Sokongan Anak Muda Selamatkan Maruah Agama Bangsa Tanah Air


agendaily.com18/11/2022
Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan tokoh paling dipercayai dalam kalangan 13 pemimpin politik negara.
Sokongan besar-besaran anak muda kepada Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini (19 November 2022) akan menjadi sejarah teragung negara, sekali gus penyelamat kepada maruah agama, bangsa dan tanah air.

Dengan tekad mahu melakukan perubahan – setelah jemu dengan pentadbiran berpanjangan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang tidak menunaikan janji – anak muda kini beralih kepada gabungan baharu yang membawa harapan masa depan mereka – Perikatan Nasional.

Sehubungan itu, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan anak muda supaya bukan sahaja melihat kepimpinan BN dan PH dari sudut fizikal sahaja, tetapi hendaklah faham apa sebenarnya yang dilakukan oleh pemimpin terbabit.

“Anak-anak muda kena faham situasi sebenar siapa pemimpin-pemimpin itu. Bukan sahaja Anwar (Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim), Guan Eng (Pengerusi DAP Lim Guan Eng)… tapi yang lain-lain dalam PH dan DAP,” katanya.

Sebaliknya, Perikatan Nasional menerusi manifesto PN BEST menawarkan pelbagai janji kepada anak muda demi masa depan mereka, katanya sambil berharap anak muda turut mengajak kawan, ibu bapa, dan jiran untuk memberi undi kepada Perikatan Nasional.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perdana PN BEST di Kompleks Sukan Pagoh, malam tadi (17 November 2022). Pada PRU-15 ini, Muhyiddin bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh.

Pada masa sama, bekas Perdana Menteri kelapan itu sekali lagi mengajak pengundi supaya keluar beramai-ramai, esok bagi melaksanakan tanggungjawab memilih dan menentukan parti mana yang berhak membentuk kerajaan baharu.

Beliau berkata ini adalah satu pilihan raya yang amat penting untuk rakyat Malaysia dapat memilih kerajaan yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal negara bagi tempoh lima tahun yang akan datang.

“Saya memohon dan merayu seluruh pengundi dari Perlis sampailah ke Sabah untuk tunaikan tanggungjawab… keluar mengundi beramai-ramai. Untuk menentukan kerajaan yang nak dipilih adalah kerajaan yang mendapat dukungan dan sokongan rakyat.

“Untuk membuat keputusan yang tepat bila mana kita hadir untuk mengundi dan harapan saya selaku Pengerusi Perikatan Nasional ialah agar semua pengundi yang ada di seluruh negara akan menyokong calon-calon Perikatan Nasional yang bertanding di PRU-15 ini.

“Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun menyatakan dalam undi awal baru-baru ini hampir 94.5 peratus telah keluar mengundi… satu peratusan keluar undi antara yang tertinggi dalam sejarah negara.

“Kalau trend itulah yang akan berlaku dan gelombang ini akan terus berterusan sampai19 November saya yakin gelombang rakyat itu akan nanti merubah keadaan negara kita dan Perikatan Nasional dipilih untuk mentadbirkan negara… insya-Allah,” katanya.

Menurutnya, pengundi perlu menentukan supaya keputusan pilihan raya pada esok, akan dapat membentuk sebuah kerajaan yang boleh menjamin kestabilan politik, ekonomi, dan sosial di Malaysia.

“Kita harapkan akan berlaku satu tsunami baharu yang akan membersihkan sampah sarap politik di negara kita… dan mewujudkan satu kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab yang dipimpin oleh pemimpin Perikatan Nasional,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/sokongan-anak-muda-selamatkan-maruah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengoklah Kesan Daripada Ahli Politik Guna Kempen Bersifat Perkauman Agama Telah Lakukan Pada Anak Muda Kita Netizen

Tengoklah Kesan Daripada Ahli Politik Guna Kempen Bersifat Perkauman Agama Telah Lakukan Pada Anak Muda Kita Netizen

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 160 hits
Sewaktu para pemimpin sebuah gabungan politik berbangga dengan pencapaiannya yang mendapat sambutan luar biasa di PRU15 di media sosial terutamanya TikTok pula sedang tular video video yang dimuat naik oleh golongan muda yang dipercayai ter...
Gerakan Tanah Air

Gerakan Tanah Air

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 224 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Siapa dianya GTA atau Gerakan Tanah Air 2 Dia adalah satu gerakan orang Melayu 3 Siapa mereka 4 Mereka adalah orang Melayu yang setia kepada bangsa negara dan agama 5 Bukankah UMNO parti Melayu 6 UMNO sudah di ...
Kerana Angkuh Retorik Idealogi Demi Bangsa Demi Agama Demi Negara

Kerana Angkuh Retorik Idealogi Demi Bangsa Demi Agama Demi Negara

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 172 hits
Negara dalam situasi semakin getir dan mungkin menjadi lebih getir kerana idealogi politik yang dianggap sebagai teras utama dalam membentuk acuan negara Politikus bangsa mengatakan mereka berjuang demi bangsa tetapi mereka gagal bergabung ...
Muhyiddin Yassin Selamatkan Tanah Melayu Yang Tun Dr Mahathir Nak Bagi Kepada Bukan Melayu

Muhyiddin Yassin Selamatkan Tanah Melayu Yang Tun Dr Mahathir Nak Bagi Kepada Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 293 hits
500 hari Pakatan Harapan berkuasa lebih dari RM30 bilion aset negara dan Bumiputera dijual Data terkini membuktikan genap 500 hari Pakatan Harapan berkuasa sebanyak lebih RM30 bilion aset negara dan Bumiputera telah dijual 2 Data ini bermak...
Hiburan Berderai Air Mata Dipuji Ibu Jadi Anak Sulung Yang Baik Reaksi Kanak Kanak Ini Bikin Ramai Sebak

Hiburan Berderai Air Mata Dipuji Ibu Jadi Anak Sulung Yang Baik Reaksi Kanak Kanak Ini Bikin Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 218 hits
Satu rakaman video menjadi tular di media sosial TikTok apabila seorang wanita bergelar ibu dilihat merakam reaksi anak perempuan sulungnya yang dipuji telah menjadi permata hati yang baik dan penyabar Difahamkan si ibu itu telah meminta ka...
Anak Speech Delay Dan Hyperactive 6 Tahun Besarkan Anak Sendirian Lufya Mohon Sokongan Pada Ibu Tunggal

Anak Speech Delay Dan Hyperactive 6 Tahun Besarkan Anak Sendirian Lufya Mohon Sokongan Pada Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 135 hits
Jika kita bersama pasangan terasa cabarannya membesarkan anak bersama inikan pula terpaksa membesarkan anak bersendirian Memang tidak mudah Hal inilah yang dilalui oleh selebriti Lufya Omar Menerusi Instagramnya Lufya berkongsi rasa dan mel...
Anak Muda Cadang Berdebat Tetapi Johari Ghani Tolak

Anak Muda Cadang Berdebat Tetapi Johari Ghani Tolak

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 108 hits
Selepas Datuk Seri Ismail Sabri menolak cadangan berdebat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim cadangan NGO anak muda agar calon Barisan Nasional di Titiwangsa berdebat dengan lawannya dari Pakatan Harapan ditolak oleh Datuk Johari Ghani walaupun ...
Anak Muda Gegor Bera Carnival Expected To Draw 2 000 Youths

Anak Muda Gegor Bera Carnival Expected To Draw 2 000 Youths

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 132 hits
The national e sports team Team Haq Esports Club which emerged as the champion of the Season 10 MY Mobile Legend Professional League will also attend this youth carnival in Bera on Saturday BERA The KeluargaMalaysia Anak Muda Gegor Bera car...
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Kronologi Kes Zulfarhan Osman Zulkarnain



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Graduan Kejuruteraan Usahawan Sambal Acar Ikan Masin

Aktiviti Dengan Anak 003

Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur