Suami Biasa Solat Di Masjid Itu




“SEPATUTNYA suami berada di Masjid Al Noor untuk Solat Jumaat hari ini tetapi disebabkan kekangan kerja, dia terpaksa menunaikan solat di pejabat sahaja.


“Mujur, kejadian tembakan berlaku ketika suami tiada kerana kebiasaannya, dia akan berada awal di masjid itu sementara menunggu masuk waktu solat," kata rakyat Malaysia yang menetap di Christchurch, New Zealand, Nor Aida Baharudin, 48.

Menurut Nor Aida, ketika kejadian dia sedang berniaga trak makanan di pusat bandar sebelum menerima panggilan daripada suami, Japi Zin Sulaiman, 52 dan empat anaknya.

Kata Nor Aida, mereka memintanya mengemaskan barang-barang dan kembali ke rumah dengan segera kerana serangan berkenaan.

Katanya, dia terkejut dan tidak percaya serangan itu boleh berlaku kerana rakyat New Zealand sememangnya terkenal dengan sikap ramah dan mereka juga melayan pelancong dengan baik.

"Selama lebih 18 tahun berhijrah ke sini, ini kejadian paling buruk pernah kami lalui.

"Kejadian itu dianggap yang terburuk dalam sejarah New Zealand dan ia turut diakui oleh Perdana Menteri, Jacinda Arden," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Pengusaha agensi pelancongan itu berkata, sehingga kini, suami dan anak perempuannya masih berada di pejabat serta universiti kerana pihak berkuasa tidak membenarkan mereka pulang sehingga keadaan selamat.

Katanya, Masjid Al Noor terletak di kawasan Riccarton iaitu kira-kira 12 kilometer dari kediamannya.

"Masjid itu adalah yang terbesar di Christchurch dan menjadi tumpuan umat Islam di sini untuk menunaikan solat Jumaat dan solat lima waktu lain.

"Ia juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang berada di sini ," katanya menambah terdapat kira-kira 300 rakyat Malaysia yang berada di Christchurch termasuk pelajar.

Menurut Nor Aida lagi, ketika ini semua premis pentadbiran dan sekolah diarahkan ditutup sementara keadaan di sahkan selamat.

Selain itu, penduduk Christchurch juga diarahkan untuk berada di rumah masing-masing dan mereka mengikuti perkembangan semasa menerusi laporan televisyen.

"Ramai anggota keselamatan berada di jalanan untuk mengawal keadaan dan penduduk tidak dibenarkan keluar rumah.

"Apapun, saya dan suami masing-masing saling berhubung dengan keluarga serta rakan-rakan di Malaysia untuk memaklumkan perkembangan terkini kerana mereka turut risau dengan apa yang berlaku.

"Keadaan ketika ini masih terkawal dan berharap rakyat Malaysia turut mendoakan keselamatan kami semua yang berada di sini," katanya.

Sementara itu, dua insiden tembakan dilaporkan berlaku di dua masjid di bandar raya itu pada 1.45 tengah hari Jumaat (waktu tempatan).

Seorang saksi berkata, dia melihat seorang lelaki memasuki Masjid Al Noor dan mendengar puluhan das tembakan dilepaskan.

Tiada kenyataan rasmi mengenai jumlah mangsa yang terbunuh dikeluarkan kerajaan New Zealand, namun difahamkan seorang rakyat Malaysia turut terkena tembakan rambang itu.

Kredit Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/03/suami-biasa-solat-di-masjid-itu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Terkini Rumah Kampung Transformasi Hasil Imaginasi Luar Biasa Suami Isteri Ini Buat Semua Terpukau

Gambar Terkini Rumah Kampung Transformasi Hasil Imaginasi Luar Biasa Suami Isteri Ini Buat Semua Terpukau

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 473 hits
Sebentar tadi pihak kami telah dihubungi Pemilik Rumah Kampung terletak di Tuaran Sabah Tuan Asri Meris Anthony Gambar Terkini Rumah Kampung Transformasi Hasil Imaginasi Luar Biasa Suami Isteri Ini Buat Semua Terpukau
Geng Bikers Nz Janji Kawal Luar Masjid Disaat Solat Jumaat Esok Hari Ternyata Ini Niat Mereka

Geng Bikers Nz Janji Kawal Luar Masjid Disaat Solat Jumaat Esok Hari Ternyata Ini Niat Mereka

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 422 hits
Serangan yang berlaku di Masjid New Zealand telah menyebabkan ramai pihak bersimpati dengan nasib penduduk Islam di situ Ramai yang telah bangkit menyokong masyarakat Muslim kerana bersetuju bahawa tembakkan rambang yang dilepaskan oleh pen...
Ww Suami Isteri Itu Memang Sepadan

Ww Suami Isteri Itu Memang Sepadan

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 793 hits
Suami isteri itu memang sepadan Kadangkala kita je tak perasan Tapi orang lain perasan dengan kita Yang kita suami isteri memang sepadan
Solat Zuhur Di Masjid Lain Miss Universe Nz Kongsi Detik Cemas Insiden Christchurch

Solat Zuhur Di Masjid Lain Miss Universe Nz Kongsi Detik Cemas Insiden Christchurch

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 415 hits
Berikutan insiden serangan pengganas di Christchurch New Zealand pada Jumaat lalu ternyata satu peristiwa hitam dan memberi impak besar buat umat Islam Ini kerana kejadian tersebut mengorbankan seramai 50 nyawa yang berada di dalam Masjid A...
Tak Sabar Solat Dengan Bakal Suami Sebelum Ini Tak Pernah Rasa

Tak Sabar Solat Dengan Bakal Suami Sebelum Ini Tak Pernah Rasa

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 335 hits
Dilihat lebih terbuka berkongsikan mengenai hubungannya dengan kekasih Elly Mazlein sebelum ini memberitahu dia sudah bersedia untuk berkahwin lagi Masih merahsiakan namanya The post appeared first on
Kenapa Lelaki Itu Bertindak Kejam Menembak Jemaah Masjid Al Noor Di Deans Ave Christchurch

Kenapa Lelaki Itu Bertindak Kejam Menembak Jemaah Masjid Al Noor Di Deans Ave Christchurch

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 963 hits
Sekali lagi dunia dikejutkan dengan tindakan berani individu yang bertindak menembak secara rambang jemaah jemaah di Masjid Al Noor di Deans Avenue dan Masjid Linwood Christchurch New Zealand Photo via Newstalk ZB Setakat ini dilaporkan ser...
Terengganu Akan Adakan Solat Hajat Seluruh Masjid Dan Surau Hari Ini

Terengganu Akan Adakan Solat Hajat Seluruh Masjid Dan Surau Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 388 hits
Hari ini semua masjid di Terengganu akan mengadakan solat hajat secara serentak selepas solat Jumaat Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu berkata solat hajat ini bertujuan bagi memohon kebesaran Allah agar keharmonian negara te...
Solat Jenazah Ghaib Haziq Di Masjid Seluruh Negara Esok

Solat Jenazah Ghaib Haziq Di Masjid Seluruh Negara Esok

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 434 hits
MASJID di seluruh negara diminta mengadakan solat jenazah ghaib untuk Muhammad Haziq Mohd Tarmizi 17 yang disahkan meninggal dunia dalam insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch New Zealand Menteri di Jabatan Perdana Menteri D...
Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Rodziah To Confirm On Monday Which Pkr Post She Seeks

Rakam Jika Harga Makanan Tidak Masuk Akal Ppim Sinar Harian 08 03 2025

Lirik Lagu Sesuci Kasih Ibu Arif Azhari

Amanah Urges End To Religious Debates For Harmony

Drama Fallin Intern You

148 Undi Bermakna 2 3 Ada Pembangkang Yang Undi Kerajaan Hamzah Terluka Lagi

Serangan Bom Tembakan Di Golok Polis Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terbabit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Mengatasi Kemalasan Dalam Ibadah Panduan Islami Berdasarkan Dalil Shahih

Cara Terbaik Mengatasi Kelesuan Untuk Pesakit Hypothyroid

Ikan Cencaru Bakar

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit