Panduan Penyimpanan Dan Penyisihan Ubat Ubatan Di Rumah


Assalamualaikum

Sepatutnya proses menyisihkan barangan dalam rumah perlu dilakukan sentiasa. Barulah senang mengemas dan maintain tak banyak barang. Tetapi Kaklong tak selalu buat. 😂 my bad! (jangan tiru please 😌)
Jadinya.. disebabkan Kaklong baru siap renovate bahagian dapur dan bahagian ruang tamu sedikit, maka Kaklong ambil peluang ini untuk membuat proses penyisihan barangan satu rumah. Setiap inci rumah Kaklong memang habis Kaklong punggah balik dan asing-asingkan barang untuk dibuang, diderma atau dijual

Penyisihan UbatUbat-ubatan sebenarnya ada la dalam setahun tu sekali atau dua kali Kaklong sisihkan. Pernah juga bertahun tak semak stok ubat-ubatan. Hahaha.. Kadang ikut expired date. Ikut suka hati Kaklong je nak buat bila sebenarnya. Tetapi sejak follow group Dr. Hani #kemasrumahwithhani tu, (GROUP #kemasrumahwithhani) lagilah perlu buat sisihan sekerap mungkin. Mungkin Kaklong akan buat 3 bulan sekali. 🤔 Mungkinlah. Mungkin ye. (tolong bagi semangat rajin tu datang selalu please 😂)
Sebelum ada “rumah” ubat masing-masing, biasanya ubat-ubat ni Kaklong letak sekali je dalam satu atau dua bekas. Kononnya mudah cari la — begitulah dalam fikiran Kaklong

* sebelum proses sisihan *
Tapi bila tengok rakan-rakan lain dan Dr. Hani buat “rumah” setiap barang terus Kaklong nak buat juga. Makanya Kaklong khaskan satu ruang kabinet dalam area dapur kering untuk diletakkan ubat-ubatan sahaja. Mudah untuk Kaklong atau Abanglong capai. Anak-anak je tak mudah nak capai... 😏
Bekas semua dari kedai Eco dan kedai barangan plastik, sticker pun sama juga dari Ecoshop. Cuma tulisan yang tak cantik tu guna liquid paper je 🤭 tapi liquid paper pun dari kedai saka (ecoshop) tu juga.

* selepas proses sisihan dan pengstoran ubat-ubatan *
Hasil sisihan ubat-ubatan ini pula akan dihantar ke klinik yang berdekatan yang terima ubat-ubat yang dah expired untuk dilupuskan

Ye.. ubat tidak boleh dibuang sebarangan. Sila kembalikan ubat-ubat yang dah expired ke klinik-klinik yang ada tempat pelupusan ubat-ubatan ya. 🤗
* hasil sisihan ubat-ubatan yang akan dikembalikan ke klinik untuk pelupusan *
Panduan Tempoh Jangkahayat Ubat-Ubatan

Panduan Penyimpanan Ubat-Ubatan
Berikut adalah TIPS cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul:
1. SIMPAN ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari
Menyimpan ubat di tempat yang dikhaskan akan memudahkan anda mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan. Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan

2. SIMPAN ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya)
Mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan. Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut. Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya

3. SIMPAN ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk kepada sisip bungkusan ubat). Contohnya:Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)Penyimpanan ubat di tempat yang betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu. Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini

4. SIMPAN ubat dalam bekas yang asal, jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput

5. SIMPAN ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak
Menyimpan dan meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan yang selamat. Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas yang penutupnya tidak dapat dibuka (child resistant cap) dapat mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan mereka

Elakan untuk perkara berikut :
1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama

2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk

3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi

4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian (sila rujuk kepada sisip sungkusan ubat)

5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau hilang labelnya

Contoh Cara Penyimpanan Ubat Yang Selamat & Betul

Selamat mengemas untuk semua.. 💓
Maklumat -- kredit myhealth.gov.my
#declutteringwithsue#homeorganizingwithsue
Ceritera,Sue Sopian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suesopian.com/2019/10/panduan-penyimpanan-dan-penyisihan-ubat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ubat Ubatan Yang Perlu Ada Di Rumah Sebagai First Aid Kit

Ubat Ubatan Yang Perlu Ada Di Rumah Sebagai First Aid Kit

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 1257 hits
Senarai Jenis Ubat Yang Kena Ada Di Rumah Perkongsian Doktor Ini Sangat MembantuPosting ini asalnya dikongsi oleh Dr Asmi Syabil bertugas sebagai Pegawai Perubatan Kecemasan Katanya ada sesetengah orang yang tak reti bersabar selalu terus k...
Senarai Jenis Ubat Yang Kena Ada Di Rumah Perkongsian Doktor Ini Sangat Membantu

Senarai Jenis Ubat Yang Kena Ada Di Rumah Perkongsian Doktor Ini Sangat Membantu

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 886 hits
Posting ini asalnya dikongsi oleh Dr Asmi Syabil bertugas sebagai Pegawai Perubatan Kecemasan Katanya ada sesetengah orang yang tak reti bersabar selalu terus ke bahagian kecemasan padahal kes kes mereka adalah bukanlah kecemasan dan rawata...
Panduan Membeli Rumah

Panduan Membeli Rumah

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 563 hits
As salam Bagi anda yang ingin membeli rumah tetapi tidak tahu caranya sila pastikan anda tidak tertipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mahu mengaut untung atas kesusahan orang lain Membeli rumah bukannya seperti membeli ke...
Rumah Dosen Ipb Digaris Polisi Diduga Terlibat Kepemilikan Bahan Peledak

Rumah Dosen Ipb Digaris Polisi Diduga Terlibat Kepemilikan Bahan Peledak

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 269 hits
Sementara Kepala Biro Humas IPB University Yatri Indah Kusumastuti mengaku belum mengetahui adanya salah satu dosen ditangkap polisi atas kepemilikan bahan peledak
Banyak Rumah Rm300 000 Ke Bawah Tidak Terjual Apa Puncanya

Banyak Rumah Rm300 000 Ke Bawah Tidak Terjual Apa Puncanya

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 274 hits
Perghh Banyak lagi rumah yang tak terjual rupanya Sebenarnya apa penyebab lambakan rumah tak terjual ni berlaku Sebelum ini Zuraida Kamaruddin ada mengeluarkan maklumat yang sebanyak 48 585 unit rumah yang berharga RM300 00 dan ke bawah di ...
Spesialis Maling Hp Di Rumah Sakit Ada Yang Pernah Mengalami Hal Serupa

Spesialis Maling Hp Di Rumah Sakit Ada Yang Pernah Mengalami Hal Serupa

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 216 hits
Senyumperawat com KS pemuda asal Meuraxa Banda Aceh ternyata pemuda ini adalah spesialis maling Hp di rumah sakit Ia ditangkap personel Unit Kejahatan dan Kekerasan Satuan Reskrim Polresta Banda Aceh Kamis Tersangka KS ditangkap dalam kasus...
Sri Bintang Pamungkas Mengaku Tak Ada Di Rumah Saat Anaknya Ditangkap Polisi

Sri Bintang Pamungkas Mengaku Tak Ada Di Rumah Saat Anaknya Ditangkap Polisi

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 187 hits
Sri Bintang Pamungkas menyebut anak tirinya itu ditangkap polisi sudah sejak 4 bulan yang lalu Dia pun sudah menunjuk pengacara untuk mendampingi Lea yang tersandung kasus narkoba
Anda Confirm Rugi Beli Rumah Kalau Langgar Harga Ini

Anda Confirm Rugi Beli Rumah Kalau Langgar Harga Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 253 hits
Artikel kali ni pendek sebab Tok betul betul nak korang hadamkan mesej yang Tok nak sampaikan ni Hari ni kita akan lihat data semua rumah yang tak terjual pada Q1 2019 dibandingkan dengan rumah yang betul betul terjual Nota editor Bagi mere...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya