Solat Tahajjud Antara Ibadah Yang Patut Diamalkan Dalam Mencari Jodoh


Solat Tahajjud Antara Ibadah Yang Patut Diamalkan Dalam Mencari Jodoh. Apa kaitan Solat Tahajjud dengan menjemput jodoh? Selain berusaha dengan melakukan Taaruf atau sebaliknya dalam memperoleh atau mencari Jodoh, juga antara salah satu ibadah yang patut diamalkan dalam mencari jodoh.
BACA: Solat Kunci Kebahagiaan, Penentu Kebaikan Amalan Lain!
Antara Ibadah Yang Patut Diamalkan Dalam Mencari Jodoh
Namun, sebelum itu, pertama sekali, jangan berprasangka buruk terhadap Allah SWT, sentiasa bersangka baik, kerana perkara ini adalah salah satu ujian dari Allah SWT untuk manusia. Bentuk ujian yang disampaikan kepada manusia adalah dengan melambatkan jodoh mereka. Kita sebagai orang beriman seharusnya menerima ujian Allah dan mempercayai bahawa setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmah disebaliknya. Jangan sesekali berputus asa dalam mencari jodoh, terus berusaha.
Seperti firman Allah SWT: “Dan janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana hanya orang-orang kafirlah yang berputus asa” (QS Yusuf:87).
Solat Tahajjud merupakan solat sunat yang dilaksanakan pada waktu malam hari dan sesudah tidur, walaupun tidurnya hanya sebentar sahaja. Ianya lebih afdal dilakukan secara bersendirian. Amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Solat ini merupakan salah satu amalan wirid yang dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.
Sabda Rasulullah SAW: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a)
Cara mendirikan Solat Tahajjud dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan maksimum sebanyak 12 rakaat. Mengikut kemampuan, dengan setiap rakaat satu salam. Jika dirasakan berat, cukuplah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Sabda Rasulullah SAW: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
Niat Solat Tahajjud: Ertinya: “Aku niat solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta’ala”
Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau
Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
Atau
10 Ayat terakhir, Surah Al-Imran,
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada Solat Tahajjud Baginda)
Seterusnya, amalkan bacaan doa ini yang turut dibaca oleh Rasulullah SAW:

Dan diikuti dengan doa ini:
 
Solat Tahajjud adalah Solat Sunat yang memiliki keutamaan terbesar setelah solat fardu. Siapa sahaja yang memohon kepada Allah SWT, akan dikabulkanNya, namun, mestilah dengan penuh keikhlasan dan jangan mudah berputus asa. Demikian juga dengan jodoh. Selain berikhtiar dengan berusaha mencari jodoh dan memohon kepada Allah dengan melalui Solat Tahajjud akan mendekatkan diri kita dengan jodoh. Dengan penyerahan diri dan keikhlasan dalam menjalani hidup merupakan kekuatan yang hanya dimiliki oleh hamba-hamba yang dicintaiNya.
Apabila seseorang itu telah memasang niat untuk bangun pada waktu malam untuk melakukan Solat Tahajjud, ianya dapat membantu memudahkan mereka bangun untuk menunaikan solat pada waktu malam, namun sekiranya mereka terlajak sampai ke pagi, maka niatnya sudah dicatat sebagai satu pahala.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
Semoga dengan menjalankan amal ibadah di atas, urusan kita semua dipermudahkan dalam mencari jodoh dan mendapat jodoh yang boleh membahagiakan kita dunia akhirat. Insha Allah.
Sumber: Baitulmuslim
The post Solat Tahajjud Antara Ibadah Yang Patut Diamalkan Dalam Mencari Jodoh appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/solat-tahajjud-antara-ibadah-yang-patut-diamalkan-dalam-mencari-jodoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Doa Yang Boleh Diamalkan Suami Sepanjang Tempoh Kehamilan Isteri

Antara Doa Yang Boleh Diamalkan Suami Sepanjang Tempoh Kehamilan Isteri

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 520 hits
Buat pasangan yang dikhabarkan berita dengan kehadiran bakal cahaya mata pastinya hati mereka melonjak lonjak kegembiraan Pastinya banyak persediaan yang akan dilakukan sama ada dari sudut mental si ibu kewangan keluarga dan juga amalan pem...
Jika Kita Lewatkan Solat Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan Rezeki Jodoh Doa

Jika Kita Lewatkan Solat Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan Rezeki Jodoh Doa

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 551 hits
Jika Kita Lewatkan Solat Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan Rezeki Jodoh Doa Hari ini sama seperti hari sebelumnya Alarm telefonku berbunyi menandakan sudah jam 6 00 pagi Tanganku pantas mematikan bunyi alarm tersebut Jika Kit...
Selepas Bergelar Duda Akhirnya Fizo Beritahu Apa Sebenarnya Yang Berlaku Antara Dia Dengan Mawar

Selepas Bergelar Duda Akhirnya Fizo Beritahu Apa Sebenarnya Yang Berlaku Antara Dia Dengan Mawar

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 337 hits
Ikatan perkahwinan Fizo dan Mawar yang hanya mampu bertahan selama 6 tahun berakhir dengan perpisahan Selepas bergelar duda akhirnya Fizo beritahu apa sebenarnya yang berlaku antara dia dengan Mawar
Miui 11 Akan Hadir Dengan Fungsi Perkongsian Antara Keluarga Memfokuskan Kepada Keselamatan

Miui 11 Akan Hadir Dengan Fungsi Perkongsian Antara Keluarga Memfokuskan Kepada Keselamatan

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 243 hits
Apple dan Google sudah lama mengimplementasikan fungsi perkongsian antara keluarga Untuk Apple hanya pengguna produk produk Apple sahaja yang boleh nikmatinya Pemilik akaun boleh berkongsi kaedah pembayaran aplikasi yang telah dibeli dan lo...
Checklist Umrah Wanita Ini Antara Senarai Barangan Keperluan

Checklist Umrah Wanita Ini Antara Senarai Barangan Keperluan

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 782 hits
Checklist Umrah Wanita Ini Senarai Barang Keperluan Umrah Sesiapa sahaja yang mendapat peluang untuk mengerjakan haji atau umrah pastinya tidak sabar sabar untuk menjadi tetamu Allah Mana tidaknya bukan semua orang berpeluang untuk mengerja...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

Kkv Alamanda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Pg Slot Web 2025 Casino Online Pg Slot Top 84 By Kandice Pg Slot Amb888 Cc 15 68

Aku Bukan Ustazah 2

Pirake Ayer Kuning Tiada Siapa Dapat Mendabik Dada

Yosvany Terry Exploring Afro Cuban Music Traditions