Soalnya Bersediakah Mahathir Menyokong Anwar Sebagai Calon Pm Ph Plus



Kenyataan bersama Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), pada 27hb Julai 2020“Jalan ke depan ialah dengan memberikan peluang pertama kepada Datuk Seri Anwar dan sekiranya beliau gagal, Datuk Seri Shafie wajar diberikan peluang yang serupa; kedua-duanya dengan berasaskan sokongan kukuh 109 orang Ahli Parlimen.”Sejak Langkah Sheraton oleh bekas Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan yang telah mengkhianati mandat rakyat pada pilihan raya 2018, parti AMANAH dan DAP telah bekerja untuk memulihkan semula mandat tersebut; menjadi jambatan bagi kelima-lima parti pembangkang yang membentuk Pakatan Harapan Plus
AMANAH dan DAP dipandu prinsip-prinsip asas berikut:Pertama, pentingnya setiakawan kesemua pasukan dan parti anti-Perikatan Nasional, yang diwakili oleh 109 Ahli Parlimen yang menentang penukaran Speaker Parlimen yang dilakukan secara tidak demokratik dan sewenang-wenangnya;Kedua, persoalan mengenai siapa akan menjadi Perdana Menteri seterusnya tidak wajar menjadi halangan dalam usaha memulihkan mandat rakyat. Pilihan untuk terus kekal menjadi pembangkang hanya kerana kita gagal berkompromi untuk jawatan Perdana Menteri adalah tidak boleh diterima. Kegagalan untuk mencapai kesepakatan mengenai calon Perdana Menteri menunjukkan bahawa obsesi terhadap jawatan Perdana Menteri adalah lebih penting berbanding mandat pilihan raya rakyat Malaysia pada tahun 2018;Ketiga; manifesto pilihan raya umum Pakatan Harapan pada tahun 2018 harus terus menjadi asas urus tadbir kerajaan PH Plus
Sebagai rekod, AMANAH dan DAP memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pada 26 Februari
Pada 28 dan 29 Februari, Parti Keadilan Rakyat, AMANAH dan DAP kembali mewujudkan semula gabungan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyokong Tun sebagai Perdana Menteri dalam usaha menghalang tertubuhnya sebuah kerajaan yang bukan pilihan rakyat
Antara bulan Mac dan Mei 2020, AMANAH dan DAP telah sepenuh hati mengajukan supaya gabungan besar yang menang dalam PRU 2018 dibina semula, iaitu PKR, DAP, AMANAH, Warisan dan kumpulan Tun Dr Mahathir dalam Bersatu
Pada 30 Mei, selepas kebuntuan yang berlanjutan, Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat keputusan untuk mempertimbangkan dua pilihan:Pilihan Pertama – Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri;Pilihan Kedua – Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, dengan peralihan kuasa dalam tempoh 6 bulan
Beberapa sesi rundingan dijalankan sehingga PKR secara rasminya menolak pilihan kedua pada 19 Jun
Dengan tujuan untuk mencari jalan keluar, pimpinan AMANAH, DAP dan Warisan serta kumpulan Tun Dr Mahathir mengadakan mesyuarat tidak rasmi bagi mencari pilihan-pilihan lain pada 25 Jun di Rumah Tetamu Sabah, Kuala Lumpur
Tun Dr Mahathir telah menerangkan dalam mesyuarat tersebut bahawa beliau tidak berniat menjadi Perdana Menteri untuk kali ketiga. Beliau menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri hanya untuk membantu menewaskan kerajaan Perikatan Nasional yang tidak mempunyai mandat rakyat dan memulihkan kembali mandat PRU 2018
Dalam konteks ini, Lim Guan Eng telah mencadangkan, dengan sokongan Mohamad Sabu, supaya Datuk Seri Shafie Apdal dijadikan calon ketiga untuk membantu meleraikan kebuntuan antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar
Tun Dr Mahathir dengan senang hati bersetuju terhadap cadangan menjadikan Shafie calon Perdana Menteri dalam masa dua minit sahaja selepas ia diajukan oleh AMANAH dan DAP. Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa ia bukan soal sama ada beliau kembali menjadi Perdana Menteri, tetapi soal menyelamatkan negara dan memulihkan mandat rakyat
Selain mengurangkan rasa tidak senang PKR terhadap Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Shafie akan menjadi pilihan bersejarah sebagai pemimpin pertama dari Sabah atau Sarawak yang dicadangkan sebagai Perdana Menteri
Pemimpin AMANAH dan DAP yang menghadiri mesyuarat tidak rasmi itu, kemudiannya memaklumkan Tun Dr Mahathir dan mereka yang lain bahawa pilihan baharu Shafie ini perlu dibawa kembali untuk perbincangan bersama pimpinan parti masing-masing dan kemudian dibincangkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan
Kami menegaskan bahawa bilangan 109 Ahli Parlimen perlu menjadi asas untuk memulihkan kerajaan; bukan perkumpulan setakat 91 Ahli Parlimen tanpa Warisan dan kumpulan Tun dalam Bersatu, atau hanya 71 Ahli Parlimen tanpa PKR. AMANAH dan DAP berkongsi perasaan kecewa dalam kalangan rakyat Malaysia bahawa walaupun dengan 109 kerusi di Parlimen menentang PN walaupun ditawarkan jawatan menteri dan GLC, kita masih gagal menuntut semula mandat rakyat
Kami tidak bersetuju dengan idea bahawa Pakatan Harapan boleh berunding dengan sesiapa sahaja dengan berbekalkan 91 kerusi, dengan mengesampingkan kumpulan Tun Dr Mahathir dan Warisan. Kami juga tidak bersetuju dengan idea bahawa perubahan boleh berlaku dengan hanya 71 Ahli Parlimen, tanpa penglibatan 38 Ahli Parlimen PKR
Kami berpendapat bahawa sama ada Anwar atau Shafie, dengan berbekalkan 109 Ahli Parlimen, sesiapa yang berjaya mendapat angka untuk mencukupkan angka 112 Ahli Parlimen, wajar diberi peluang mengetuai kerajaan gabungan itu nanti sebagai Perdana Menteri
Ada yang menyebut bahawa memandangkan pembangkang tidak dapat menyelesaikan persoalan calon Perdana Menteri, kita patut terus kekal sebagai pembangkang dan menunggu pilihan raya seterusnya. Kami tidak berpendapat begitu. Sebarang formula untuk menang dalam PRU seterusnya secara sendirian sebagai Pakatan Harapan atau tanpa Pakatan Harapan adalah formula yang sukar. Hanya Pakatan Harapan Plus yang melibatkan Pakatan Harapan, Warisan dan kumpulan Tun merupakan kombinasi boleh menang dalam PRU akan datang. Kekuatan bersama ini mesti menjadi premis asas, bukannya perkumpulan pembangkang yang berpecah-belah dan lemah
Malahan, pilihan untuk berputus asa daripada menuntut semula kuasa kerajaan bukan sahaja tidak bertanggungjawab, bahkan merupakan pengkhianatan terhadap pilihan rakyat pada 9 Mei 2018. Dengan tidak mencuba untuk menuntut kembali mandat itu secepat mungkin, kita hanya mengabsahkan Langkah Sheraton, sebuah kerajaan tanpa mandat, kesemua dasar-dasarnya yang tidak demokratik dan paling penting sekali, ketiadaan iltizam politik untuk membanteras rasuah dan memupuk ketelusan dalam urus tadbir. Ini tidak boleh dibiarkan berlaku
Jalan ke depan ialah dengan memberikan peluang pertama kepada Datuk Seri Anwar dan sekiranya beliau gagal, Datuk Seri Shafie wajar diberikan peluang yang serupa; kedua-duanya dengan berasaskan sokongan kukuh 109 orang Ahli Parlimen
Pada masa yang sama, 109 orang Ahli Parlimen dan kelima-lima parti Pakatan Harapan Plus iaitu AMANAH, DAP, PKR, Warisan dan kem Tun Dr. Mahathir dalam Bersatu harus memastikan hubungan kerjasama yang erat untuk memainkan peranan sebagai blok pembangkang yang berkesan dan bersatu untuk:•Membina harapan dalam detik yang sukar ketika krisis politik, ekonomi, dan Covid-19;•Membina keyakinan dan perpaduan nasional rakyat Malaysia ketika berhadapan sentimen perpecahan Perikatan Nasional;•Mendedahkan salah guna kuasa dan skandal seperti 1MDB dan menjuarai tadbir urus yang berintegriti;•Memperkukuhkan keselamatan ekonomi dan solidariti ekonomi bersama rakyat Malaysia menghadapi krisis ekonomi paling getir dalam beberapa generasi, yang dicetuskan oleh Covid-19;•Menawarkan cadangan dan dasar alternatif bertunjungkan pengalaman, kepakaran dan kebolehan yang diperolehi Pakatan Harapan semasa menerajui tampuk pemerintahan
Mohamad SabuPresiden,Parti Amanah Negara (AMANAH)Lim Guan EngSetiausaha Agung,Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/soalnya-bersediakah-mahathir-menyokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Dakwa Guan Eng Yang Namakan Shafie Sebagai Calon Pm Tetapi Buat U Turn Akhirnya

Mahathir Dakwa Guan Eng Yang Namakan Shafie Sebagai Calon Pm Tetapi Buat U Turn Akhirnya

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 291 hits
Guan Eng cadangkan Shafie sebagai calon PM kata Dr M Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng adalah individu yang mencadangkan agar Shafie Apdal dipilih sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ...
Tidak Pelik Mahathir Ambil Masa Dua Minit Untuk Bersetuju Dengan Shafie Sebagai Pm Asalkan Bukan Anwar

Tidak Pelik Mahathir Ambil Masa Dua Minit Untuk Bersetuju Dengan Shafie Sebagai Pm Asalkan Bukan Anwar

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 261 hits
Khabarnya dua minit saja dapatkan persetujuan Mahathir bagi menamakan Shafie sebagai PM Tapi nak dapatkan persetujuan Mahathir untuk Anwar sampai kiamat takkan dapat kerana Mahathir bukan suka kepada reform Darah Mahathir bukan darah reform...
Calon Prk Dun Slim Ph Masih Berbincang Dengan Tun Mahathir

Calon Prk Dun Slim Ph Masih Berbincang Dengan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 399 hits
BernamaAnwar menyatakan bahawa rundingan masih berjalan Gambar failPORT DICKSON Pakatan Harapan menafikan telah menyerahkan kepada kumpulan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sli...
Tak Benar Musa Tidak Disenarai Sebagai Calon Prn Kata Bung Moktar

Tak Benar Musa Tidak Disenarai Sebagai Calon Prn Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 253 hits
KOTA KINABALU Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin menafikan membuat kenyataan bahawa bekas ketua menteri Musa Aman tiada dalam senarai calon Umno bagi pilihan rya negeri Sabah seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita tempatan Me...
Dikencing Sifu Mahathir Buat Kali Kedua Anwar Akhirnya Tahu Dimana Levelnya

Dikencing Sifu Mahathir Buat Kali Kedua Anwar Akhirnya Tahu Dimana Levelnya

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 265 hits
Anwar Sekarang kita tahu apa dalam fikiran Dr M tentang peralihan Presiden PKR Anwar Ibrahim mengatakan beliau sering percaya bahawa Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepadanya Itu benar Sekarang kita tahu Pada ma...
Anwar Baharu Sedar Sebenarnya Mahathir Tak Jujur Dalam Perjanjian Peralalihan Kuasa

Anwar Baharu Sedar Sebenarnya Mahathir Tak Jujur Dalam Perjanjian Peralalihan Kuasa

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 228 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim mengatakan beliau sering percaya bahawa Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepadanya Itu benar Sekarang kita tahu Pada masa itu kita tidak tahu orang yang terhormat Kamu berikan komitmen ...
Faktor Mahathir Anwar Ibarat Kain Tak Cukup Panjang

Faktor Mahathir Anwar Ibarat Kain Tak Cukup Panjang

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 372 hits
ZAKARIA MUSA Walaupun Bersatu Hitam sudah terkeluar daripada kerjasama longgar Pakatan Harapan namun Parti Amanah Negara dan juga DAP seperti terus menjalin hubungan dengan kelompok penyokong Dr Mahathir Mohamad itu AMANAH dan DAP menunjukk...
Najib Gelak Sakan Anwar Baru Sedar Ditipu Mahathir

Najib Gelak Sakan Anwar Baru Sedar Ditipu Mahathir

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 341 hits
Nuar akhirnya memberitahu bahawa dia baru sedar dia telah ditipu Mahathir sekali lagi Nuar juga kata bahawa Mahathir dah lama tahu tentang rancangan PPBM keluar dari PH dan tidak pernah menghalangnya Walaupun ditipu berkali kali oleh Mahath...
Menamakan Calon Pm Selain Anwar Adalah Muslihat Membunuh Agenda Reformasi Negara

Menamakan Calon Pm Selain Anwar Adalah Muslihat Membunuh Agenda Reformasi Negara

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 274 hits
1 GERAK98 merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin parti PH hari ini 2 Kenyataan tersebut memberi indikasi keperluan menamakan calon PM selain Anwar Ibrahim dalam usaha mengembalikan mandat rakyat dalam PRU14 3 Seperti yang kami telah nya...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2