Sokong Kekuatan Immunity Keluarga Dengan Joymix Yoghurt Yuja Probiotic
Assalamualaikum semua. Sukar untuk Syu menulis tentang ni. Biasanya hal dan insiden yang berlaku dalam keluarga memang jarang Syu kongsi secara umum di blog. Tapi kali ni Syu rasa ianya penting untuk you all semua tahu yang kesan akibat imuniti rendah tu amatlah serius dan bakal mengubah hidup kalian sekeluarga
Segalanya bermula tanggal 3 ramadan yang lalu, abang Syu yang duk elok-elok sihat je, tiba-tiba mengalami shock dan terus tak sedarkan diri. Sebaik sampai di casualty, abang di intubate kerana gagal bernafas sendiri. Segalanya berlaku sangat pantas
Di hospital, imbasan CT scan menunjukkan dalam otak abang ada nanah dan doktor kata ia disebabkan oleh jangkitan kuman.
Imuniti lemah punca mudah terkena jangkitan kumanSelepas 9 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU), akhirnya pada 23 April, abang Syu dah sedar, dan tak perlukan alat bantuan pernafasan lagi dah. Dia pun dipindahkan dari ICU pergi ke wad biasa. Alhamdulillah
Sumpah! Memang tak mudah untuk Syu bina kekuatan untuk menulis tentang ni. Hanya selepas abang menunjukkan respon positif, barulah Syu dapat menulis
Paling meruntun hati adalah apabila melihat mama kitaorang tiga kali rebah, pitam bila melihat anaknya dalam keadaan kritikal begitu. Jangan kata melihat, malah tiap kali ada orang sebut nama "Abang Is", mama akan menangis
Jangkitan kuman dalam otakKuman punca jangkitan masih lagi tidak diketahui. Bakteria atau virus? Doktor masih tak dapat pastikan. Ujian melalui sampel air tulang belakang juga gagal menemukan sebarang kuman. Tapi guys, apa yang paling Syu terkesan adalah, bila doktor kata ;
"Berlakunya jangkitan kuman di selaput otak ini biasanya disebabkan imunity lemah (compromised immune system)".
Tersentak kami mendengarnya.
Sedangkan abang Syu tak ada langsung ciri-ciri orang yang lemah imun. Demam pun, isteri dia kata dalam setahun tu jarang sangat-sangat dia nak demam mahupun selesema. Abang juga bebas daripada penyakit-penyakit berkaitan imun seperti HIV or kanser. Dan setahu Syu, dia tak mengambil sebarang ubat-ubatan seperti steroid yang boleh suppressed immune system dia juga
Jadi, apakah mungkin berpunca daripada diet harian, atau tabiat menghisap vape sehingga menyebabkan imuniti badan dia rendah? Nobody knows
Kekuatan Imuniti Badan Bermula dari Usus Yang sihatUsus merangkumi 70% imuniti sel badan. So guys, pengajaran kepada insiden ini adalah, jaga pemakanan, gaya hidup dan kesihatan usus untuk meningkatkan imuniti. Kekuatan immunity badan sangat penting bagi mencegah whatsoever kuman daripada berjaya sampai ke dalam aliran darah seterusnya menembusi otak. Kalau nak tahu, untuk sampai ke otak, bukan mudah ye
Mekanisma pertahanan badan kita sebenarnya banyak lapisan. Kalau barrier pertama gagal menghalang kemasukan pathogen, maka pertahan seterusnya akan sambung kerja-kerja pertahanan tu sehinggalah ke usus. Patogen ini semua, dari usus nak menembus epithelial tissue masuk ke kapilari darah pun dah banyak halangan
But once bakteria atau virus tu berjaya masuk dalam darah, mereka perlu survive berada dalam aliran darah tu dan make sure diri mereka tak ditelan phagocyte, sehingga la ia sampai ke otak
Untuk tembusi otak pula, akan ada satu sekatan yang dipanggil BBB (Blood Brain Barrier) pula di mana hanya certain-certain particle sahaja dibenarkan lalu melepasi BBB tu
Jadi, kalau any kuman dapat pass through this obstacles dan banyak lapis 'road block' ni semua, kalian rasa sistem imun dia aktif ke tak
Yes, kalian bijak
Sudah tentu la tidak. Sebab kalau aktif, takkan kuman boleh bolos? So rumusannya adalah semakin banyak sel imun yang tak aktif, semakin lemah imuniti badan seseorang
Cara Menguatkan Sistem Imun BadanBasically, untuk tingkatkan imuniti tubuh badan bagi semua peringkat umur, sel pertahanan yang dormant perlu diberi sokongan dan latihan stamina agar lebih aktif melawan virus dan bakteria. Ada yang menyebut sel dormant ini sebagai sel 'tidur' yang malas. Bila muncul patogen yang tak dikenali, sel dormant lambat mengesan dan bertindak
Lambakan sel ini dalam badan adalah tidak bagus sebab tindakan mereka dalam pertahanan badan adalah lembap. Jadi penting untuk kita ubah tabiat pemakanan yang lebih seimbang dan banyakkan pengambilan serat dari sayuran hijau. Selain itu senaman yang regular juga penting untuk meningkatkan aktiviti sel
Sokong Kekuatan Immunity dengan ProbiotikProbiotik merupakan mikrob hidup yang boleh beri kebaikan kepada kesihatan badan. Dengan syarat ianya perlu diambil dalam kuantiti mencukupi. Contoh makanan yang kaya dengan probiotik, antaranya adalah susu masam (yogurt), minuman yang dikultur dan juga makanan-makanan yang dijeruk seperti budu, cencalok, belacan, atau yang diperam seperti tempoyak.
