Soal Pac Bukan Kkm Kata Kp Kesihatan Berkait Perolehan Vaksin



Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia kerana PAC sebelum ini memutuskan perolehan vaksin dibuat secara teratur. (FMT) – Kredibiliti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menerusi penerbitan laporan isu perolehan vaksin Covid-19 yang sepatutnya dipersoalkan, bukan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Hisham berkata, ia disebabkan PAC sudah menjalankan prosiding dan memutuskan laporan setebal 521 muka surat bahawa perolehan vaksin itu dibuat secara teratur.
“Perkara ini kita sudah jawab kepada PAC. Ada (laporan setebal) 521 muka surat dan Pengerusi PAC (Wong Kah Woh) pun telah membuat pengumuman dan sebagainya. Jadi, siasatan dan sebagainya telahpun dibentangkan kepada PAC.
“Itu saya kata, kalau kita memberi komen itu (mengenai isu perolehan vaksin Covid-19) akan ‘undermining’ (merendahkan kredibiliti) bukan KKM tetapi PAC.
“Kalau PAC sudah beri satu pandangan, (maka) selesailah. Namun kalau kita nak persoal, persoal PAC betul atau tidak (laporan siasatan terhadap perolehan vaksin Covid-19),” katanya, lapor Berita Harian.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata dakwaan perolehan vaksin Covid-19 yang tidak mengikut peraturan dan ditandatangani tanpa persetujuan peguam negara, dimaklumkan sendiri oleh KKM kepada beliau.
Beliau dipetik sebagai berkata Jemaah Menteri memandang serius dakwaan itu dan menjadi tanggungjawab badan penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menentukan kesahihannya.
Justeru, katanya, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa akan membentangkan Kertas Putih mengenai perolehan vaksin dan kos berkaitan pada sidang Parlimen.
Khairy Jamaluddin yang juga menteri penyelaras vaksin Covid-19 ketika perolehan itu dibuat menolak dakwaan Anwar sambil menjelaskan semua perolehan dibuat kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah dibawa ke Jemaah Menteri.
Sebelum ini, Wong pada 1 Dis 2021 dipetik berkata, urusan perolehan vaksin dilaksanakan secara teratur mengikut tatacara kewangan dibenarkan Kementerian Kewangan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/02/15/soal-pac-bukan-kkm-kata-kp-kesihatan-berkait-perolehan-vaksin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Setuju Dengan Perolehan Vaksin Covid Kata Khairy

Kerajaan Setuju Dengan Perolehan Vaksin Covid Kata Khairy

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 388 hits
Kerajaan setuju dengan perolehan vaksin Covid kata Khairy Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Feb 2023 9 22PM
Kertas Putih Perolehan Vaksin Covid 19 Tidak Ikut Prosedur Dibentang Di Parlimen

Kertas Putih Perolehan Vaksin Covid 19 Tidak Ikut Prosedur Dibentang Di Parlimen

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 246 hits
Anwar Ibrahim berkata perolehan bekalan vaksin berkenaan dilakukan oleh menteri kesihatan ketika itu tanpa melalui persetujuan peguam negara Bernama Kertas putih berkaitan perolehan dan kos pembelian vaksin Covid 19 yang didapati tidak meng...
Perolehan Vaksin

Perolehan Vaksin

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 235 hits
Marzuki Mohamad Saya percaya fakta boleh mematahkan spin atau putar alam Apa putar alamnya Perolehan vaksin tak dapat kelulusan Peguam Negara dan dengan itu tidak teratur Oleh sebab itu ada penyelewengan dan rasuah dilakukan oleh kerajaan P...
Keputusan Muktamad Kata Speaker Dun Selangor Berkait Pengosongan Kerusi Batang Kali

Keputusan Muktamad Kata Speaker Dun Selangor Berkait Pengosongan Kerusi Batang Kali

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 216 hits
Ng Suee Lim berkata pihaknya mengambil pendirian tunggu dan lihat sebelum meneruskan langkah selanjutnya jika Harumaini Omar meneruskan tindakannya PETALING JAYA Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata keputusan mengosongkan kerusi Batang ...
Asean Perlu Lebih Kuat Capai Tahap Pelancongan Berkualiti Kata Menteri Indonesia

Asean Perlu Lebih Kuat Capai Tahap Pelancongan Berkualiti Kata Menteri Indonesia

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 265 hits
ASEAN perlu menjadi lebih kuat dalam menempuh fasa pemulihan pandemik Covid 19 supaya dapat mencapai tahap pelancongan yang berkualiti dan mampan Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia Sandiaga Uno berkata memandangkan blok seran...
Pejuang Intai Peluang Kerjasama Dengan Pakatan Di Pilihan Raya Negeri Kata Sumber

Pejuang Intai Peluang Kerjasama Dengan Pakatan Di Pilihan Raya Negeri Kata Sumber

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 196 hits
Pejuang intai peluang kerjasama dengan Pakatan di pilihan raya negeri kata sumber
Itu Gambar Lama Anwar Bukan Ke Doha Untuk Makan Nasi Arab Kata Hassan Jadinya Yang Mengarang Cerita Sila Jawab La Ya

Itu Gambar Lama Anwar Bukan Ke Doha Untuk Makan Nasi Arab Kata Hassan Jadinya Yang Mengarang Cerita Sila Jawab La Ya

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 325 hits
February 6 2023 Hassan Karim berkata gambar ini diambil di rumah seorang kerabat rapat pemerintah Qatar pada 2019 yang menghidangkan nasi Arab berlauk kambing kepada Anwar Ibrahim dan rombongannya PETALING JAYA Seorang pemimpin PKR berkata ...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


T16d12 Separuh Hari Pun Bolehlah

Resipi Telur Tomato Chinese Style Favourite Yusuf

Ucid Selesai Berkhatan

Hanya Yang Terbaik 2025

Apa Pulak Ni

Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda