Niat Dan Doa Solat Witir



Bila sebut pasal solat witir selalunya Juju akan kaitkan dengan solat terawih. Yelah, selalu kita dengar lepas solat terawih kena buat solat witir 3 rakaat atau 1 rakaat. Juju pun sebelum ni kurang ambil maklum mengenai solat witir ni. Tapi setelah Juju membuat sedikit penggalian dan pembacaan barulah Juju faham maksud sebenar solat witir tu

Contents MAKSUD WITIRSolat sunat Witir adalah solat yang didirikan sebagai pengakhiran atau penutup solat pada satu-satu hari tersebut. Contohnya kalau kita bangun malam untuk melakukan solat Tahajjud, solat Tarawih dan solat Hajat, penutupnya kita akan buat solat witir. Ini kerana Witir adalah solat pelengkap atau penutup yang tidak ada lagi solat lain selepasnya

Solat ini boleh dilakukan samada 1 rakaat ataupun 11 rakaat. Bilangannya perlulah ganjil. Samada 1 rakaat, 3 rakaat, 5 rakaat, 7 rakaat, 9 rakaat ataupun 11 rakaat. Satu salam bagi setiap dua rakaat
Hukum melakukan solat sunat Witir adalah sunat muakkad iaitu solat sunat yang amat dituntut. Solat ini sunat dilaksanakan secara berseorangan tetapi ketika di dalam bulan Ramadan, pelaksanaan solat ini dituntut secara berjemaah setelah selesai menyempurnakan Solat Sunat Terawih

Rasulallah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu solat witir - Hadis riwayat Al-Tirmidzi & Al-Hakim RA -
WAKTU SOLAT WITIRWaktu yang sesuai untuk melaksanakan solat witir adalah selepas solat Isyak sehinggalah terbitnya fajar sadiq pada waktu subuh.  
Namun, bagi yang menjamakkan solat Isyak bersama Solat Maghrib secara jamak taqdim (Solat Isyak dalam Waktu Maghrib), maka dia boleh melakukan solat sunat Witir selepas solat jamak tersebut meskipun belum masuk waktu Isyak. Ini kerana syarat sah solat sunat Witir adalah dilaksanakan selepas solat Isyak

Sunat melewatkan sembahyang Witir sebagai penutup bagi solat Tahajjud atau solat malam jika seseorang itu ingin melakukan Tahajjud sekalipun dia sudah tidur sebelum itu

LAFAZ NIATOleh kerana kita akan solat witir 3 rakaat dengan 2 salam, jadi kita akan niat sebanyak 2 kali. 
Lafaz niat 2 rakaat:Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Lafaz dalam bahasa melayuSahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala

Lafaz niat 1 rakaat:

Usolli Sunnatal Witri Rak’atan Lillahi Ta’ala
Lafaz dalam bahasa melayuSahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala
CARA MENGERJAKAN SOLAT WITIRSelepas niat, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas
Sebaik selesai tahiyyat dan salam, kita disunatkan untuk membaca: Subhaanal Malikil Quddus 
Kemudian bacalah surah Al-Fatihah dan wirid. Perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah

DOA SELEPAS SOLATSelepas menunaikan Solat Witir kita digalakkan untuk membaca salah satu daripada doa witir berikut:
Doa pilihan 1:Allahumma Inni ‘Auzu Biridhoka Min Sakhotika Wa Bimu’Aafatika Min ‘Uqubatika Wa ‘Auzubika Minka Laa Uhsii Tsana’an ‘Alaika Anta Kama Atsnaita ‘Alaa Nafsika
Maksudnya:Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, aku berlindung dengan kemaafanMu daripada BalasanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu

Doa pilihan 2:“Allahumma innaa Nas’aluka iimaanan Daaimaan, wanas’aluka qalban khaasyi’an, wanas’aluka ‘ilman naafi’an, wanas ‘aluka yaqiinan shaadiqon, wanas ‘aluka ‘amalan shaalihan, wanas ‘aluka diinan Qayyiman, wanas ‘alukal ‘afwa wal’aafiyata, wanas ‘aluka tamaamal ‘aafiyati, wanas ‘alukash-syakra ‘alal ‘aafiyati, anas ‘alukal ghinaa’a ‘aninnaasi
Allahumma RabbaNaa Taqabbal Minnaa SolaaTanaa WashiyaaManaa WaqiyaamaNaa Watakhusy-syu’anaa WataDhorru’Anaa wata’Abbadanaa Watammim Taqshiiranaa Yaa Allaahu Yaa Allaahu Yaa Allaahu Yaa Arhamar Raahimiin. Washallallaahu ‘alaa Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi Washahbihi Ajma’iina, Subhanaa Robbika Robbil ‘izzati amma yasifun, walhamdu lillaahi rabbil ‘Aalamiina.”
Maksudnya: “Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon daripada Engkau keimanan yang berkekalan. Kami memohon daripada Engkau hati yang khusyuk (teguh dan sebulat hati). Kami memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat. Kami memohon daripada Engkau keyakinan yang benar. Kami memohon daripada Engkau amalan yang soleh (patut)

Kami memohon daripada Engkau agama yang berkualiti. Kami memohon daripada Engkau keampunan dan kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kesihatan yang sepenuhnya. Kami memohon daripada Engkau rasa syukur ke atas kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kekayaan. Ya Allah! Terimalah solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyu’an kami, kerendahan hati kami, ibadah kami

Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan kami, Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani. Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.”KELEBIHAN SOLAT WITIR1. Akan Disukai Oleh Allah SWT

Allah menyukai hamba-hambanya yang sering melaksanakan solat sunat witir. Ia dapat dilihat bersadarkan sabda Rasulullah SAW

“Sesungguhnya ALLAH itu witir (ganjil) dan DIA menyukai yang witir (ganjil).”-Hadis Riwayat Tarmizi –
2. Dicatat Pahala Kepada Yang Mengamalkannya
Solat Sunat Witir ini menunjukkan bahawa pahala yang diperoleh adalah sama besar pahalanya dengan orang yang syahid. Ini kerana, Solat Sunat Witir ini merupakan solat sunat yang terkandung dalam wasiat Baginda sebagaimana Baginda pernah berpesan bahawa solat sunat witir terlebih dahulu sebelum berganjak ke tempat tidur

Sebagaimana yang tercatat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Kekasihku yakni Rasulullah telah memberi wasiat kepadaku dengan tiga perkara agar aku tidak meninggalkan perkara tersebut sehingga mati iaitu berpuasa selama tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat sunat Duha dan tidur dalam keadaan sudah melakukan solat sunat Witir
-Hadis Riwayat Al-Bukhari-
3. Menjadi Simbolik Kepada Umat Islam
Dengan mengamalkan solat sunat ini ia dapat menjadikan seseorang umat islam itu simbolik kepada amalan kepada sunnah Baginda. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
“Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita!”. –Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud–
PENUTUPAmalan solat sunat witir haruslah sering diamalkan kerana ganjaran yang dinanti amatlah besar daripada solat sunat yang lain. Solat ini juga merupakan amalan yang tidak pernah Rasulullah SAW tinggalkan pada setiap malam

Solat witir ini juga merupakan salah satu wasiat Rasulullah SAW supaya kita mendirikan solat sunat ini sebelum berganjak ke tempat tidur kerana solat ini sangat istimewa kepada umatnya untuk memperolehi syafaat dan disukai Allah SWT

Terlalu mudah untuk kita sebagai umatnya memasuki syurga tetapi tidak semua yang mampu yang merebut peluang tersebut. Janganlah kita tinggalkan untuk melakukan witir, dirikanlah witir tersebut walaupun sedikit bilangannya agar terus menjadi amalan berterusan dalam kehidupan seharian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.kasihjuju.com/2023/06/niat-dan-doa-solat-witir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Solat Jamak Beserta Niat Dan Syaratnya

Cara Solat Jamak Beserta Niat Dan Syaratnya

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 308 hits
Cara solat Jamak beserta niat dan syaratnya Panduan ini memudahkan mereka untuk meringankan ibadah walaupun dalam perjalanan yang jauh dengan jarak melebihi dua marhalah Solat Jamak ni mudah cuma kita je yang tak mudah untuk cuba melakukann...
Solat Sunat Istikharah Doa Memohon Pilihan Yang Baik Jakim

Solat Sunat Istikharah Doa Memohon Pilihan Yang Baik Jakim

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 374 hits
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH Pernah tak kita berada dalam dilema untuk memilih antara beberapa pilihan walaupun sudah bertanyakan pendapat orang lain membuat perbandingan dan mengkaji latarbelakang kesemua pilhan itu namun kita masih berbolak bal...
Suami Tetap Dosa Dan Dayus Isu Pilih Isteri Tak Tutup Aurat Tapi Solat Ini Penjelasan Ustaz Ahmad Dusuki

Suami Tetap Dosa Dan Dayus Isu Pilih Isteri Tak Tutup Aurat Tapi Solat Ini Penjelasan Ustaz Ahmad Dusuki

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 160 hits
Seperti diketahui ramai minggu lalu kecoh dengan satu isu mengenai seorang selebriti berkongsikan pandangan lebih memilih wanita tidak bertudung tetapi solat daripada wanita bertudung tetapi tidak solat Menjawab pandangan tersebut Ustaz Ahm...
Tingkatnya Silat Solat Silaturrahim

Tingkatnya Silat Solat Silaturrahim

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 317 hits
TINGKAT SILAT SOLAT SILATURRAHIMSilat Solat Silaturrahim Tingkat tertinggi dalam persilatan adalah bersilat dengan diri sendiri juga syaitan dan iblis yang bermakam dalam alam manusia dan juga sifat sifat yang dibisik dan dicanang oleh kedu...
Maksud Bacaan Tahiyat Awal Dalam Solat

Maksud Bacaan Tahiyat Awal Dalam Solat

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 280 hits
Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai Pembaca semua Bonde nak kongsikan tentang Buku Fahami Bacaan Dalam SolatmuMaksud Bacaan Tahiyat Awal Dalam SolatKhusyuk Semasa Solat Imam Al Ghazali memetik ayat Allah yang bermaksud Dirikan solat untu...
Panduan Solat Jamak Dan Qasar Kelebihan Buat Musafir

Panduan Solat Jamak Dan Qasar Kelebihan Buat Musafir

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 313 hits
Panduan Solat Jamak Dan Qasar Kelebihan Buat Musafir Islam itu indah dan mudah tidak pernah menyusahkan dan membebankan buat umat Islam dalam banyak perkara termasuk dalam bab solat yang menjadi kewajipan untuk ditunaikan Solat Jamak dan Qa...
Amalkan Doa Pagar Rumah Ustaz Kazim Elias

Amalkan Doa Pagar Rumah Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 500 hits
SURAH AL KAHFI AYAT 18Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur dan Kami balik balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua jika engkau mel...
Telefon Berbunyi Ketika Solat Boleh Ke Matikannya

Telefon Berbunyi Ketika Solat Boleh Ke Matikannya

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 312 hits
Telefon berbunyi ketika solat boleh ke matikannya KETIKA solat tiba tiba sahaja telefon berbunyi Sudahlah pada masa itu sedang mendirikan sembahyang jemaah Deringan kuat dari peranti tersebut membuatkan kekhusyukan solat kita dan para jemaa...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik