Solidariti Asean Malaysia Hantar Pasukan Smart Ke Filipina Bantu Mangsa Bencana


Solidariti ASEAN: Malaysia Hantar Pasukan SMART Ke Filipina Bantu Mangsa Bencana
PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) — Sebanyak 77 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan digerakkan ke Filipina esok dalam misi bantuan kemanusiaan susulan bencana yang melanda negara itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata pasukan itu dijangka bertolak ke lokasi bencana pada 9 pagi Khamis, lengkap dengan peralatan Urban Search and Rescue (USAR), sistem komunikasi, kemudahan perubatan kecemasan, Unit Anjing Pengesan (K9) dan kenderaan logistik.
“Sebagai negara jiran dalam ASEAN, Malaysia telah meluluskan atur gerak Pasukan SMART dalam konfigurasi penuh sebagai kesiapsiagaan bantuan kemanusiaan Malaysia kepada Filipina.
“Saya melihat langkah ini dapat menzahirkan komitmen Malaysia terhadap solidariti serantau ASEAN serta memastikan bantuan kemanusiaan dapat digerakkan segera demi menyelamatkan nyawa dan memulihkan kehidupan mangsa bencana di negara tersebut,” kata beliau menerusi hantaran Facebook hari ini.
Sekurang-kurangnya 26 orang maut manakala 147 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda perairan wilayah Cebu di Filipina pada malam Selasa, lapor agensi berita Xinhua.
Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara Filipina pada Rabu memaklumkan angka korban dijangka terus meningkat.
BACA: 31 Maut, Puluhan Cedera Dalam Gempa Bumi Kuat Filipina Setakat Ini Ahmad Zahid dalam pada itu turut merakamkan rasa simpati terhadap rakyat Filipina berikutan gempa bumi itu yang turut mencederakan ratusan mangsa dan menjejaskan kehidupan jutaan penduduk di wilayah terlibat.
Beliau berkata laporan awal menunjukkan kerosakan infrastruktur yang amat serius, termasuk runtuhan separa dan kerosakan pada bangunan kediaman serta komersial.
“Malah, Archdiocesan Shrine of Santa Rosa de Lima di Daanbantayan, sebuah struktur bersejarah berusia ratusan tahun turut mengalami keruntuhan separa,” kata beliau.
Gangguan bekalan elektrik juga dilaporkan berlaku di beberapa kawasan manakala jalan raya, jambatan dan infrastruktur kritikal lain turut rosak teruk dengan anggaran awal nilai kerosakan keseluruhan mencecah USD45.7 bilion.
“Semoga setiap usaha mencari dan menyelamat dipermudah, setiap mangsa yang terjejas mendapat pembelaan dan negara Filipina kembali pulih dan membina semula kehidupan rakyatnya yang terjejas akibat gempa bumi yang berlaku,” kata Ahmad Zahid.
Sebelum ini pada Mac 2025, Malaysia turut menghantar 50 anggota dan pegawai SMART ke Naypyidaw, Myanmar bagi misi bantuan kemanusiaan serta menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.
Sumber: BERNAMA
The post Solidariti ASEAN: Malaysia Hantar Pasukan SMART Ke Filipina Bantu Mangsa Bencana appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/01/solidariti-asean-malaysia-hantar-pasukan-smart-ke-filipina-bantu-mangsa-bencana/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Kumpul Sumbangan Dalam Talian Bantu Mangsa Banjir Sabah

Rakyat Malaysia Kumpul Sumbangan Dalam Talian Bantu Mangsa Banjir Sabah

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2610 hits
Rakyat Malaysia kumpul sumbangan dalam talian bantu mangsa banjir Sabah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor melawat mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara Kampung Sarapung Penampang Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Rakyat Malaysia bers...
Telefon Gaming Infinix Kini Jadi Pilihan Pengguna Di Malaysia Indonesia Dan Filipina

Telefon Gaming Infinix Kini Jadi Pilihan Pengguna Di Malaysia Indonesia Dan Filipina

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 232 hits
Transsion Holdings syarikat induk Infinix berjaya menembusi senarai lima jenama telefon pintar teratas di Malaysia pada suku kedua 2025 Pencapaian ini dipacu oleh populariti siri Infinix GT yang menawarkan prestasi gaming bertaraf flagship ...
Kepimpinan Malaysia Dipuji As Cemerlang Sebagai Pengerusi Asean Tahun Ini

Kepimpinan Malaysia Dipuji As Cemerlang Sebagai Pengerusi Asean Tahun Ini

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 1092 hits
Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Jamieson Greer memuji kepimpinan Malaysia yang dianggap cemerlang sepanjang memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun ini Kepimpinan Malaysia berjaya kemudi mesyuarat dengan baik Memetik laporan daripada Bern...
Kerajaan Berdiri Teguh Jamin Bantu Keluarga 34 Rakyat Malaysia Sertai Gsf Fahmi

Kerajaan Berdiri Teguh Jamin Bantu Keluarga 34 Rakyat Malaysia Sertai Gsf Fahmi

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 147 hits
Kerajaan jamin bantu keluarga 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza selain memastikan sokongan disalurkan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berk...
Uruguay Hantar Daging Lembu Halal Ke Malaysia Buat Kali Pertama

Uruguay Hantar Daging Lembu Halal Ke Malaysia Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1275 hits
Penghantaran itu susuli kelulusan dua loji pemprosesan daging Uruguay oleh pihak berkuasa kesihatan dan agama Malaysia pada Julai Ketibaan daging lembu halal dari Uruguay menyumbang kepada kepelbagaian pasaran daging halal tempatan PETALING...
Pelancong Asing Terkejut Dengan Perangai Pemandu E Hailing Malaysia

Pelancong Asing Terkejut Dengan Perangai Pemandu E Hailing Malaysia

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1651 hits
Pelancong Asing Terkejut Dengan Perangai Pemandu e Hailing Malaysia Bila sebut pasal Malaysia bukan saja tempatnya yang cantik atau makanannya yang sedap Tapi perangai rakyat kita pun kadangkala mengejutkan pelancong asing Walaupun tindakan...
Pengendali Mudah Alih Malaysia Bakal Perkenal Number Verification Api

Pengendali Mudah Alih Malaysia Bakal Perkenal Number Verification Api

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 449 hits
CelcomDigi Maxis U Mobile Telekom Malaysia dan YTL Communications hari ini mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan rangkaian bersepadu baharu bagi membantu perniagaan dalam talian memerangi penipuan dan kecurian identiti dig...
When Words Divide The Politics Of Kafir In Malaysia

When Words Divide The Politics Of Kafir In Malaysia

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 628 hits
THE recent debacle involving PAS leaders who wooed the electorate by pledging not to call non Muslims kafir or pendatang raised eyebrows about the sincerity of their inclusivity over exclusivity While Pendang MP Datuk Awang Hashim argued th...
Pengasas Azmy Burger Azmy Bin Sanusi Meninggal Dunia

Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual

Anna Jobling Kena Seret 3 Kali Buat Stunt Sendiri Dalam Sukma

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Kumpulan As Bersedia Untuk Menyambung Bantuan Gaza Apabila Gencatan Senjata Berkuat Kuasa

Trump Arrives In Malaysia For Asean Summit Shares Light Moment With Anwar On Red Carpet

Penyakit Tiroid Berulang Bagaimana Pulak Kalau Mereka Yang Hypothyroid Sebab Pembedahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dari Brunei Darussalam Datang Ziarah Keluarga Etuza

Tema Baju Deepavali Team Zumba Untuk Lunch

Ultimate Healthy Banana Bread Recipe Keto

Kuih Raya Deepavali 2025

Resipi Viral Egg Tart Mixue Pencuci Mulut Premium Dengan 4 Bahan Mudah

Ringkasan Jasa Empat Perdana Menteri Malaysia