Perolehan Vaksin



Marzuki Mohamad
Saya percaya fakta boleh mematahkan “spin” atau putar alam. Apa putar alamnya? Perolehan vaksin tak dapat kelulusan Peguam Negara dan dengan itu tidak teratur. Oleh sebab itu ada penyelewengan dan rasuah dilakukan oleh kerajaan PN dahulu dan Kertas Putih akan dibentangkan di Parlimen.
Ini yang disebut oleh PM dalam PC selepas mesyuarat kabinet minggu lalu. Katanya, perkara itu dilapor oleh Menteri Kesihatan dalam kabinet. Apa yang dilapor wallahua’lam.
Mantan Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin buat kenyataan nafi tuduhan PM. Katanya semua proses perolehan termasuk terma undang-undang telah diteliti oleh Jabatan Peguam Negara dan diluluskan oleh kabinet. Saya juga pernah tulis perkara yang sama dalam posting fb saya sebelum ini.
PM kata Menteri Kesihatan kata proses perolehan tak dapat kelulusan Peguam Negara. KJ kata semua terma dah diteliti oleh Jabatan Peguam Negara.
Macamana nak tahu siapa cakap betul?
Bukan susah. Tak perlu kertas putih pun. Laporan PAC setebal 521 muka surat telah memperincikan semuanya. Mungkin Menteri Kesihatan masih baru dia tak sempat baca Laporan PAC.
Mari saya bantu.
Pada muka surat 23-24 Laporan Prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen Keempat Belas, Penggal Ketiga, KJ sebagai Menteri MOSTI pada masa itu telah menjelaskan seperti berikut (saya petik secara verbatim laporan prosiding):
“Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar: Thank you. Okey, ini adalah pecahan tanggungjawab antara kementerian-kementerian yang penting dalam perolehan vaksin. Jadi, kementerian yang paling penting sudah pasti adalah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebenarnya, perjanjian vaksin ini, ini perkara yang mungkin tidak diketahui ramai, ditandatangani oleh Menteri Kesihatan, bukan saya. Akan tetapi, rundingan dibuat oleh saya dan Menteri Kesihatan akan menandatangani perjanjian setelah diangkat kepada dua jawatankuasa. Pertamanya adalah Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin untuk dapat dasar punca kuasa keputusan yang diturunkan oleh Jemaah Menteri. Kedua, seperti biasa adalah Lembaga Perolehan KKM. So, that is the process of buying the vaccines. Saya akan buat rundingan dan saya akan rujuk kepada JKJAV dan apabila diputuskan, akan diangkat kepada Lembaga Perolehan KKM dan akan ditandatangani oleh Menteri Kesihatan sebagai Menteri Kesihatan dan Pengerusi bersama JKJAV dan dimaklumkan kepada Jemaah Menteri. Kita tak perlu pergi ke Jemaah Menteri setiap kali nak beli vaksin sebab dah diturunkan kuasa kepada JKJAV. Penilaian adalah NPRA, logistik adalah KKM, merancang dan melaksanakan CITF adalah both KKM and MOSTI, duit kita ambil daripada MOF, semua terma undang-undang dilaksanakan oleh Jabatan Peguam Negara as usual.”
Berdasarkan penjelasan ini dan banyak lagi penjelasan-penjelasan lain dalam prosiding , PAC telah membuat rumusan perolehan vaksin telah dibuat SECARA TERATUR.
Dalam PAC tu pun ada wakil tetap Jabatan Peguam Negara.
Selepas KJ buat kenyataan, PM pula kata, seperti dilapor oleh akhbar Malay Mail pada 11 Februari 2023, “My satatement was given based on what was furnished to me by the Health Ministry and Cabinet. Then let the investigation body investigate wherever it is true or not”.
Saya ingat bila PM buat kenyataan dalam PC selepas mesyuarat kabinet minggu lepas, dia dah “drop bombshell” kononnya berlaku penyelewengan dan kerana itu akan dibentang kertas putih di Parlimen. Sekarang kata biarlah badan penyiasat siasat samada betul ke tidak.
Pulak dah.
Saya rasa prosesnya tak betul. Sepatutnya kabinet dibentangkan dengan fakta ada peyelewengan. Sah, jelas, terang ada penyelewengan. Baru buat keputusan bentang Kertas Putih.
Ini kabinet pun belum pasti nampaknya. Allahuakbar. Kenapa jadi macam ni?
Tak mengapalah. Saya rasa kita semua bukan tak cerdik. Jadi, boleh baca laporan PAC yang setebal 521 muka surat tu.
Kalau tak ada masa nak baca laporan penuh, saya petik sebahagian sahaja laporan prosiding PAC mukasurat 24-26 secara verbatim di sini.
***************************************************************************
Tuan Khairy Jamaluddin: (Sambungan)…..Okey. Ini adalah the current cost of the vaccination. [Merujuk kepada slaid pembentangan] When I came to see you last, I think it was under RM3 billion, but it is going up to RM4 billion because of the additional tambahan yang telah pun kita peroleh. Jadi, kita telah pun beli hampir 80 juta dos yang telah pun kita tandatangani kontraknya. Nilai ini adalah hampir RM4 bilion. Tambahan yang sedang dirunding setakat ini adalah dua juta Sinovac, tetapi mungkin lebih atas nasihat Tuan Pengerusi juga tadi, kita akan tambah sedikit. Sumbangan yang kita terima adalah 2.9 juta dos daripada negara-negara yang telah menyumbang kepada kita. Ini pecahan secara detailnya.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar: Ya.
Tuan Pengerusi: Ada satu soalan, sini kata nilai kontrak adalah sebanyak RM4.1 bilion kan? Sekiranya saya tengok kembali kenyataan media daripada Yang Berhormat Menteri pada 27 April, peruntukan siling untuk perolehan vaksin dan logistik vaksin adalah RM3.5 bilion.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar: I get to that Tuan Pengerusi. I get to that later. Next. Okay, this one. So, this is the status perolehan vaksin kita. Jadi, untuk makluman PAC sahajalah, saya minta harga ini dianggap sebagai sulit sebab in NDA our previous agreement Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi: Ya. [Beberapa perenggan dikeluarkan daripada Hansard]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar: This is a bit of a messy slide but, let me try to explain what it is. [Merujuk kepada slaid pembentangan] Pada setiap vaksin, saya letak jadual asal dengan jadual terkini. Just to show you like Tuan Pengerusi mentioned just now, the delays and things like that. So, if you look at COVAX for instance, they promised to deliver all the AstraZeneca vaccine 1.387 million by May. They have only delivered 268,000 plus 559,000. The balance 559,000 belum terima lagi. So, that is in the red in August. Dia kata dia nak hantar bulan ini, tetapi saya tak tahu dia nak hantar atau tidak.
Tuan Pengerusi: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar: Sorry?
Tuan Pengerusi: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar: AZ COVAX. This is the facility that is run by WHO, yang global solidarity itu. So, kita tempah untuk 3.2 juta penduduk, 10 percent of our population, 6.4 million doses from COVAX. Apa yang mereka dah setuju, dah allocate adalah AstraZeneca sebanyak 1.39 juta dos. That is what they allocated. So, ada allocation lagi yang belum lagi kita gunakan, about eight percent of our population belum lagi kita gunakan. We sign up for Johnson & Johnson and Novavax. But again, belum lagi dapat jadual penghantaran. Even AstraZeneca punya jadual penghantaran, dia masih lagi berhutang dekat kita 559,200. They say they are going to send in August but we don’t know. Oleh sebab itu saya keluarkan kenyataan, COVAX ini kemudahan yang gagal, yang sepatutnya bantu negaranegara miskin tetapi they don’t have vaccine. Even Afrika semua tidak ada vaksin, Yang Berhormat. Jadi mujur kita tidak beli lebih daripada COVAX. We just made a decision to take 10 percent from COVAX. On Pfizer Yang Berhormat, kalau kita melihat jadual asal, kita beli 32 juta Pfizer. Kita telah tambah 12 juta lebih untuk second amended agreement with Pfizer. With that, that’s where we asked for 25 million to be delivered in the third quarter of this year. So, if we look at the jadual asal, was only 14.9 million. If we look at jadual terkini Pfizer, after we added the additional order of 12 million doses, then we got commitment for them to send 25 million in the third quarter of this year. They send 5.4 million in July, August as for now, they have committed 6.4 million. I am not happy about that. So we are talking to them. So that, it says 5.4 here but actually it is 6.4. Semalam saya bincang dengan mereka, tambah satu juta lagi. But I want them to deliver more, so that we avoid a big delivery in September of 14 million. Untuk AstraZeneca Yang Berhormat, ini juga— this is delayed because kita ada…
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, this AstraZeneca is buying direct?
Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar: Ya, direct, direct.
Tuan Pengerusi: Okey.
Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar: Yes. Kita ada pembelian terus kepada AstraZeneca 10 peratus daripada populasi kita, 6.4 million doses. Jadual penghantaran sepatutnya ada bulan Jun kita dapat 600,000, Julai 400,000. Akan tetapi yang telah hantar hanya 586,000 pada bulan Julai. Sebab kelewatan ini adalah kerana AstraZeneca menggunakan polisi perkilangan berdasarkan kepada zon. Kalau zon Asia Tenggara, kita terpaksa ambil supply dari kilang di Thailand. [Beberapa perenggan dikeluarkan daripada Hansard] We are upset that the supply from that plant is tidak seperti mana yang dijanjikan. So, AstraZeneca kita harap mereka akan hantar 583,000 pada bulan Ogos nanti. Untuk Sinovac Yang Berhormat, kalau kita lihat jadual penghantaran asal, kita akan terima sehingga bulan Oktober tetapi hari itu sebab Kabinet telah mengarahkan saya mempercepatkan proses vaksinasi, jadi kita telah awalkan jadual penghantaran Sinovac dengan tempahan finish product yang lebih dari China. Kita tidak bergantung kepada kapasiti fill and finish di Malaysia sahaja. That’s why in July we had additional six million that we decided to go for finish product as opposed to waiting for the six million in August, September, October fill and finish from Pharmaniaga. I think, can you see that Yang Berhormat? Six million in July is to take into consideration shortening the delivery schedule. That is what we did for Sinovac.
Puan Wong Shu Qi: Tuan Pengerusi, terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, so untuk Sinovac ini, agak-agaknya kos tambahan untuk terus order yang finish product ini agaknya berapa?
Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar: Itulah yang saya jelaskan tadi, about 17 and then it went up to 19. That was the premium that we had to pay to accelerate the vaccination programme. Saya telah jelaskan kepada Jemaah Menteri, kalau sekiranya hendak mempercepatkan program ini sampai Julai kita boleh mencapai 300,000, now we can do half a million, we have to pay like premium and that was agreed by the Cabinet. That’s we want to accelerate things. Kalau tidak, terpaksa tunggu sampai bulan Oktober. Ini…
[End]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/02/12/perolehan-vaksin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Setuju Dengan Perolehan Vaksin Covid Kata Khairy

Kerajaan Setuju Dengan Perolehan Vaksin Covid Kata Khairy

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 267 hits
Kerajaan setuju dengan perolehan vaksin Covid kata Khairy Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Feb 2023 9 22PM
Kertas Putih Perolehan Vaksin Covid 19 Tidak Ikut Prosedur Dibentang Di Parlimen

Kertas Putih Perolehan Vaksin Covid 19 Tidak Ikut Prosedur Dibentang Di Parlimen

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 182 hits
Anwar Ibrahim berkata perolehan bekalan vaksin berkenaan dilakukan oleh menteri kesihatan ketika itu tanpa melalui persetujuan peguam negara Bernama Kertas putih berkaitan perolehan dan kos pembelian vaksin Covid 19 yang didapati tidak meng...
Soal Pac Bukan Kkm Kata Kp Kesihatan Berkait Perolehan Vaksin

Soal Pac Bukan Kkm Kata Kp Kesihatan Berkait Perolehan Vaksin

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 84 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia kerana PAC sebelum ini memutuskan perolehan vaksin dibuat secara teratur Kredibiliti Jawatankuasa Kira kira Wang Negara menerusi penerbitan laporan isu perolehan vaksin Covid 19 ya...
Dakwaan Bahawa Vaksin Mempunyai Cip Id Adalah Tidak Benar

Dakwaan Bahawa Vaksin Mempunyai Cip Id Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 160 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara mengambil serius terhadap dakwaan pemilik akaun Facebook Cik Notes yang tular dan mengaitkan pemberian vak
Anwar Dedah Kos Vaksin Tanpa Pengetahuan Ag

Anwar Dedah Kos Vaksin Tanpa Pengetahuan Ag

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 119 hits
BERITA SEMASA 8 FEBRUARI 2023 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perolehan vaksin dan kos yang sebelum ini tidak mengikuti peraturan Menurutnya perolehan bagi vaksin itu ditandatangani oleh menteri tanpa mendapat persetuju...
Kertas Putih Siasatan Mengenai Pembelian Urusniaga Tidak Sah Pembelian Vaksin Covid 19

Kertas Putih Siasatan Mengenai Pembelian Urusniaga Tidak Sah Pembelian Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 121 hits
PMX berkata ini berikutan dapatan dan penemuan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang Undang mengenai penyelewengan dan urus niaga dan kelulusan yang diberikan tidak mengikut proses dan perolehan yang sewajarnya
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap