Sokong Anwar Jadi Pm Bukti Mat Sabu Gila Kuasa Khairuddin


 


Kenyataan Mat Sabu menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri membuktikan kalangan ini hanya pentingkan kuasa, jawatan serta kedudukan dan sanggup mengenepikan prinsip perjuangan yang luhur.
Takkan Mat Sabu selaku presiden parti Amanah tidak tahu bahawa kini Anwar sedang bekerjasama dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi untuk cuba jatuhkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN sebelum 6 januari 2021?
Demi untuk berpaut pada kuasa; Anwar sanggup bekerjasama dengan siapa saja termasuk ‘kepala’ kleptokrats.
Saya yakin presiden PKR ini akan membebaskan Najib Razak serta Zahid Hamidi dari segala pertuduhan undang-undang di mahkamah jika dia berjaya jadi perdana menteri seandainya dua tokoh kleptokrats tersebut membantunya mencapai idaman tersebut.
Tetapi jangan risau kerana Najib Razak, Zahid Hamidi dan Anwar akan menemui jalan buntu kerana ketiga-tiga pemimpin sewel ini hanya ‘bermimpi di siang hari’.
Kini, Mat Sabu dan parti Amanah masih lafazkan kesetiaan pada Anwar walaupun mempunyai jalinan kerjasama dengan puak kleptokrats.
Inilah prinsip pembangkang pada hari ini yang sudah ‘gelong’ akibat hilang kuasa dari kalangan pengkhianat yang menerajui ‘Langkah Sheraton!’
Sehingga kini Tun Dr Mahathir Mohamad masih berpegang erat pada prinsip. Prinsip untuk tidak bekerjasama dengan golongan kleptokrats cukup kuat serta tetap utuh pada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jika Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup bekerjasama dengan kalangan kleptokrats selepas ‘Langkah Sheraton’ beliau boleh jadi perdana menteri semula.
Tetapi prinsip kental Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kleptokrats tetap kental sehingga hari ini.
Sesiapa saja yang menyokong Mat Sabu yang sedang berkerjasama dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi juga pengkhianat pada mandat rakyat yang menolak kerajaan kleptokrasi pada PRU14 yang lepas.
Sesiapa saja yang bekerjasama dengan puak kleptokrats harus dihukum pada PRU15 nanti yang sudah hampir tiba.
Selaku bekas ahli Amanah dan penyelaras parlimen Jasin; saya amat kecewa dengan prinsip mahupun pendirian Mat Sabu.
Mereka ini cukup taksub serta takut pada Anwar. Seolah-olah Anwar ini adalah tuhan pada mereka.
Apa saja kesilapan dan kesalahan Anwar; pemimpin-pemimpin PH tetap menurut kehendaknya secara membuta-tuli.
Pemimpin-pemimpin PH ini semua ‘gila talak’ untuk berkuasa semula.
Demi kuasa mereka sanggup lakukan apa saja termasuk menggadai maruah diri serta prinsip perjuangan yang luhur.
Sesungguhnya juga, pemimpin-pemimpin PH ‘dua kali lima’ saja dengan para pengkhianat dari kerajaan ‘tebuk atap’ PN.
Kali ini pada pru15 keseluruhan rakyat harus tolak PN dan PH seterusnya memilih ‘kuasa ketiga’ yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya berpaut erat pada prinsip perjuangan luhur seterusnya tetap menolak kerjasama dengan kleptokrats.
Khairuddin Abu Hassan
 
Laporan dipetik dari SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/12/sokong-anwar-jadi-pm-bukti-mat-sabu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Batalkan Mesyuarat Ph Selepas Memarahi Pemimpin Di Belakang Kenyataan Mat Sabu Guan Eng

Anwar Batalkan Mesyuarat Ph Selepas Memarahi Pemimpin Di Belakang Kenyataan Mat Sabu Guan Eng

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 335 hits
Kenyataan bersama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan tanpa pengerusinya Anwar Ibrahim menimbulkan kemarahan presiden PKR itu sehingga menyebabkan mesyuarat gabungan itu yang dijadualkan semalam dibatalkan kata sumber kepada MalaysiaNow Keny...
Hubungan Istimewa Antara Mat Sabu Mahathir Dan Anwar

Hubungan Istimewa Antara Mat Sabu Mahathir Dan Anwar

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 443 hits
ZULKIFLI SULONGRamai yang tertanya tanya bagaimana bekas Timbalan Presiden Pas Haji Mohamad Sabu yang sangat membenci Tun Dr Mahathir Mohamad tiba tiba selepas menjadi Presiden AMANAH beliau dilihat sangat rapat dengan bekas perdana menteri...
Guan Eng Dengan Mat Sabu Macam Perli Anwar Ibrahim Jer Ni

Guan Eng Dengan Mat Sabu Macam Perli Anwar Ibrahim Jer Ni

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 288 hits
Baru sedar diri kena game lagi ker Tak habis korang nak angkat anwar ibrahim duk pusing cerita ada sokongan semua Last sekali keciwa Haritu korang angkat atok sekali atok letak jawatan semua terlingkup Daripada PH sibuk duk pancing orang um...
Mahathir Nak Jumpa Anwar Tapi Dia Tak Nak Yang Kena Balik Mat Sabu Pemimpin Amanah

Mahathir Nak Jumpa Anwar Tapi Dia Tak Nak Yang Kena Balik Mat Sabu Pemimpin Amanah

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 302 hits
Selepas sembilan bulan Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan Amanah dan DAP kini dilihat sudah mula hilang sabar Menurut seorang pemimpin kanan parti Amanah ini selepas tiada sebarang kemajuan yang dilakukan PH...
Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng

Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 458 hits
Menurut sumber kenyataan bersama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan tanpa pengerusinya Anwar Ibrahim semakalm dikhabarkan menimbulkan kemarahan presiden PKR itu sehingga menyebabkan mesyuarat gabungan itu yang dijadualkan semalam dibatalkan...
Don T Waste Time On Ruling Mps Say Mat Sabu Guan Eng In Veiled Jibe At Anwar

Don T Waste Time On Ruling Mps Say Mat Sabu Guan Eng In Veiled Jibe At Anwar

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 369 hits
Two of Pakatan Harapan s top leaders have warned the coalition against placing its trust in MPs from the ruling bloc to gain power in what appears to be a veiled jibe at PKR president Anwar Ibrahim s recent attempts to get Umno MPs to his s...
Mat Sabu Guan Eng Mahu Singkir Anwar Ketuai Blok Pembangkang

Mat Sabu Guan Eng Mahu Singkir Anwar Ketuai Blok Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 239 hits
Berselindung di sebalik gesaan perlunya PH melakukan anjakan politik baharu dengan mengangkat PH Plus sebagai wadah perjuangan blok pembangkang kenyataan bersama Lim Guan Eng bersama Mohamad Sabu kali ini adalah jelas bertujuan untuk menyin...
Umno Rela Sokong Anwar Demi Kuasa

Umno Rela Sokong Anwar Demi Kuasa

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 336 hits
freemalaysiatoday combyAssistant Editor December 30 2020Selepas 10 bulan Perikatan Nasional memerintah negara sejak kejatuhan kerajaan PH yang lepas politik negara masih lagi goyah apabila jumlah majoriti yang dimiliki kerajaan hanya dibeza...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia