024
2. PAS kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh hari ini.
“Seluruh dunia perlu mengutuk Israel yang pengecut dan bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza,” kata presidennya Abdul Hadi Awang.
Hamas hari ini mengumumkan kematian Ismail dan mendakwa ia berlaku akibat serbuan Israel di kediaman allahyarham di Tehran, Iran.
Pasukan bersenjata Palestin itu berkata sedang menyiasat lanjut serta mengingatkan bahawa pelakunya tidak akan terlepas daripada hukuman.
Israel belum mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu. Bagaimanapun, seorang menterinya Amichay Eliyahu meraikan kematian itu dengan berkata ia “akan menjadikan dunia ini lebih baik”.
Dalam kenyataan sebentar tadi, A.Hadi mengucapkan takziah kepada keluarga Ismail atas tragedi itu.
“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka dan dikurniakan ganjaran syahid di sisi Allah,” katanya. (IH).
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sedikit mengenai As-syahid Ismail Haniyeh. Pada Mei 2017, Hamas yang mentadbir Gaza, memilih Ismail,54, sebagai pemimpin biro politik, menggantikan Khaled Meshaal.
Dia lahir di kem pelarian di Gaza selepas ibu bapanya berhijrah dari bandar Asqalan selepas Israel-AS menubuhkan negara haramnya pada 1948.
Ismail merupakan graduan dalam bidang sastera Arab daripada Universiti Islam, Gaza. Pada tahun 1983, di universiti, dia menyertai gerakan Blok Pelajar Islam.
Ismail merengkok dalam penjara Israel pada hujung tahun 1980 dan selamat daripada beberapa cubaan bunuh dari si Israel bangsat semasa beliau mendaki tangga kepimpinan Hamas. Awal tahun ini, Israel telah membunuh tiga orang anaknya dalam serangan di utara Gaza.
Al-hamdulillah beliau dan keluarga dijemput Allah SWT sebagai 'As-syahid' yang menjadi idaman setiap mujahidin.
Sekian dulu.
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..'
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.
...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2024/08/solidariti-ismail-haniyeh-solat-ghaib.html