Soal Zuriat Rahsia Allah Anzalna Syukur Penantiannya Selama 3 Tahun Berakhir
Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya hasrat pelakon Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki untuk menimang cahaya mata sudah termakbul.
Anzalna mengumumkan berita gembira beliau sudah hamil empat bulan menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya sempena majlis doa selamat sempena sambutan hari lahirnya, 9 Januari.
View this post on Instagram
The moment i’ve been waiting for.. Allah knows what is the best for you and when its best for you to have it. On this special day, on my birthday, I would like to share with all of you that @hanif_zaki and i are expecting our first baby
Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua yang selama ni mendoakan Anzalna dan suami untuk menerima zuriat. Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal. #AnugerahTerindahDalamHidup #4MonthsPregnant Watch full video at https://youtu.be/k8FJ7cdj1Lg Videographer: Thank you for the memorable video. @the.affiliates @aizatrush @nadia__
A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on Jan 9, 2019 at 4:14am PST
Sekian lama menunggu detik untuk hamil, Anzalna meluahkan rasa syukur atas kurniaan tersebut. Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Anzalna dalam perkongsiannya jelas terharu dan bersyukur kerana momen ini adalah yang sangat dinantikannya bersama suami. Allah lebih tahu apa yang terbaik dan masa sesuai untuk anugerah ini.
“Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal,” tulis Anzalna.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Anzalna dan suami serta tidak sabar mahu menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Sumber: instagram Anzalna Nasir
The post Soal Zuriat Rahsia Allah. Anzalna Syukur Penantiannya Selama 3 Tahun Berakhir appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/soal-zuriat-rahsia-allah-anzalna-syukur-penantiannya-selama-3-tahun-berakhir/