Menamakan Calon Pm Selain Anwar Adalah Muslihat Membunuh Agenda Reformasi Negara




1.GERAK98 merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin parti PH hari ini.

2.Kenyataan tersebut memberi indikasi keperluan menamakan calon PM selain Anwar Ibrahim dalam usaha mengembalikan mandat rakyat dalam PRU14.

3.Seperti yang kami telah nyatakan sejak  akhir tahun lalu dalam jelajah reformasi (dan sekarang Gerak98), Mahathir mempunyai muslihat menidakkan Anwar menjadi PM lama sebelum langkah Sheraton.

4.Sejak episod Sheraton muslihat Mahathir dibuktikan benar dengan kenyataan ramai bekas orang2 kanan beliau yang mengesahkan kewujudan muslihat itu.Kenyataan2 mereka ini dijelaskan lagi dengan pendedahan audio, perlaksanaan kongres maruah melayu dll.

5.Malah banyak kenyataan Mahathir sendiri akhir2 ini menjelaskan usaha menghalang Anwar menjadi PM.Halangan ini semakin jelas motifnya ialah  untuk menidakkan proses reformasi negara berlaku.

6.Mahathir samada secara sengaja atau tidak mendedahkan motif sebenar apabila menyatakan Anwar tidak layak menjadi PM kerana mengetuai sebuah parti berbilang kaum.Walhal anjakan politik berasas perkauman sempit kepada politik berasas prinsip keadilan,melawan rasuah tanpa kira kaum adalah tunjang kepada proses reformasi negara.

7.Makanya,amat jelas bahawa agenda Mahathir menghalang Anwar menjadi PM bukan sahaja membunuh politik Anwar,tetapi membunuh Reformasi.

8.Hari ini kelihatan beberapa pimpinan utama PH sudah terperangkap dengan muslihat Mahathir ini.Kesediaan mereka mengangkat tokoh selain Anwar menjadi PM bukan sahaja salah kepada Anwar, lebih penting ianya sikap yang salah kepada perjuangan reformasi yang menjadi tunjang PH.(Reformasi bukan tunjang Mahathir atau PH Plus)

9.Alasan keperluan mendapat balik kuasa dan  mandat rakyat semata2 adalah amat dangkal.Apakah mereka tidak melihat kuasa 22bulan itu tidak punya makna malah menjahanamkan reformasi apabila kuasa itu (jawatan Perdana Menteri) diberikan kepada Mahathir yang anti kepada perjuangan reformasi?

10.Sebab itulah GERAK98 menegaskan berkali2 pentingnya calon PM adalah tokoh yang benar2 pro reform kerana ianya menentukan (crucial).Reformasi akan sekali lagi digagalkan sekiranya kita meletakkan pemimpin bukan kalangan tokoh reformasi.

11.GERAK98 sekali lagi menggesa setiap pemimpin PH meletakksn agenda reformasi sebagai kepentingan paling utama.Malah kepentingan reformasi mesti mengatasi kepentingan kuasa.

12.Setiap pejuang dan pemimpin reformasi tidak boleh kompromi soal ini walaupun atas nama mendapat balik kuasa.Kerajaan Reformasi mesti dipimpin oleh tokoh yang komited dengan reformasi.Tiada kompromi soal ini.

13.GERAK, ADIL, Barisan Alternatif ,Pakatan Rakyat dan hari ini Pakatan Harapan adalah lokomotif2 reformasi sejak tercetusnya ledakan rakyat pada tahun 1998.Tidak ada lokomotif lain dalam negara ini yang membawa agenda Reformasi.Ketua lokomotif ini mesti menjadi ketua kerajaan reformasi.

14.Pengalaman 22 bulan menyaksilan padahnya apabila perkara itu tidak berlaku.Lebih parah kita meletakkan Mahathir seorang anti reform menjadi ketuanya.Hakikatnya jelas.Mahathir lah arkitek utama yang menjahanamkan reformasi.Azmin Ali hanya alat pelaksana rencana jahat ini.(Sehingga hari ini Mahathir tidak pernah menghentam Azmin kerana Azmin adalah alat dan perkakas Mahathir)

15.GERAK98 tidak akan bersetuju dengan tokoh selain Anwar mengetuai kerajaan reformasi.Ianya bukan soal Anwar.Ianya soal Reformasi.

16.Reformasi adalah isu terpenting negara yg rosak ini.Kerana tanpa proses reformasi yang jujur dan bersungguh2, negara yang rosak ini akan menuju kecelaruan dan kehancuran.

17.Mari pertahan reformasi bersungguh2.Mari pastikan tokoh reformasi pimpin jentera dan kerajaan reformasi.Jangan sekali lagi kompromi soal ini.

Mohamad Ezam Mohd Nor
GERAK98

27 Julai 2020/ 6 Zulhijjah 1441H

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/menamakan-calon-pm-selain-anwar-adalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Mungkin Bubar Jangan Bangkit Isu Calon Pm Selain Anwar

Parlimen Mungkin Bubar Jangan Bangkit Isu Calon Pm Selain Anwar

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 257 hits
kata Ronnie LiuIsu calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan tidak perlu dibangkitkan lagi dalam suasana ekonomi yang mula meleset dan ketidakstabilan pemerintahan Perikatan Nasional Bagi ADUN Sungai Pelek yang juga pemimpin NGO Otai Refor...
Gerakan Memburukkan Institusi Raja Raja Melayu Adalah Agenda Jangka Panjang Untuk Membangkitkan Penentangan Rakyat

Gerakan Memburukkan Institusi Raja Raja Melayu Adalah Agenda Jangka Panjang Untuk Membangkitkan Penentangan Rakyat

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 609 hits
tercatit dalam sejarah dunia sepanjang abad 20 dan 21 hampir 80 sistem monarki yang ada dalam dunia ini runtuh Antara yang menjadi penyebab utama keruntuhan sistem monarki tersebut ialah revolusi yang tercetus dari kemarahan rakyat yang dih...
Jika Anwar Gagal Buktikan Sokongan Shafie Apdal Adalah Pm Pilihan Dap Sarawak

Jika Anwar Gagal Buktikan Sokongan Shafie Apdal Adalah Pm Pilihan Dap Sarawak

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 378 hits
DAP S wak mahu tarikh akhir untuk Anwar dapatkan angka sokongan Presiden Warisan Shafie Apdal perlu diberi peluang membuktikan keupayaannya selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim diberi masa untuk memujuk lebih ramai anggota parlimen menyertai ...
Soalnya Bersediakah Mahathir Menyokong Anwar Sebagai Calon Pm Ph Plus

Soalnya Bersediakah Mahathir Menyokong Anwar Sebagai Calon Pm Ph Plus

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 250 hits
Kenyataan bersama Mohamad Sabu Presiden Parti Amanah Negara dan Lim Guan Eng Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik pada 27hb Julai 2020 Jalan ke depan ialah dengan memberikan peluang pertama kepada Datuk Seri Anwar dan sekiranya beliau...
Campur Tangan Politik Di Mahkamah Mantan Ketua Hakim Negara

Campur Tangan Politik Di Mahkamah Mantan Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 223 hits
PENDIRIAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mencampuri urusan mahkamah berkenaan kes berprofil tinggi wajar dipuji Ini adalah manifestasi kepada usaha membersihkan institusi kehakiman negara Semoga reformasi ini akan ...
Kisah Sosial Luar Negara Off Politik

Kisah Sosial Luar Negara Off Politik

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 268 hits
Baru Pindah Rumah Rakaman Dipercayai Entiti Jenguk Guru Ketika Online Class Bikin Seram2 hari laluSatu lembaga yang dipercayai menyerupai seorang kanak kanak perempuan secara tidak dijangka muncul di belakang seorang guru ketika dia sedang ...
Syarikat Sapu Menyapu Wang Negara

Syarikat Sapu Menyapu Wang Negara

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 279 hits
Tok Aji 24 Saya telah mencuba untuk mengikuti berita Malaysia seboleh bolehnya tetapi entah bagaimana saya belum pernah mendengar mengenai Sapu Rakyat s Cash International Sdn Bhd sehingga beberapa jam sebelum waktu menulis ini Pernahkah aw...
How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine