Apa Setelah Kesyahidan Ismail Haniyeh


 

Apabila Zionis memilih untuk membunuh as-Syahid Ismail Haniyeh pemimpin Hamas di Tehran, mereka melakukannya secara kalkulatif. Pertama, ia dilakukan selepas pertabalan presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian yang dinamai sebagai seorang moderat. Kedua, ia dilakukan di Iran dan bukan di negara sekutu Amerika Syarikat seperti di Turki atau Qatar. Ini untuk mengelakkan pertembungan antara Israel dengan dunia Sunni. Ketiga, ia berlaku setelah pembunuhan Fouad Shukur, salah seorang panglima perang Hezbollah, seorang komander yang menurut Amerika Syarikat perancang pengeboman marin Amerika pada tahun 1983 sekali gus membawa kejayaan Lubnan untuk mengusir Amerika dari Beirut.
Tiga faktor tersebut bakal memberikan warna latar masa depan politik antarabangsa yang signifikan, khusus di Timur Tengah dan juga bakal mengganggu keseimbangan hubungan Timur-Barat, dunia Islam-Amerika Syarikat; dan paling besar ialah bagaimana ia akan merombak seluruh naratif penentangan terhadap Zionis. Tiga faktor di atas akan saling berkait dan boleh memberikan kita panduan apa yang berlaku setelah ini.
Begini, pelantikan Masoud sebagai presiden Iran baharu adalah faktor pertama yang perlu diambil kira. Masoud, seorang moderat dan digambarkan tidak mewakili kelompok konservatif di Iran akan kini berada di persimpangan. Meskipun dapat dihujahkan yang siapa pun dilantik sebagai kepimpinan di Iran tidak akan merubah sikap terhadap Palestin, pembunuhan Ismail di Tehran hanya beberapa jam setelah Masoud mengangkat sumpah bakal meletakkan Masoud itu di jurang paling tepi untuk bertindak. Beliau kini mungkin perlu melupakan hasrat untuk berdialog dengan Barat, dan membaiki ekonomi negaranya menerusi negosiasi sekatan ekonomi yang telah berlangsung sedemikian lama secara sepihak. Untuk itu Masoud akan tersudut untuk memilih pembalasan yang mempunyai impak serupa.
Justeru, kesyahidan Ismail, seorang Sunni yang didukung kuat oleh negara Syiah seperti Iran kini akan meletakkan Masoud seorang pakar bedah jantung dan tokoh akademik berjaya dalam dilema yang sulit. Masoud tidak akan boleh lagi bermain tarik tali dengan kelompok konservatif di negaranya, dan akan hanya beroleh satu sahaja pilihan – ikut sama arus perdana – untuk mengambil sikap tegas terhadap Israel dan blok Barat.
Pembunuhan Ismail di Tehran merupakan satu tamparan memalukan buat negara itu. Sebetulnya siri pembunuhan yang jahat telah berlaku acap kali terhadap saintis nuklear Iran, di dalam negara itu. Justeru sasaran kali ini iaitu pemimpin Hamas tersebut dapat dikatakan agak mudah untuk Zionis. Iran mungkin boleh bertolak ansur dengan pembunuhan rakyat mereka sendiri di tanah Parsi itu, tetapi tindakan Zionis membunuh seorang pemimpin besar dunia Sunni, malah dapat dikatakan juara dalam kalangan umat Islam untuk ramai orang Islam di seluruh dunia tidak akan mendiamkan pemimpin agung Iran, Sayyid Ali Khamenei.
Pembunuhan Ismail di Iran akan memaksa Iran untuk tidak lagi bersikap terlalu berhati-hati. Maka jika Iran cukup bijak melangkah selepas ini, negara ini akan beroleh pewajaran paling matang sebagai blok hadapan dunia Islam.
Kedua, pembunuhan Ismail dilakukan di Tehran, di sebuah negara Syiah yang mana blok Barat bersama Zionis telah menghabiskan banyak masa, dana dan naratif untuk melaga-lagakan mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah dan Syiah. Dengan Turki dan Qatar yang memang tidak boleh diharap, ramai kini yang terkejut dan tidak menyangka betapa Hamas akrab dengan Iran. Turki kini dipandang enteng, terutama kerana ia mempunyai hubungan diplomatik dan dagang yang pesat dengan Israel, manakala hubungan ekonomi Qatar dan Israel memang agak memberangsangkan sejak tahun 1996. Membunuh Ismail di Tehran, Iran kini berada dalam posisi unik untuk mempunyai alasan melawan Israel secara langsung. Iran kini sah sebagai sekutu utama Hamas. Juga, Iran berada di sebelah sebab akibat yang membolehkannya merebut naratif utama yang selama ini diwar-warkan (perseteruan Sunni-Syiah) dan merubahnya menjadi naratif ‘hanya Syiah yang boleh diharap’. Manakala, untuk ‘tidak’ bertindak balas setelah apa yang berlaku kepada Ismail, Iran akan berada dalam satu risiko tidak bertepi iaitu ‘memang Syiah tidak boleh diharap’. Apalagi pimpinan Hamas itu terkorban di Tehran, setelah satu acara yang sangat penting di Iran. Justeru Tehran memang tahu bahawa ini adalah satu-satunya kesempatan untuk menenggelamkan musuh abadinya, proksi Wahhabi yang tidak sudah-sudah memburukkan mereka.
Apa sahaja tindakan Iran selepas ini akan menentukan jalan cerita politik antarabangsa selama dua tiga dekad mendatang. Makanya pemimpin politik bermazhab Syiah berada di persimpangan paling menggila sekali iaitu meskipun dilanyak dan dianggap kafir atau sesat, merekalah yang paling perlu ke depan membela agama ini. Tambahan pula masyarakat Syiah terpaksa menelan sahaja nasib dan kedukaan tidak dipedulikan ekoran pembunuhan lebih 40 orang Syiah di Parachinar, Pakistan oleh sekumpulan Wahhabi ekstremis minggu lalu. Di banyak negara Sunni, Syiah sering menjadi mangsa termasuk di negara kita. Kini pembunuhan Ismail memaksa Iran melakukan sesuatu yang ‘tidak sektarian tetapi paling sektarian’ di tengah kegilaan sektarianisme. Justeru langkah Iran setelah ini akan menjadi titik penting naratif mazhab yang telah berlangsung banyak tahun khusus di negara seperti Pakistan, Iraq, Bahrain, Arab Saudi dan Lubnan.
Dua poin di atas akan mengheret sama faktor ketiga, iaitu pembunuhan Fouad Shukur, salah seorang orang kanan Sayyid Hassan Nasrallah, setiausaha agung Hezbollah. Beliau sering dirujuk sebagai penasihat ketenteraan Nasrallah. Meskipun sehingga saat ini Hezbollah masih belum memperakukan kesyahidan Shukur, seperti kebiasaan sebelum iaitu apabila ada pimpinan mereka yang dibunuh Zionis, tetapi dapat dikatakan ‘kehilangan Shukur’ sedikit sebanyak mengejutkan organisasi tersebut.
Proksi Iran bukan sahaja di Lubnan; blok Barat dan Israel hari ini perlu berdepan kebangkitan penentang di Iraq dan Houthi di Yaman. Israel tidak boleh bersenang-lenang beranggapan ini merupakan satu mata dan penambahan markah untuk mereka sejak kejadian 7 Okt 2023. Malahan, ia kini membawa Israel ke titik puncak yang barangkali tidak terfikirkan sama sekali.
Sejak kejayaan Taliban mengusir Amerika dari Afghanistan, Iran telah menjalinkan hubungan baik dengan pentadbiran Taliban itu. Apa yang berlaku di Tehran itu mungkin menjadikan Taliban sekutu Iran secara rasmi. Ini merupakan perkembangan yang tidak sederhana.
Jika sebelum ini, retaliasi pihak penentang adalah kecil-kecilan, gerila dan sangat taktikal; pembunuhan Fouad Shukur akan menggandakan azam untuk melenyapkan Israel. Jika itu berlaku, Israel tidak akan dikasihani memandangkan setelah hampir setahun melatam dan memusnahkan Gaza, dunia berada di puncak kebencian terhadap Zionis. Kekejaman Israel tidak lagi boleh dilindung. Dunia menyaksikan kezaliman Zionis dalam skala minit dan saat, iaitu di telapak tangan kita sendiri.
Dalam erti kata lain pembunuhan Fouad Shukur tidak lagi akan membuatkan Hezbollah berfikir tiga empat kali. Dan diganding dengan dua faktor lain iaitu pembunuhan bacul Ismail di Tehran itu, Netanyahu hanya telah mengukuhkan tanggapannya sebagai penjahat masa kini, dan penjenayah perang paling gila setelah Adolf Hitler. Amerika bodoh terheret sama gara-gara lobi AIPAC.
Memang aneh, kesyahidan Ismail meletakkan kita di dunia Islam Sunni kini berada di seluruh perhatian terhadap paksi Syiah, suatu mazhab yang paling dibenci. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/08/apa-setelah-kesyahidan-ismail-haniyeh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamzah Persoal Tindakan Meta Turunkan Ucapan Takziah Muhyidin Ke Atas Pembunuhan Ismail Haniyeh

Hamzah Persoal Tindakan Meta Turunkan Ucapan Takziah Muhyidin Ke Atas Pembunuhan Ismail Haniyeh

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 97 hits
PEMIMPIN pembangkang Hamzah Zainudin melahirkan rasa kesal apabila ucapan takziah Pengerusi Perikatan Nasional ke atas pembunuhan pemimpin politik Hamas Ismail Haniyeh turut dipadam oleh Meta Beliau turut mempersoalkan keputusan Meta dalam ...
Menengadahkan Tangan Jk Panjatkan Doa Di Depan Pusara Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh Di Qatar

Menengadahkan Tangan Jk Panjatkan Doa Di Depan Pusara Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh Di Qatar

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 133 hits
Ketua Dewan Pengarah Aliansi Rakyat Indonesia Bela Palestina Prof Din Syamsudin juga terlihat berada di sisi belakang JK
Jenazah Ismail Haniyeh Dikebumikan Di Qatar

Jenazah Ismail Haniyeh Dikebumikan Di Qatar

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 224 hits
DOHA Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang mati dibunuh dalam serangan di Tehran Iran pada Rabu akan dikebumikan di Doha Qatar hari ini Jenazahnya itu diterbangkan dari Tehran ke Doha selepas Iran selesai mengadakan upacara penghorma...
Thousands Attend Funeral Of Hamas Leader Ismail Haniyeh

Thousands Attend Funeral Of Hamas Leader Ismail Haniyeh

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 89 hits
The funeral ceremony of Hamas political bureau chief Ismail Haniyeh in Doha Qatar yesterday was attended by thousands of people and leaders from various Arab and Islamic countries including Malaysia Deputy Home Minister Shamsul Anuar Nasara...
Jusuf Kalla Hadiri Pemakaman Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh

Jusuf Kalla Hadiri Pemakaman Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 67 hits
JK didampingi Menteri Hukum dan HAM periode 2004 2007 Hamid Awaluddin
Solidariti Ismail Haniyeh Solat Ghaib Hajat 3 Ogos Ini

Solidariti Ismail Haniyeh Solat Ghaib Hajat 3 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 150 hits
1 Solidariti Ismail Haniyeh Solat ghaib hajat 3 Ogos iniKUALA LUMPUR PAS menyeru seluruh umat Islam agar mengadakan solat ghaib dan diikuti solat hajat serta qunut nazilah pada 3 Ogos ini sempena Hari Solidariti Rakyat Palestin yang terus d...
Transkrip Perbualan Telefon Pm Bersama Ahli Biro Politik Hamas Dr Basem Naim Terkait Pembunuhan Ismail Haniyeh

Transkrip Perbualan Telefon Pm Bersama Ahli Biro Politik Hamas Dr Basem Naim Terkait Pembunuhan Ismail Haniyeh

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 115 hits
Desa HMPMX Innaillahi wainnailaihi rojiu n Dr Basem Ini saudara Anwar Saya tidak tahu bagaimana untuk menyatakan perkara ini tetapi kami berada dalam mesyuarat Kabinet dan seluruh ahli Kabinet terkejut dengan kegilaan rejim Zionis Israel ya...
Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh Dibunuh Di Iran Laporan

Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh Dibunuh Di Iran Laporan

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 91 hits
Agensi31 07 2024 11 16 MYTIsmail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran Tehran Foto ReutersTEHRAN Ketua politik pasukan pejuang Palestin Hamas Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran Tehran lapor media antarabangsa seben...
Ismail Haniyeh Di Bunuh

Ismail Haniyeh Di Bunuh

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 78 hits
Najib BakarAllahu Berita baru update Ismail Haniyeh dibunuh
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash