E Tunai Lebih Mudah Salur Bantuan



Penggunaan e-Tunai lebih mudah untuk menyalurkan bantuan ketika wabak Covid 19 masih mengganas
Hal itu dicadangkan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan memandangkan e-Tunai disertai lebih 8 juta rakyat Malaysia.
PH dalam satu kenyataan bersama malam tadi berkata, menyedari masalah kekurangan data yang dihadapi kerajaan dalam membuat bayaran kepada penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), pertimbangan tersebut wajar dilakukan.
Katanya, walaupun golongan M40 adalah pembayar cukai, namun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak memiliki data pendapatan isirumah kerana tidak semua pembayar cukai mengemukakan pulangan cukai masing-masing sebagai sebuah isirumah.
“Kedua, bukan semua dalam kategori M40 mempunyai fail cukai pendapatan.
“Sebagai contoh, seorang individu bujang dengan pendapatan RM2,500 berkelayakan untuk bantuan ini mungkin tidak mempunyai fail cukai kerana belum layak membayar cukai.
“Tetapi mereka yang belum layak membayar cukai adalah mereka yang sepatutnya mendapat bantuan daripada kerajaan,” katanya.
Kenyataan bersama itu dibuat oleh Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution; dan DAP, Tony Pua.
Menurut PH, proses pengeluaran bantuan daripada LHDN juga akan menyusahkan ramai pihak, malah akan menjadi beban kepada pejabat LHDN seluruh negara yang memproses pengeluaran ini.
Akibatnya kata PH, bantuan tersebut mungkin lewat diterima berbanding jangkamasa yang sepatutnya.
Justeru, PH berkata, memandangkan program e-Tunai Rakyat berjaya mengenalpasti mereka yang berpendapatan RM100,000 ke bawah setahun, maka amat mudah bagi kerajaan mengenalpasti kumpulan M40 yang layak menerima bantuan dan seterusnya memasukkan jumlah itu terus ke dalam e-dompet mereka.
“Langkah ini secara langsung akan memudahkan ekosistem e-pembayaran yang digalakkan kerajaan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan sekarang.
“Lebih-lebih lagi kerana aspek transaksi kewangan tanpa sentuhan yang mampu dilaksana dengan baik.
“Majlis Setiausaha mencadangkan agar Perdana Menteri melantik Khazanah Nasional bagi membantu kerajaan mengagih bantuan bagi kumpulan M40 ini melalui e-dompet mereka, memandangkan kejayaan Khazanah Nasional melaksana program e-Tunai Rakyat sebelum ini.
Pakatan Harapan juga bersedia bekerjasama dengan Kerajaan untuk menawarkan idea, pengalaman dan kepakaran dari kalangan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan demi membantu memerangi Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26922

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tanpa Dap Lebih Mudah Dan Aman

Kerajaan Tanpa Dap Lebih Mudah Dan Aman

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 278 hits
Satu lagi kerajaan patut buat ialah menjarakan diri dan tidak melantik penyokong dan pro penyamun ke dalam pengurusan negara
Donald Trump Beri Bantuan Uang Tunai Warganya Hingga Rp16 Juta Per Orang

Donald Trump Beri Bantuan Uang Tunai Warganya Hingga Rp16 Juta Per Orang

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 298 hits
Menkeu Mnuchin mengatakan bahwa rencana yang didiskusikan dengan para pemimpin kongres kedua partai akan memberikan langsung bantuan uang tunai sebesar USD 500 miliar kepada warga AS di mana penyalurannya dibagi menjadi dua bagian
Petugas Klinik Kesihatan Sungai Buloh Terima Bantuan Makanan Wang Tunai

Petugas Klinik Kesihatan Sungai Buloh Terima Bantuan Makanan Wang Tunai

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 546 hits
SUNGAI BULOH 20 MAC Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada petugas Klinik Kesihatan Sungai Buloh yang bertugas memantau dan menyaring pesakit Covid 19 hari ini EXCO Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman ...
K Jaan Beri Bantuan Tunai Rm1 600 Kepada 4 Juta Isi Rumah

K Jaan Beri Bantuan Tunai Rm1 600 Kepada 4 Juta Isi Rumah

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 349 hits
Kerajaan bersetuju memberi bantuan sebanyak RM1 600 secara one off kepada empat juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4 000 ke bawah Selain itu kerajaan turut bersetuju memberi bantuan RM1 000 secara one off kepada 1 1 juta isi rumah berpe...
Dampak Corona Singapura Beri Bantuan Tunai Rp9 Juta Bagi Warga Di Atas 21 Tahun

Dampak Corona Singapura Beri Bantuan Tunai Rp9 Juta Bagi Warga Di Atas 21 Tahun

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 296 hits
Menurut Heng dengan bantuan tunai itu maka pemerintah menggelontorkan dana sebesar USD 1 1 miliar
Analogi Makcik Kiah Trending Penjelasan Pm Buat Rakyat Mudah Faham Dengan Bantuan Diberi

Analogi Makcik Kiah Trending Penjelasan Pm Buat Rakyat Mudah Faham Dengan Bantuan Diberi

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 242 hits
Bagi anda yang tidak sempat menonton perutusan Perdana Menteri sebentar tadi mungkin anda tertanya tanya siapakah Makcik Kiah Watak ini merupakan contoh yang diberi oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menghuraikan jumlah kese...
Saintis China Dakwa Individu Berdarah A Mungkin Lebih Mudah Dijangkiti Covid 19 Kajian

Saintis China Dakwa Individu Berdarah A Mungkin Lebih Mudah Dijangkiti Covid 19 Kajian

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 631 hits
Kajian terbaru mendapati jenis darah mungkin mempunyai respon berbeza dengan jangkitan koronavirus terbaru COVID 19 ini Dalam kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Zhongnan Hospital of Wuhan University mereka mendakwa individu berdarah A m...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lawatan Ke Hatnyai 24 11 2023 27 11 2023

Yummy Lean Ground Beef High Protein Recipe

Keropok Inang Inang Beras Pulut

Warung Teratak Bonda Arau Tempat Makan Best Di Perlis Dengan View Sawah Bendang

Tak Semua Lelaki Gagal

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan