Soalan Lazim Bantuan Tunai Bagi B40 M40




Isi rumah berpendapatan bulanan RM8,000 dan ke bawah layak mendapat bantuan tunai ‘one-off’.
PETALING JAYA: Kementerian Kewangan menjelaskan pelaksanaan dan cara untuk golongan B40 dan M40 mendapatkan bantuan tunai berjumlah RM10 bilion di bawah pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion yang diumumkan perdana menteri Jumaat lalu.
1. Apakah Bantuan Prihatin Nasional?
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan kerajaan dalam pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang akan diberikan secara “one-off” kepada golongan B40 dan M40. Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH), manakala M40 berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
2. Siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 seperti berikut:
1. Isi rumah
a) Kahwin atau
b) Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang ada melaporkan maklumat anak dalam permohonan BSH 2020
c) Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
2. Bujang
a) Bujang atau ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tidak melaporkan maklumat anak dalam permohonan BSH 2020
b) Had umur 21 tahun dan ke atas, termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas)
c) Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah.
Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 ialah pembayar cukai berdaftar dengan LHDN yang berstatus seperti berikut:
1. Isi rumah
a) Kahwin
b) Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda berdasarkan data percukaian
c) Pendapatan agregat bulanan RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.
2. Bujang
a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian
b) Had umur 21 tahun dan ke atas
c) Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP
3. Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia menetap di Malaysia.
3. Berapakah bayaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan diterima B40 & M40?
Jumlah bayaran yang akan diterima secara “one-off” seperti berikut:
4. Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?
Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan dibuat pada April dan Mei 2020.
5. Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 dilaksanakan?
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 seperti berikut:
Pembayaran sekiranya:
Ada maklumat akaun – bayaran secara kredit ke akaun atau
Jika status bayaran secara kredit gagal – bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tiada akaun – bayaran secara tunai di BSN
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 seperti berikut:
Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan dalam BNCP terkini yang dikemukakan
Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah
Jika taksiran bersama dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir
6. Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan tidak aktif atau ditutup?
Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40:
Sekiranya status pengkreditan gagal, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui BSN.
Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40:
Pemohon boleh mengemas kini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank atas nama penerima.
7. Bila dan bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan
Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN ditetapkan
Semakan status boleh dibuat di portal rasmi berikut:
http://www.hasil.gov.my
https://bsh.hasil.gov.my
https://www.treasury.gov.my
8. Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April secara dalam talian di portal rasmi berikut:
http://www.hasil.gov.my
https://bsh.hasil.gov.my
https://www.treasury.gov.my
9. Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional?
Selain mengisi borang atas talian, pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan. Semua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang ditetapkan.
10. Bilakah bayaran bagi mereka yang membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional akan dilakukan?
Sekiranya permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada Mei 2020 secara sekaligus.
11. Jika pemohon bujang berstatus pelajar sepenuh masa, adakah beliau layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Tidak. Pemohon bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40.
12. Adakah penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 yang berada di pedalaman Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran pada April 2020?
Tidak. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima pedalaman di Sabah dan Sarawak akan dibuat secara sekaligus bersekali bayaran BSH 2020.
13. Bagaimanakah kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi penerima pedalaman di Sabah dan Sarawak dilaksanakan?
Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/29/soalan-lazim-bantuan-tunai-bagi-b40-m40/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=soalan-lazim-bantuan-tunai-bagi-b40-m40

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vivy Yusof Mohon Maaf Secara Terbuka Nafi Pertikai Kerajaan Bagi Bantuan Pada Golongan B40 M40

Vivy Yusof Mohon Maaf Secara Terbuka Nafi Pertikai Kerajaan Bagi Bantuan Pada Golongan B40 M40

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 959 hits
KUALA LUMPUR Usahawan Datin Vivy Yusof menafikan mengeluarkan kenyataan mempertikaikan langkah kerajaan memberi bantuan kepada golongan B40 dan M40 seperti tular dalam media sosial sejak dua hari lalu Tampil memberi penjelasan menerusi Inst...
Bantuan Persekolahan Dan Pengajian Di Ipt Bantuan Prihatin Nasional B40 Dan M40 10068

Bantuan Persekolahan Dan Pengajian Di Ipt Bantuan Prihatin Nasional B40 Dan M40 10068

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 586 hits
Semakan Status Bantuan Persekolahan IPT YAPIEM Mac 28 2020Semakan Status Bantuan Persekolahan IPT YAPIEM Sudahkah anda menyemak status permohonan Dana Inspirasi Malaysia YaPIEM tahun 2020 Bilakah tarikh semakan keputusan atau status permoho...
Bantuan Prihatin Nasional Untuk B40 M40

Bantuan Prihatin Nasional Untuk B40 M40

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 1393 hits
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one off kepada golongan B40 dan M40 Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golonga...
Semak Status Bantuan Prihatin Nasional B40 M40

Semak Status Bantuan Prihatin Nasional B40 M40

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 2446 hits
SEMAK STATUS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL B40 M40 APAKAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one ...
Cara Memohon Pembayaran One Off Bantuan Prihatin Nasional Bagi Golongan M40 B40

Cara Memohon Pembayaran One Off Bantuan Prihatin Nasional Bagi Golongan M40 B40

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 750 hits
Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020 small Cover image via FMT Astro Awani small Pada Jumaat 27 Mac yang lalu kerajaan telah mengumumkan berkenaan Bantuan Prihatin Nasional melalui Pakej Ransan...
Pangkalan Data E Tunai Tersedia Agih Bantuan M40 Ph

Pangkalan Data E Tunai Tersedia Agih Bantuan M40 Ph

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 264 hits
Pakatan Harapan menolak alasan kerajaan masih sukar untuk mengagihkan dana bantuan RM1 000 kepada golongan M40 Menurut satu kenyataan data lengkap telah ada dalam pangakalan data sistem e dompet dan sedia mengenal pasti mereka yang berpenda...
Ini Caranya Untuk Mendapatkan Bantuan Tunai Prihatin Nasional

Ini Caranya Untuk Mendapatkan Bantuan Tunai Prihatin Nasional

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 431 hits
Soalan lazim bantuan tunai bagi B40 M40 FMT Reporters PETALING JAYA Kementerian Kewangan menjelaskan pelaksanaan dan cara untuk golongan B40 dan M40 mendapatkan bantuan tunai berjumlah RM10 bilion di bawah pakej ransangan ekonomi bernilai R...
E Tunai Lebih Mudah Salur Bantuan

E Tunai Lebih Mudah Salur Bantuan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 213 hits
Penggunaan e Tunai lebih mudah untuk menyalurkan bantuan ketika wabak Covid 19 masih mengganas Hal itu dicadangkan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan memandangkan e Tunai disertai lebih 8 juta rakyat Malaysia PH dalam satu kenyataan bersama ...
Lhdn Penerima Bsh M40 Ada Data Cukai Tak Perlu Buat Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat

Lhdn Penerima Bsh M40 Ada Data Cukai Tak Perlu Buat Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 373 hits
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia memaklumkan golongan berpendapatan rendah yang menerima Bantuan Sara Hidup dan golongan berpendapatan sederhana yang mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDN tidak perlu membuat pendaftaran bagi permoh...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Online Presence Is Critical For Business

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Gummy Eyeball Bawa Maut Mak Ayah Minta Haramkan Penjualan Jajan Merapu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Pgzeed42 Bonuses Promotions Your Ticket To Jackpot Success

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Ura Kekalkan Ambang Persetujuan 100 Peratus Pemilik Tanah Akmal

Ura Jangan Sampai Sudah Terhantuk Baru Terngadah