Solat Malam Sama Seperti Sedekah Secara Sembunyi



SOALAN:
Benarkah terdapat hadith kelebihan solat malam seperti sedekah secara tersembunyi?

JAWAPAN:
Solat malam merupakan solat afdhal untuk ditunaikan selepas daripada solat fardhu. Hal ini berdasarkan sebuah hadith daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الْفَرِيضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ
“Dan solat yang afdhal selepas solat fardhu adalah solat malam.” [Riwayat Muslim (1163)]

Berdasarkan soalan di atas, terdapat satu riwayat daripada Imam al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir berkaitan kelebihan solat malam sama seperti kelebihan bersedekah secara tersembunyi.

Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَضْلُ صَلَاةِ اللَّيْلِ عَلَى صَلَاةِ النَّهَارِ كَفَضْلِ صَدَقَةِ السِّرِّ عَلَى الْعَلَانِيَةِ
“Kelebihan solat malam ke atas solat di siang hari sama seperti kelebihan sedekah secara tersembunyi ke atas sedekah secara terang-terangan.” [Riwayat al-Thabarani (10382)]

Imam Ibn Rejab mengatakan hadith ini mempunyai dua hukum (dari sudut sanad) iaitu marfu’ dan juga mawquf. Akan tetapi, mawquf adalah lebih tepat. Imam al-Suyuthi menilai hadith ini sebagai dhaif.

Melihat kepada beberapa pandangan di atas, kami katakan bahawa hadith di atas iaitu hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan solat malam sama seperti kelebihan bersedekah secara tersembunyi adalah dhaif. Walaupun ia dhaif, di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang melazimi solat malam berdasarkan kepada nas al-Quran dan hadith.

Di samping itu juga, Nabi SAW sentiasa melazimi solat malam sebagaimana Baginda SAW diperintahkan oleh Allah SWT di dalam surah al-Muzzammil:

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ ﴿١﴾ قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا ﴿٢﴾ نِّصْفَهُ أَوِ انقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا ﴿٣﴾ أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا ﴿٤
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah al-Quran dengan tartil.” (al-Muzzammil: 1-4)

Syeikh Wahbah al-Zuhaili di dalam tafsirnya mengatakan ayat-ayat ini atau surah ini dimulakan dengan perintah daripada Allah SWT kepada Nabi SAW agar mendirikan solat malam walaupun sebahagian kecil darinya (dari malam) dan pembacaan al-Quran untuk menguatkan rohani Nabi SAW. [Lihat: Tafsir al-Munir, 29/188]

Penutup

Kesimpulannya, hadith di atas adalah dhaif tetap ia tidak menafikan di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang mendirikan solat malam. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa mendirikan solat malam. Amin.

Wallahua'lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/solat-malam-sama-seperti-sedekah-secara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Tak Lupa Buat Solat Hajat Setiap Malam Doakan Kejayaan Rahsia Safawi Rasid Selalu Di Puncak

Ibu Tak Lupa Buat Solat Hajat Setiap Malam Doakan Kejayaan Rahsia Safawi Rasid Selalu Di Puncak

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 697 hits
Hampir setiap malam menunaikan solat sunat tahajud taubat hajat dan witir bagi memohon kejayaan dan keberkatan buat kesemua anaknya telah menjadi rutin dalam kehidupan ibu kepada pemain sayap Harimau Malaya Safawi Rasid Ibunya Selemah Abu B...
Macbook Pro 16 Disahkan Menggunakan Papan Kekunci Yang Sama Seperti Magic Keyboard

Macbook Pro 16 Disahkan Menggunakan Papan Kekunci Yang Sama Seperti Magic Keyboard

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 487 hits
https ift tt 2qoQjCp Minggu lalu dilancarkan dengan spesifikasi lebih mantap storan terbesar pada komputer riba dan papan kekunci baharu yang menggantikan kekunci mekanisme kupu kupu yang bermasalah Apple berkata papan kekunci mekanisme gun...
Alasan Lebai Kenapa Hukum Mengundi Non Muslim Di Cameron Highland Tidak Sama Seperti Di Tg Piai

Alasan Lebai Kenapa Hukum Mengundi Non Muslim Di Cameron Highland Tidak Sama Seperti Di Tg Piai

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 369 hits
Calon PH seorang bekas pendidik dan bekas Imam Kata si penjual agama ini ialah di Cameron Highland dulu hukumnya wajib undi calon Islam dari Umno kerana calon PH dari Dap itu bukan Islam Tetapi di Tg Piai pula hukumnya berubah Wajib undi ca...
Malam Tadi Gro Sembunyi Balik Tokong

Malam Tadi Gro Sembunyi Balik Tokong

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 350 hits
Taktik licik 28 pelayan pelanggan warga Vietnam yang bersembunyi di sebalik pintu rahsia diperbuat daripada tokong ibadat berjaya dikesan oleh anggota Jabatan Imigresen Malaysia Perak di sebuah pusat hiburan di Jalan C M Yusof Ipoh malam ta...
Berhenti Rokok Ganti Vape Kesannya Sama Saja Pada Isteri Bayi Dalam Perut

Berhenti Rokok Ganti Vape Kesannya Sama Saja Pada Isteri Bayi Dalam Perut

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 341 hits
Tidak lama dahulu dikatakan vape atau rokok elektrik adalah alternatif terbaik bagi mereka yang mahu berhenti merokok kerana dikatakan tiada kandungan nikotin di dalamnya Menurut Centers for Disease Control and Prevention dan laporan Surgeo...
Kualiti Pun Dah Sama Level Lelaki Ini Terkejut Produk Buatan Malaysia Lagi Padu Dari Barangan Luar Negara

Kualiti Pun Dah Sama Level Lelaki Ini Terkejut Produk Buatan Malaysia Lagi Padu Dari Barangan Luar Negara

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 471 hits
Bila sebut je beli barangan buatan Malaysia ni mesti kita rasa janggal sebab dalam pemikiran kita barang buatan Malaysia kurang kualitinya Tapi korang tahu tak seiring dengan kemajuan teknologi dunia ketika ini barangan buatan Malaysia juga...
Sama Sama Menikah Untuk Kedua Kalinya Delon Dan Aida Resmi Jadi Pasangan Suami Istri

Sama Sama Menikah Untuk Kedua Kalinya Delon Dan Aida Resmi Jadi Pasangan Suami Istri

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 390 hits
Delon melepas status dudanya dengan menikahi sosok yang disebut sebut sebagai mantan menantu bos rokok terbesar di Indonesia
Sama Sama Penerus Kerajaan Islam Mataram Ini Beda Kraton Jogja Dan Solo

Sama Sama Penerus Kerajaan Islam Mataram Ini Beda Kraton Jogja Dan Solo

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 318 hits
Dua kraton ini berasal dari akar keturunan yang sama yakni Kerajaan Mataram Islam Identik tapi keduanya punya ciri khas tersendiri Ini dia perbedaan Kraton Jogja dan Solo dari sejarah dan bangunannya
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apple Cider Vinegar Dalam Bentuk Gummy

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Bubur Anak Lebah Macam Cendol Tapi Bukan Rasa Memang Sedap

Jokowi Bekas Pemimpin Konoha Berdoa Pada Kematian Pope Ini Penjelasan Ustaz Malaysia