Solat Jamak Qasar Semasa Musafir Tanpa Bermalam



Soalan:
Saya menghantar anak balik ke university di Alor Gajah dari Subang Jaya yang mana perjalanannya melebihi 2 marhalah dan keluar daripada kawasan mukim saya. Adakah boleh saya jamak solat sebelum tiba di rumah walaupun saya tak bermalam?

Jawapan:
Ada tiga syarat sah solat musafir yakni jamak dan qasar berkaitan dengan perjalanan:

Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Oleh itu, tidak diambil kira perjalanan yang kurang daripada jarak tersebut. Dia juga hendaklah tidak berniat menetap selama empat hari di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar. Apabila berniat menetap selama empat hari jadilah tempat yang dituju itu seolah-olah negerinya atau tempat tinggalnya yang tetap. Oleh itu dia tidak harus bersolat qasar lagi di situ dan haknya untuk bersolat qasar kekal semasa dalam perjalanan sahaja.Perjalanan yang tentu tempat tujuannya. Oleh itu, orang yang merayau-rayau tanpa tujuan ke tempat yang tertentu, dan orang yang mengikut ketuanya tanpa mengetahui ke mana hendak di bawanya, perjalanan mereka tidak mengharuskan qasar kecuali setelah menjangkau jarak perjalanan yang jauh. Ini kerana telah diyakini jauh perjalanannya.Perjalanan tersebut tidak bertujuan maksiat. Justeru, tidak diambil kira perjalanan musafir untuk berniaga arak, mengamalkan riba’ atau menyamun. Ini kerana qasar merupakan keringanan yang disyariatkan untuk menunaikan sesuatu tanggungjawab, dan ia tidak boleh terkait dengan sebarang maksiat.
Manakala, tiada syarat sah yang mewajibkan bermalam. Sebaliknya, Hukum Syarak hanya menetapkan waktu maksimum iaitu 3 hari tidak termasuk hari pergi dan hari keluar. Ini berdasarkan hadis al-Ala` bin al-Hadhrami RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ثَلاَثٌ لِلْمُهَاجِرِ بَعْدَ الصَّدَرِ
“Tiga hari bagi orang Muhajirin (boleh menetap di Makkah) selepas al-sadar (yakni selesai manasik Haji).” [Riwayat al-Bukhari (3933) dan Muslim (1352)]

Berkata Imam Abu Ishak al-Syairazi sebelum berdalilkan hadis ini: “Jika seorang musafir itu berniat muqim (menetap) empat hari selain hari masuk dan hari keluar maka jadilah sebagai seorang mukim (semata-mata dengan niat itu), dan terpotonglah (yakni terhentilah) rukhsah musafirnya kerana berniat menetap tiga hari tidak menjadikan musafir itu seorang mukim.” [Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (4/359)]

Berkenan dalil solat jamak ketika musafir, daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْمَعُ بَيْنَ صَلاَةِ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ إِذَا كَانَ عَلَى ظَهْرِ سَيْرٍ، وَيَجْمَعُ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ
“Rasulullah SAW menjamakkan solat Zohor dengan Asar ketika perjalanan (yakni bermusafir) dan menjamakkan solat Maghrib dengan Isyak.” [Riwayat al-Bukhari (1056)]

Hadith seterusnya, daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

أَنَّ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَمَعَ بَيْنَ الصَّلاَةِ فِى سَفْرَةٍ سَافَرْنَاهَا فِى غَزْوَةِ تَبُوكَ فَجَمَعَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ قَالَ سَعِيدٌ بِنْ جُبَيْرٍ فَقُلْتُ لاِبْنِ عَبَّاسٍ: مَا حَمَلَهُ عَلَى ذَلِكَ؟ قَالَ: أَرَادَ أَنْ لاَ يُحْرِجَ أُمَّتَهُ
“Nabi SAW menjamakkan solat dalam perjalanan yang kami lakukan ketika peperangan Tabuk. Baginda menjamakkan solat Zohor dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan Isyak.” Said bin Jubair berkata: Aku bertanya kepada Ibn Abbas: “Apakah yang mendorong Baginda berbuat begitu?” Jawabnya: “Baginda tidak mahu menyusahkan umatnya.” [Riwayat Muslim (705)]

Berdasarkan keterangan di atas, dibenarkan bagi seseorang yang musafir ke suatu destinasi yang melebihi 2 marhalah untuk melakukan solat musafir seperti jamak dan qasar, sekalipun dia hanya balik hari dan tidak bermalam. Semoga penjelasan ini memberikan manfaat kepada pihak yang bertanya. Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/solat-jamak-qasar-semasa-musafir-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Ini Jelaskan Hukum Solat Jamak Dan Qasar Syarat Ke Empat Ramai Yang Salah Faham

Ustaz Ini Jelaskan Hukum Solat Jamak Dan Qasar Syarat Ke Empat Ramai Yang Salah Faham

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 869 hits
SALAH ERTI HUKUM JAMAK DAN QASAR Allah SWT memberi dua kemudahan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat iaitu JAMAK dan QASAR Untuk seseorang itu mendapat kelayakan rukhsah solat musafir mestilah menepati beberapa syarat Beri...
Maksud Dua Marhalah Dalam Jamak Qasar

Maksud Dua Marhalah Dalam Jamak Qasar

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 414 hits
Soalan Apakah yang dimaksudkan 2 marhalah di dalam solat Qasar Jawapan Firman Allah Taala Dan jika kamu bermusafir di muka bumi ini maka tidak berdosa ke atas kamu untuk memendekkan solat Nas di atas ini menunjukkan dalil dibolehkan solat q...
Tragedi Solat Jumaat Christchurch Netizen Serang Senator Australia Digelar Menjijikkan

Tragedi Solat Jumaat Christchurch Netizen Serang Senator Australia Digelar Menjijikkan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 255 hits
NETIZEN Malaysia membuktikan solidariti dalam segala hal bukan sahaja tentang isu remeh malah isu isu semasa Terbaharu Ahli Parlimen Australia Fraser Anning menerima padah apabila memuat naik kenyataan yang berbaur menyalahkan komuniti Isla...
Menegur Ibu Bapa Yang Tidak Menunaikan Solat Fardhu

Menegur Ibu Bapa Yang Tidak Menunaikan Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 317 hits
Soalan Adakah anak anak dibolehkan untuk menegur kedua ibu bapanya yang tidak menunaikan solat fardhu lima waktu Jawapan Solat merupakan salah satu daripada rukun Islam dan merupakan rukun yang terpenting selepas mengucap dua kalimah syahad...
Tunai Solat Fardhu Sebelum Azan Berkumandang

Tunai Solat Fardhu Sebelum Azan Berkumandang

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 357 hits
Soalan Apakah hukumnya kita menunaikan solat fardhu tanpa menunggu azan Jawapan Ibadah solat merupakan satu ibadah yang telah ditetapkan waktu permulaan dan perakhirannya firman Allah SWT Sesungguhnya solat itu adalah satu kewajipan ke atas...
Tragedi Solat Jumaat 40 Terkorban Dalam Tembakan Rambang Christchurch

Tragedi Solat Jumaat 40 Terkorban Dalam Tembakan Rambang Christchurch

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 412 hits
Astro Awani Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengesahkan jumlah kematian dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung di saluran TV tempatan dan Astro AWANI Gambar fail KUALA LUMPUR Sekurang kurang 40 orang terkorban dal...
Jangan Susahkan Hati Mama Papa Kamu Bukan Anak Orang Kaya Ini Pesan Johan Setiap Kali Solat Berjemaah

Jangan Susahkan Hati Mama Papa Kamu Bukan Anak Orang Kaya Ini Pesan Johan Setiap Kali Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 629 hits
Melihat ukhuwah dalam keluarga Johan Raja Lawak dan Ozlynn sangat mendamaikan hati Begitu kuat ikatan kekeluargaan yang diterapkan oleh Johan dan isterinya Menerusi akaun instagram Jozlynn beliau memuatnaik gambar selepas selesai berjemaah ...
Tragedi Solat Jumaat Malaysia Mahu Pengganas Diheret Ke Muka Pengadilan

Tragedi Solat Jumaat Malaysia Mahu Pengganas Diheret Ke Muka Pengadilan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 349 hits
Astro Awani Pengganas yang menggila melakukan pembunuhan beramai ramai ini berusia 28 tahun kelahiran Australia Malaysia mengecam dan mengutuk sekeras kerasnya tindakan pengganas yang meragut nyawa awam dalam serangan masjid di Christchurch...
Suami Biasa Solat Di Masjid Itu

Suami Biasa Solat Di Masjid Itu

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 276 hits
SEPATUTNYA suami berada di Masjid Al Noor untuk Solat Jumaat hari ini tetapi disebabkan kekangan kerja dia terpaksa menunaikan solat di pejabat sahaja Mujur kejadian tembakan berlaku ketika suami tiada kerana kebiasaannya dia akan berada aw...
Habis Nampak Semua Baju Terbuka Tak Sengaja Di Dada Persembahan Seksi Jennie Tular

The Tapping Tapir Expands Gutc Prebiotic Range With New Mixberry Flavour

Apa Itu Sids Sindrom Kematian Bayi Mengejut Ini Ibu Bapa Perlu Berwaspada

Jangan Tunggang Isu Agama Kaum Demi Kepentingan Peribadi Pm Anwar

Lirik Lagu Batu Hitam Hafiz Hamidun Ft Ruffedge

Isu Penghinaan Agama Era Fm V Zamri Vinod

Aidilfitri Kpm Umum 3 Hari Cuti Raya Tambahan

Rakam Jika Harga Makanan Tidak Masuk Akal Ppim Sinar Harian 08 03 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sahur Waktu Mustajab Berdoa

Serangan Bom Tembakan Di Golok Polis Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Sudah Hampir 3 Tahun Dap Dalam Kerajaan Segala Tuduhan Seperti Yang Ada Dalam Vi

Video Nur Nilam Dedah Azlan Komeng Akan Kahwin Selepas Aidilfitri Dia Minta Saya Pergi Meminang

Bapa Maut Anak Lelaki Parah Dirempuh Kereta Ketika Dalam Perjalanan Untuk Berbuka Puasa Di Masjid