Solat Jumaat Dibenarkan Di Kl Putrajaya Tetapi Jumlah Jemaah Terhad


Solat Jumaat dan solat fardu di masjid dan surau dengan jumlah jemaah terhad dibenarkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata manakala di Selangor ia bergantung kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di negeri tersebut.


Beliau berkata keputusan itu diambil pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.


"Bagi solat Jumaat di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, jumlah jemaah ditetapkan tidak melebihi 50 orang tertakluk kepada keluasan dewan solat dengan penjarakan satu meter antara jemaah.


"Bagi solat fardu tidak melebihi 20 jemaah tertakluk kepada keluasan dewan solat masjid dan surau dengan penjarakan satu meter antara jemaah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Zulkifli berkata jemaah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat masing-masing melalui jemputan atau kaedah terbaik yang diputuskan bersesuaian di bawah kariah masing-masing.


Beliau juga berharap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dapat memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi sebaiknya oleh jemaah demi kemaslahatan bersama.


Terdahulu, kerajaan mengenakan PKPB semula di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang masuk hari kedua hari ini sehingga 27 Okt bagi mengekang penularan wabak COVID-19.


Justeru, masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain di tiga negeri itu sebelum ini adalah ditutup.


 Selasa lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan solat Jumaat, solat fardu berjemaah serta aktiviti mengimarahkan masjid dan surau di Selangor, ditangguhkan semasa tempoh PKPB.


JAIS dipetik sebagai berkata pentadbir masjid dan surau di Selangor hendaklah memastikan solat Jumaat tidak dilaksanakan sepanjang tempoh penangguhan itu manakala solat fardu berjemaah pula hendaklah dilaksanakan dalam jumlah jemaah yang tidak melebihi tiga orang sahaja.


Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/10/solat-jumaat-dibenarkan-di-kl-putrajaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Jumaat Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan Tidak Melebihi 50 Jemaah

Solat Jumaat Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan Tidak Melebihi 50 Jemaah

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 359 hits
Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah dikuatkuasakan pada 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020 Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah berkenan untuk membenarkan solat Jumaat dilaksana...
Selangor Tangguh Solat Jemaah Jumaat Di Masjid Surau

Selangor Tangguh Solat Jemaah Jumaat Di Masjid Surau

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 314 hits
JABATAN Agama Islam Selangor menetapkan semua masjid dan surau di negeri itu untuk menangguhkan solat Jumaat solat fardu dan lain lain aktiviti Keputusan itu dibuat berdasarkan penguatkuasaan Perintan Kawalan dan Pergerakan Bersyarat di Sel...
Jemaah Solat Jumaat Masjid Di Subang 2 Okt Digesa Buat Ujian Seru Jais

Jemaah Solat Jumaat Masjid Di Subang 2 Okt Digesa Buat Ujian Seru Jais

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 283 hits
Jabatan Agama Islam Selangor menyeru kepada para jemaah yang telah hadir solat Jumaat pada 2 Oktober 2020 di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang untuk tampil dan segera melakukan saringan di klinik kesihatan yang berhampiran se...
Pkpb Tiada Solat Jumaat Solat Fardhu Di Seluruh Selangor

Pkpb Tiada Solat Jumaat Solat Fardhu Di Seluruh Selangor

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 295 hits
M Update 14 10 2020 Jabatan Agama Islam Selangor menangguhkan solat Jumaat solat lima waktu berjemaah dan lain lain aktiviti pengimarahan di seluruh masjid serta surau di Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selang...
Salam Jumaat Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat

Salam Jumaat Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 1215 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers SALAM JUMAAT Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat Sudah agak lama Mrs A tak buat post Salam Jumaat Last bila diulang baca semula post tu terasa betapa kerdilnya diri ini sebagai...
Hiburan Kadang Kadang Solat Jemaah Sekali Nafi Tidur Rumah Nabil Mahir Ayda Jebat Jawab Kegusaran Netizen

Hiburan Kadang Kadang Solat Jemaah Sekali Nafi Tidur Rumah Nabil Mahir Ayda Jebat Jawab Kegusaran Netizen

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 363 hits
Ayda Jebat dan Nabil Mahir merupakan pasangan yang tidak asing lagi dalam industri seni kerana kini sedang asyik dilamun cinta dan difahamkan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi Namun begitu pasangan ini sering saja dihimpit kontro...
Nikah Solat Jumaat Dibenar Di Zon Hijau Sahaja Di Selangor

Nikah Solat Jumaat Dibenar Di Zon Hijau Sahaja Di Selangor

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 272 hits
SHAH ALAM Jabatan Agama Islam Selangor hanya membenarkan Solat Jumaat dan majlis akad nikah di masjid dan Pejabat Agama Islam Daerah di zon hijau sahaja berikutan perkembangan kes jangkitan COVID 19 di negeri itu Pengarah JAIS Mohd Sha
Meeting Untuk Wedding Kerja Solat Jemaah Ayda Jebat Nafi Sebumbung Dengan Tunang

Meeting Untuk Wedding Kerja Solat Jemaah Ayda Jebat Nafi Sebumbung Dengan Tunang

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 284 hits
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat nampaknya sekali lagi dihimpit spekulasi apabila netizen mengatakan dia tinggal sebumbung dengan tunangannya Nabil Mahir source
Get Moving On Better Laws To Protect Children Putrajaya Told

Get Moving On Better Laws To Protect Children Putrajaya Told

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 282 hits
Child rights activists say stricter laws are needed to protect children PETALING JAYA Government leaders have been urged to provide children with better protection by changing national policies especially on child marriages and sexual abuse...
Top 10 Pink Mercedes Benz Cars

Why Can Israel Have Nukes But Not Iran

Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Capital One To Curb Lounge Access For Some Cardholders

Warisan Terakhir Kisah Badak Sumbu Sumatera Malaysia

Makan Di Ebraheem Coffee

Resepi Daging Masak Hitam Raya Haji 2025

Hiburan Lelaki Mengganas Kelar Isteri Hingga Maut Sebelum Ke Rumah Keluarga Mentua Bakar Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buy Diamond Chains Malaysia A Guide To Timeless Luxury

Bangi Wonderland Tempat Healing Best Sambil Main Air

Ejen Ali The Movie 2 Kini Filem Animasi No 1 Di Malaysia

Msi Ketua Majelis Syuro Al Muzammil Yusuf Presiden Pks

5 Ups Terbaik Bawah Rm200 Untuk Elak Komputer Mati Mengejut

Berang Ditegur Lelaki Pukul Isteri Guna Gitar Elektrik