Hiburan Sentuhan Fizikal Lembut Tapi Tegas Timbalan Menteri Dikecam Gara Gara Isu Tegur Isteri Derhaka
Tular di media sosial apabila kenyataan daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff dikecam oleh beberapa Ahli Parlimen Pembangkang berikutan memberi panduan kepada pasangan suami isteri bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Ianya menjadi perdebatan apabila Siti Zailah menyarankan suami boleh menggunakan ‘sentuhan fizikal yang lembut tetapi tegas’ untuk menegur isteri yang tidak mendengar cakap suami.
AdvertisementView this post on InstagramA post shared by Dato’ Hajah Siti Zailah (@sitizailahmohdyusoff)
Dalam Islam membolehkan seorang suami untuk memberi tekanan sedikit pada isteri dengan pisahkan tempat tidur selama tiga hari supaya dia terasa bagaimana suami sangat tak suka perbuatannya.
Sekiranya, nasihat tak dengar dan pisahkan tempat tidur juga tidak berubah, maka boleh memukul dengan cara sentuhan fizikal lembut yang penuh mendidik dengan penuh kasih sayang yang tidak menyakitkan, tapi tegas.
Berikutan kenyataan itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menganggap ‘nasihat’ Siti Zailah itu merugikan wanita dalam realiti dan keperluan semasa.
Jelasnya, pandemik COVID-19 telah menyaksikan peningkatan kes penderaan domestik kebanyakan terhadap kaum wanita.
Saya mengadu kepada @n_izzah dan @hannahyeoh betapa aktivis wanita yg mengurus kes keganasan rumahtangga sudah burn out mengendalikan kes-kes keganasan rumahtangga. Tazkirah Timbalan Menteri ini nyata tidak membantu. Ia boleh mengundang salah faham yg serius dalam masyarakat. https://t.co/c8p32u9kQJ
— Fadhlina Siddiq (@FadhlinaSiddiq) February 12, 2022
AdvertisementManakala Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh meminta Siti Zailah membuat demonstraasi cara suami menggunakan ‘sentuhan fizikal lembut tetapi tegas’ untuk menegur isteri.
Kata Hannah, sangat bahaya untuk mengeluarkan kenyataan berdurasi 2 minit itu kerana ‘sentuhan’ yang dikatakan itu sangat subjektif.
“Tanya team doktor, aktivis dan NGO yang mengendalikan kes keganasan rumah tangga setiap hari, adakah sesuai topik seperti ini dibincangkan melalui video dua minit” ciap Hannah di Twitter miliknya.
2 hari lalu“Lebih Baik Banteras Sijil Halal Palsu..’ - Netizen Persoal PPIM Anjur Kempen Tukar Logo Halal MalaysiaThe post “Sentuhan Fizikal Lembut Tapi Tegas” – Timbalan Menteri Dikecam Gara-Gara Isu Tegur Isteri Derhaka first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2022/02/hiburan-sentuhan-fizikal-lembut-tapi.html