Kualiti Pun Dah Sama Level Lelaki Ini Terkejut Produk Buatan Malaysia Lagi Padu Dari Barangan Luar Negara
Bila sebut je beli barangan buatan Malaysia ni, mesti kita rasa janggal sebab dalam pemikiran kita barang buatan Malaysia kurang kualitinya. Tapi korang tahu tak, seiring dengan kemajuan teknologi dunia ketika ini, barangan buatan Malaysia juga telah berubah secara total dan boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan barangan import. Seorang pemuda bernama Azam berkongsi pengalaman beliau beli barangan Malaysia. Ikuti perkongsian beliau.
Jumaat lepas, aku pergi sebuah pasar raya dekat dengan rumah aku ni. Niat aku masuk pasar raya ni macam biasa la kalau tengah bulan ni, nak beli barang dapur dan keperluan harian aku hidup bujang ni. Tapi semalam, aku ada baca satu kempen yang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) lancarkan iaitu Kempen Beli Barangan Malaysia.
Jadi, hari ni aku berniat nak beli semua barangan keperluan harian aku, semua buatan Malaysia. Dari situ aku boleh bandingkan harga dan kualiti barangan tempatan dan produk import. Sebelum ni memang aku lebihkan produk import sebab pada aku lebih berkualiti. So, aku mula memburu barangan-barangan buatan Malaysia. Selesai membeli, aku dapat beli beras, sardine tin, ubat gigi, sabun, syampu, susu segar, daging burger dan beberapa lagi barang lain dan aku dah pastikan semuanya buatan Malaysia.
Ini antara barang-barang buatan Malaysia yang aku beli dan semuanya ada tertera Buatan Malaysia:
Dari pemerhatian aku, kualiti dari segi pembungkusan memang dah setanding dengan produk import. Lepastu aku masak nasi dan buat sambal sardine yang aku beli tu. Aku rasa lagi sedap dari sardine yang sebelum ni aku beli. Nasi tu sama je la rasanya. Bila aku fikir balik bagus juga sokong barangan buatan Malaysia ni, secara tak langsung boleh tingkatkan semangat patriotism terhadap barangan Malaysia, boleh meningkatkan ekonomi domestik, boleh kenalkan jenama-jenama Malaysia lebih meluas, tingkatkan kesedaran masyarakat yang kualiti produk tempatan dah setanding dengan produk luar negara.
Kalau korang nak tau produk tu buatan Malaysia atau tidak pastikan produk tersebut ada logo seperti di bawah.
Tambahan lagi, kita dapat membantu pengusaha tempatan dan usahawan-usahawan kecil untuk terus hasilkan produk lebih baik dari produk import untuk dieksport ke luar negara. Bila ekonomi domestik kita meningkat, dah tentulah kuasa membeli juga meningkat. So, aku sarankan pada korang sokonglah barangan buatan Malaysia dan sokong Kempen Beli Barangan Malaysia 2019 ni dengan hashtag #BarangBaikBarangKita. Lepas korang beli produk buatan Malaysia yang best tu, korang upload la kat Instagram atau Facebook korang dan letak hashtag #BarangBaikBarangKita, biar ramai orang kenal produk buatan orang kita dan bila korang puji mesti diorang nak try jugak. Mudah je nak sokongkan?
Kerajaan juga akan membantu produk-produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menembusi ke sektor peruncitan. Selain itu, kerajaan akan memasarkan produk-produk tempatan ke pasaran digital. Melaksanakan ekspo jualan sempena Kempen Beli Barangan Malaysia untuk pengusaha-pengusaha boleh meluaskan lagi pasaran produk ke tahap lebih tinggi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/11/15/kualiti-pun-dah-sama-level-lelaki-ini-terkejut-produk-buatan-malaysia-lagi-padu-dari-barangan-luar-negara/