Solat Sunat Apabila Keluar Dan Masuk Ke Rumah



Soalan:
Apakah terdapat dalil berkaitan solat sunat ketika keluar dan masuk ke rumah?

Jawapan:
Dituntut ke atas setiap muslim itu sama ada lelaki atau wanita untuk melakukan solat sunat dua rakaat sebelum daripada keluar daripada rumah dan selepas daripada memasuki rumah. Sebelum kami menjawab persoalan di atas, suka bagi kami untuk mendatangkan beberapa buah hadith yang menceritakan berkaitan galakan Nabi SAW untuk memperbanyakkan solat sunat di rumah. Antaranya:

Daripada Zaid bin Thabit RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

صَلَاةُ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهِ فِي مَسْجِدِي هَذَا، إِلَّا الْمَكْتُوبَةَ
“Solat seseorang itu di rumahnya lebih afdhal (lebih baik) berbanding solatnya di masjidku (masjid Nabawi) ini melainkan solat yang wajib (solat fardhu).” [Riwayat Abu Daud (1044), Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah sahih]

Di dalam hadith yang lain pula daripada Zaid bin Thabit RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَصَلُّوا أَيُّهَا النَّاسُ فِي بُيُوتِكُمْ، فَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ صَلاَةُ المَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلَّا المَكْتُوبَةَ
“Solatlah wahai sekalian manusia di rumah-rumah kamu kerana solat yang paling afdhal ialah solat seseorang itu di rumahnya melainkan solat yang wajib (solat fardhu).” [Riwayat al-Bukhari (731)]

Bagi menjawab persoalan di atas, sememangnya terdapat riwayat yang menceritakan berkaitan solat yang dilakukan apabila ingin keluar atau masuk ke dalam rumah berdasarkan kepada sebuah riwayat daripada Imam al-Bazzar di dalam musnadnya:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ تَمْنَعانِكَ مَخْرَجَ السَّوْءِ، وَإِذَا دَخَلْتَ مَنْزِلَكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ تَمْنَعانِكَ مَدْخَلَ السَّوْءِ
“Apabila kamu keluar dari rumahmu, maka solatlah dua rakaat, nescaya keduanya akan mencegahmu dari tempat keluar yang buruk dan apabila kamu masuk ke rumahmu, maka solatlah dua rakaat, nescaya keduanya akan mencegahmu dari tempat masuk yang buruk.” [Riwayat al-Bazzar (8567), Imam al-Hafiz Ibn Hajar menilai hadith ini adalah hadith yang hasan]

Imam al-Munawi mengatakan ketika mensyarahkan hadith ini, apabila seseorang itu ingin keluar maka lakukanlah solat sunat sebanyak dua rakaat dengan ringka dan hal ini boleh didapati dengan melakukan solat fardhu dan juga sunat. Kemudian di dalam hadith tersebut disebutkan hikmah dituntut untuk melakukan solat sunat ini agar Allah SWT memelihara daripada keburukan di luar dan di dalam rumah. Di samping itu juga, tuntutan solat sunat ini akan gugur sekiranya berlalunya masa yang panjang tanpa keuzuran.

Hadith ini juga menjadi dalil oleh Imam al-Ghazali akan sunat melakukan solat sunat dua rakaat ketika keluar dari rumah dan dua rakaat dilakukan selepas masuk ke dalam rumah. Selain itu juga, fadhilat ini juga akan diperolehi dengan solat fardhu dan sunat yang dilakukan sebelum keluar dan selepas masuk ke dalam rumah. [Lihat: Faidh al-Qadir, 1/334]

Penutup

Kesimpulannya, kita amat dituntut untuk melazimi serta memperbanyakkan solat sunat di rumah termasuklah solat sunat yang dilakukan ketika keluar dan masuk ke dalam rumah. Akhirnya, semoga Allah SWT sentiasa memelihara kita dan ahli keluarga daripada segala perkara yang tidak baik. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/solat-sunat-apabila-keluar-dan-masuk-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Keluar Rumah Di Lahad Datu Diklasifikasikan Hilang Polis

Remaja Keluar Rumah Di Lahad Datu Diklasifikasikan Hilang Polis

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 318 hits
LAHAD DATU Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang diklasifikasikan sebagai Orang Hilang Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata remaja itu dikenali sebagai Nur Annisah Abdullah 16 dan...
Pencuri Nampak Lautan Luas Dan Tak Jumpa Pintu Keluar Ini Doa Untuk Lindungi Dan Pagar Rumah

Pencuri Nampak Lautan Luas Dan Tak Jumpa Pintu Keluar Ini Doa Untuk Lindungi Dan Pagar Rumah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 914 hits
Awas pencuri ada di mana sahaja Usaha dan berdoalah untuk keselamatan rumah kita Pernah dengar ada kes di mana pencuri dapat masuk tetapi tak dapat keluar pencuri tak jumpa pintu nampak lautan atau api berkobar Ini semua adalah dari pertolo...
Bertindak Menconteng Rumah Orang Kerana Bengang Tak Diberi Masuk Beraya

Bertindak Menconteng Rumah Orang Kerana Bengang Tak Diberi Masuk Beraya

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 391 hits
Terlalu banyak ragam yang dapat dilihat raya tahun ini ada yang lucu ada yang sedih dan ada juga yang hanya menunjukkan sikap yang kurang baik Terbaru tersebar pula satu lagi video yang menunjukkan sekumpulan kanak kanak yang sedang keluar ...
Jemaah Angkat Kaki Tinggalkan Masjid Lepas Imam Didakwa Berkhutbah Politik Selepas Solat Sunat Aidilfitri

Jemaah Angkat Kaki Tinggalkan Masjid Lepas Imam Didakwa Berkhutbah Politik Selepas Solat Sunat Aidilfitri

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 308 hits
Tidak berpuas hati dengan khutbah solat sunat Aidilfitri yang mempunyai unsur politik ramai jemaah nekad angkat kaki keluar masjid di sebuah masjid daerah Jawa Tengah sebelum menyempurnakan ibadah tersebut baru baru ini Insiden tersebut tul...
Nak Masuk Ke Rumah Baru Jangan Abaikan 5 Perkara Ni Suami Wajib Buat

Nak Masuk Ke Rumah Baru Jangan Abaikan 5 Perkara Ni Suami Wajib Buat

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 404 hits
Berpindah ke rumah yang baru dibeli memang sangat menyeronokkan Rasa gembira dan bangga yang tidak terkira kerana dapat menyediakan sebuah rumah untuk isteri dan anak anak Anak anaklah orang yang paling gembira saat ni Pun begitu jangan han...
Sakit Hati Tengok Budak Perempuan Tu Conteng Pagar Bengang Tak Diberi Masuk Beraya Budak Aniaya Harta Tuan Rumah

Sakit Hati Tengok Budak Perempuan Tu Conteng Pagar Bengang Tak Diberi Masuk Beraya Budak Aniaya Harta Tuan Rumah

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 771 hits
The ReporterViral di media sosial semalam video seorang kanak kanak perempuan menconteng pagar sebuah rumah hanya kerana berang tidak diberi masuk untuk beraya Kejadian itu sempat dirakam kamera litar tertutup meskipun sekumpulan kanak kana...
Rumah Penyanyi Nash Dipecah Masuk Ketika Balik Raya Di Kampung

Rumah Penyanyi Nash Dipecah Masuk Ketika Balik Raya Di Kampung

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 500 hits
Penyanyi rock terkenal Datuk Nash terkejut apabila kediamannya di Seksyen 7 Shah Alam Selangor di pecah masuk Nash berkata dia sekeluarga dari baru pulang dari kampung halaman di Muar Johor pada pukul 5 30 pagi tadi disambut dengan sebelum ...
Mak Cik Hendak Pergi Rumah Orang Tua Tua

Mak Cik Hendak Pergi Rumah Orang Tua Tua

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 535 hits
PADANG BESAR Raut wajahnya kelihatan sayu Dalam keadaan terbaring Morat Ismail 60 yang lumpuh berusaha bangun untuk berbual dengan wartawan yang mengunjungi rumahnya di Kampung Baru Batu 18 Titi Tinggi di sini hari ini Beginilah keadaan mak...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Potong Cake Birthday

14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat

Tinjauan Awal Jenis Jenis Tumbuhan Herba Kawasan Tanah Lembap

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Seperguruan

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Ceo Intel Warga Malaysia

Luahan Terbaik Seorang Pelukis