Namun diet harian biasanya gagal memenuhi keperluan probiotik usus yang optimum
Probiotik memain peranan penting dalam mengurangkan masalah alahan serta menjaga usus daripada terkena kanser kolon. Tapi kandungan probiotik dalam usus boleh naik turun kuantitinya.
Kadang jumlahnya berkurangan bila kita kurang memberinya makan (pre-biotik). Ia juga boleh turut termusnah bersama bakteria jahat bila kita mengambil antibiotik broad-spectrum secara oral
Ya betul. Bila kita makan antibiotik, bukan sahaja kuman jahat yang mati, malah bakteria baik juga turut mati
Joymix Yoghurt Yuja Probiotik untuk Sokong Kekuatan ImmunityKandungan dan bahan utama suplemen probiotik dari Joymix ni berjaya menarik keyakinan Syu. Nak tahu sebab apa tau
Sebab Joymix Yogurt Yuja ni meningkatkan imuniti badan dengan tiga bahan utama iaitu probiotik dari kumpulan yis, Sacchoromyces boulardii (S.boulardii), Yeast Beta-1,3-glucan dan Colostrum IGg (susu awal lembu)
Sebaik sahaja I tengok ada kandungan IGg, terus terlintas dalam kepala ni untuk menghadiahkan abang I untuk bekalan 3 bulan. Hopefully dapat membantu revive semula "askar-askar" imun dan pertahanan badan dia p kepada paras optimum
Mekanisma Tindakan dalam Meningkatkan KeimunanPertahanan Level 1:Mekanisma tindakan utama adalah aktiviti S.boulardii dalam merencat pembiakan mikrob yang bersifat patogenik dalam usus serta trigger antibodi terhadap toksin dan detox segala toksin hasil daripada respirasi bakteria dalam usus.
Penyingkiran toksin ini mungkin boleh mengalami loose stool, dan menghasilkan bau yang kuat. Syu pun laluinya juga semasa pertama kali consume Joymix Yoghurt Yuja Probiotik ni. Tak perlu bimbang sebab selepas 3 hari, dia kembali normal
Pertahanan Level 2:Yeast Beta Glucan atau YBG pula memainkan peranan penting dalam meningkatkan imuniti, mencegah jangkitan dan menggalakkan penyembuhan luka. Dari segi penyembuhan luka, YBG membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan kulit sekaligus menggalakkan penyembuhan luka dengan lebih efektif
Manakala fungsi YBG dalam meningkatkan imuniti pula adalah dengan cara mengaktifkan semula sel-sel imun yang dormant. Ingat lagi pasal sel imun dormant yang Syu cerita awal tadi? Sel malas yang 'tidur', remember
So YBG ini lah yang kejutkan sel malas tadi ni, sekaligus menyokong sel-sel imun ini dari segi kecekapan tindak balas. Hasilnya mereka cepat react terhadap jangkitan, dan segera memberi signal kepada sel imun dalam sistem limfa agar menyerang sel asing secara habis-habisan
Pertahanan Level 3:Imunoglobulin atau IGg yang terkandung dalam susu awal (kolostrum) setiap mamalia merupakan antibodi yang diberikan secara oral kepada bayi baru lahir melalui penyusuan bagi membentuk keimunan pasif, agar dapat melindungi bayi tersebut daripada sebarang jangkitan umum.
Sebilangan besar antibodi imunoglobulin dalam peredaran darah pasti dapat menurunkan risiko jangkitan, alergi dan juga penyakit auto-imun
Dan dalam suplemen Joymix Yoghurt Yuja Probiotic ini memang ada dicampurkan dengan IGg bagi membantu meningkatkan keimunan badan, terutamanya terhadap serangan virus selesema
Keistimewaan Probiotic Supplement Joymix Yoghurt Yuja Berikut merupakan kebaikan-kebaikan suplemen probiotik dari Joymix yang Syu ambil dari website rasmi Joymix ya. Jadi ada beberapa manfaat yang mereka nyatakan, antaranya adalah:
1. Melawaskan air besar dan membantu mencegah cirit-birit2. Menyokong sistem imun yang berkaitan resdung dan asma3. Membantu dalam masalah ekzema dan alahan4. Mengurangkan sindrom gangguan usus (IBS)5. Membantu masalah jangkitan gastrik H.pylori6. Menggalakkan penyembuhan lluka bagi pesakit diabetik7. Menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak
Ulasan Syu Secara Peribadi mengenai Probiotic Supplement dari JoymixSyu terima parcel dari Joymix pada 16 April lalu, iaitu sehari selepas insiden abang Syu pengsan tak sedarkan diri. Syu start ambil pada keesokan harinya. So hari ini 26 April ngam-ngam habis sekotak Syu punya probiotik supplement. So you all nak dengar positive feedback dulu ke negative? hehe
Ulasan mengenai packagingOf course Syu suka, sebab convenient nak bawa ke mana sahaja even waktu menjaga abang di wad pun tak ada masalah, Syu bawa dalam beg je, tak payah nak bawa cooler bag dengan ice-pack bagai to keep it cool macam supplement probiotic lain yang perlu sentiasa di bawah suhu dingin
Cara pengambilanMudah
Joymix probiotic supplement didatangkan dalam bentuk powder yang dibungkus berasingan 3 gram setiap sachet. Bagi orang dewasa, perlu ambil 2 sachet sekali makan, manakala kanak-kanak, cukup 1 sachet sahaja. Tak perlu bancuh-bancuh. Cuma koyakkan sachet dan tuangkan serbuk Joymix yogurt Yuja ke dalam mulut dan kemam atas lidah sampai semuanya larut.
Kanak-kanak Sukakan RasanyaSurely it's fun for kids. Budak-budak takkan feel reluctant to consume Joymix Yoghurt Yuja ni sebab cara makannya sama macam nak makan popping sugar. Ala, candy yang letup-letup dalam mulut tu. Cuma yang ni tak popping la dalam mulut. Cuma ada rasa sensasi sejuk berangin dan masam manis je la. So tak susah mak nak paksa anak macam nak suruh makan yogurt atau minum sirap vitamin C tu. Less drama, less stress
Lebih Baik Dari Vitamin C BiasaJoymix Yogurt Yuja menggunakan bahan-bahan aktif seperti IGg dari colostrum, yeast beta glucan dan probiotik jenis yis (bukan jenis bakteria) yang memberi sokongan secara langsung dalam melonjak dan mengaktifkan keimunan badan
Manakala Vitamin C pula merupakan sejenis antioksidan, yang secara tidak langsung membantu sistem keiumunan badan. Ascorbic acid berfungsi melindungi sel-sel imun yang ada dalam badan daripada rosak disebabkan oleh radikal bebas. Jika sel-sel imun terpelihara, maka kebarangkalian mendapat keimunan yang kuat adalah lebih tinggi
Tiada masalah sembelit biarpun berpuasaSembelit? Biasalah, bila berpuasa dah hampir setengah bulan ni, air dalam badan pun dah makin tak seimbang. Nak-nak pula dalam musim panas macam ni, kita banyak hilang air melalui peluh. But alhamdulillah, so far lancar lagi membuang. It works well for me
Recommended?Kalau ditanya, adakah Syu akan mengesyorkan Joymix Yoghurt Yuja pada friends and family, dalam skala 1 hingga 10, Syu pilih 8! Yes. Recommended. Tapi..
Harga bagi sekotak Joymix Yogurt Yuja adalah RM50.00 dan mengandungi sebanyak 20 sachet. So dapat bertahan dalam 10 hari je la sekotak, bagi dewasa. Bagi Syu yang makan gaji kerajaan ni, rasanya harga tu agak mahal untuk diamalkan setiap hari.
Tapi memandangkan isu nya sekarang, Syu perlu kekalkan keimunan badan pada tahap yang tinggi, demi menjaga anak-anak, mama abah, dan terbaru abang Syu yang jatuh sakit, nilai wang ringgit tu rela Syu ketepikan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Inshaallah kita cuba sehabis baik
Jadi Syu memang nak repeat beli Joymix probiotics supplement ini lagi lah dalam masa terdekat
Baik Syu rasa sampai sini sahaja laj ulasan Syu mengenai probiotic supplement Joymix Yogurt Yuja. Hope you all guys dapat idea sedikit sebanyak daripada ulasan Syu ini.
Sekiranya you guys berminat mencuba suplemen probiotik yang mudah, sedap dan berkesan, boleh lah terus membeli di website rasmi Joymix di bawah
Website: www.joypremix.comFacebook: www.facebook.com/joypremixInstagram: @joymixsb
joymix yoghurt probiotik, cara tingkatkan imun badan, imuniti rendah pounca jangkitan kuma di selaput otak, punca meningitis, tip to boost immune system
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.annursyuhadah.com/2021/04/sokong-kekuatan-immunity-keluarga.html