Selepas 4 Tahun Pernah Tampung Kos Rawatan Nedim Syukur Lihat Wajah Adriana
Masih ingat sekitar tahun 2018, tular kisah seorang bayi perempuan, Nur Adriana Maisarah yang menderita kerana menghidap penyakit kulit ekzema yang kritikal.
Kisah Adriana itu turut mendapat perhatian suami kepada pelakon popular Nora Danish, iaitu Nedim Nazri.
Keluarga Adriana dicari dan Nedim telah menanggung segala kos rawatan untuk memulihkan Adriana.
Sejak daripada itu, tanpa sebarang publisiti media, hubungannya bersama keluarga Adriana bertambah akrab dan mereka saling berhubung antara satu sama lain.
Kini selepas 4 tahun berlalu, dalam hantaran terkini Nedim di Instagramnya, dia ada memuatnaik keadaan terkini Adriana.
View this post on Instagram
A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned)
“This is Adriana now. Pada 2018 saya berkesempatan untuk membantu seorang anak comel yang mempunyai masalah kulit yang kritikal.
“Saya dan isteri mengambil keputusan pada waktu itu untuk menampung kos perubatan si comel ini sepenuhnya dan semenjak itu ayahnya sering memberi update tentang perkembangan Adriana,” tulisnya lagi.
Wajah Adriana ketika bayi.
Dalam pada itu, Nedim turut menzahirkan rasa teruja apabila Adriana kini telah pun memulakan sesi persekolahannya buat pertama kali.
Katanya lagi, doanya juga akan sentiasa mengiringi Adriana agar urusannya sentiasa dipermudahkan.
“Alhamdulillah after 4 years this beautiful girl is starting her 1st day of school. Syukur Alhamdulillah, uncle Du’aa kan semua di permudahkan untuk Adriana sekeluarga,” kongsinya lagi.
Fasa pemulihan selepas menerima rawatan
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut menitipkan ucapan terima kasih buat Nedim.
“Alhamdulillah, may Allah bless you and family.
“Allahuakbar, semoga Allah balas segala kebaikkan abangku. SubhanAllah saham akhirat yang tinggi dan besar nikmatnya.
“Ya Allah. Empat tahun dah. Rasa kejap je. Alhamdulillah.
“Semoga menjadi asbab saham pahala Boss Ned dan keluarga di akhirat kelak. InsyaAllah. Keep it up boss.
“Alhamdulillah, she’s so beautiful.”
Keadaan Adriana makin baik sehingga sekarang.
Tidak ketinggalan bapa kepada Adriana sendiri iaitu Mohd Sharil turut menitipkan ucapan terima kasihnya kepada pasangan suami isteri itu.
Sumber: MH
ARTIKEL MENARIK [Anak Buat Salah Tegur! Sikit-Sikit ‘Back Up’ Itu Yang Jadi Anakku Sazali]
LAGI MENARIK [Dr Jelaskan Ini Sebabnya Anak Suka Tarik Telinga & Meragam Ketika Tumbuh Gigi]
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Selepas 4 Tahun, Pernah Tampung Kos Rawatan, Nedim Syukur Lihat Wajah Adriana appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/selepas-4-tahun-pernah-tampung-kos-rawatan-nedim-syukur-lihat-wajah-adriana/