Itu Gambar Lama Anwar Bukan Ke Doha Untuk Makan Nasi Arab Kata Hassan Jadinya Yang Mengarang Cerita Sila Jawab La Ya




FMT Reporters -February 6, 2023 Hassan Karim berkata, gambar ini diambil di rumah seorang kerabat rapat pemerintah Qatar pada 2019 yang menghidangkan nasi Arab berlauk kambing kepada Anwar Ibrahim dan rombongannya. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR berkata, gambar tular Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjamu selera di depan dulang besar adalah gambar lama pada 2019 ketika beliau ke Doha atas jemputan perdana menteri Qatar.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, lawatan itu diadakan selepas Anwar memenangi pilihan raya kecil Port Dickson pada Oktober 2018, di mana dirinya antara beberapa Ahli Parlimen PKR yang turut menyertai rombongan itu.
Katanya, Anwar turut dipelawa menghadiri satu persidangan antarabangsa memperingati tokoh Islam Malek bin Malek, selain menziarahi tokoh ulama Islam Yusuf al-Qaradawi.
“Anwar dan rombongannya bukan ke Doha, Qatar untuk makan nasi Arab dalam dulang besar.
“Gambar ini diambil di rumah seorang Sheikh, iaitu kerabat rapat pemerintah Qatar. Anwar dan rombongannya sebelum pulang ke Malaysia telah dijemput oleh Sheikh itu singgah ke rumahnya sebelum ke lapangan terbang Doha untuk pulang ke tanah air.
“Sebagai tetamu, Anwar dan rombongannya pun terperanjat dengan hidangan hebat seperti dalam gambar itu. Kami makan bersila dalam pinggan yang kecil di hadapan dulang besar dengan nasi Arab berlauk kambing, bukannya unta,” jelasnya dalam catatan di Facebook.
Semalam, pemilik akaun Facebok Sam MY memuat naik gambar Anwar sedang makan bersama beberapa individu dan mendakwa rakyat disuruh makan Menu Rahmah sedangkan perdana menteri menikmati hidangan nasi mewah dalam dulang besar.
Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dilaporkan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan polis menyiasat hantaran itu yang disifatkannya berniat jahat dan sengaja menimbulkan prasangka terhadap perdana menteri dengan menyiarkan gambar lama.
Hassan meminta laporan polis tidak dibuat terhadap penyebar gambar itu kerana “kita lawan fitnah dengan fakta dan penjelasan rasional”.
“Saya ceritakan ini semua untuk menegakkan fakta dan kebenaran untuk melindungi nama baik Anwar daripada difitnah sesuka hati. Kebenaran pada saya adalah dinding kepada fitnah.”




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/itu-gambar-lama-anwar-bukan-ke-doha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umrah Januari 2023 Makan Nasi Arab Di Syareq Qurban Yang Serious Sedap

Umrah Januari 2023 Makan Nasi Arab Di Syareq Qurban Yang Serious Sedap

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 364 hits
Alhamdulillah masih diberi ruang dan waktu untuk menyambung catatan perjalanan Umrah 2023 saya Boleh rujuk entri hari pertama dan kedua di dan di Selepas balik dari solat Isyak kami turun ke lobi hotel pukul 8 00 malam untuk keluar makan na...
Saya Dah Lama Kata Lebih Elok Jika Nurul Izzah Sendiri Berundur Diri

Saya Dah Lama Kata Lebih Elok Jika Nurul Izzah Sendiri Berundur Diri

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 259 hits
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akhirnya mengalah juga terhadap pelbagai kritikan atas perlantikan dirinya sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri Katanya bermula hari ini beliau tidak lagi berkhidmat sebagai...
Nasi Ayam Atau Ikan Dan Sayur Tak Lebih Rm5 Untuk Golongan Miskin Tegar Kata Salahuddin Ayub

Nasi Ayam Atau Ikan Dan Sayur Tak Lebih Rm5 Untuk Golongan Miskin Tegar Kata Salahuddin Ayub

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 248 hits
nbsp Kerajaan akan segera memperkenalkan menu Rahmah yaitu hidangan makanan dengan harga RM5 dan di bawahnya khusus untuk golongan miskin tegar kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub nbsp Beliau ...
Video Kapolri Jawab Anggota Lama Di Papua Bisa Pindah Kau Berani Minta Ke Kapolda

Video Kapolri Jawab Anggota Lama Di Papua Bisa Pindah Kau Berani Minta Ke Kapolda

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 160 hits
Anggota Brimob usul ke Kapolri Jenderal Listyo Sigit mereka yang sudah 15 tahun lebih dinas di Papua bisa mengajukan perpindahan dan disetujui pimpinan Salah satu alasannya karena sudah banyak yang asam urat Mendengar itu kapolri langsung b...
Nurul Izzah Tidak Dibayar Elaun Kata Anwar Ibrahim

Nurul Izzah Tidak Dibayar Elaun Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 287 hits
nbsp Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa anaknya Nurul Izzah tidak akan menerima sebarang elaun untuk menjawat jawatan Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Menurut beliau dia sendiri mengajak bekas Ahli Parlimen Permatan...
Krisis Sudan 2025 Perang Berdarah Punca Kesan Dan Situasi Terkini Di Darfur

Pusing Pusing Cuci Mata Dalam Sunway Pyramid

Ujian Khas Mrsm Senarai Ujian Cara Buat Semakan

Keputusan Afc Champions League Elite 2025 2026 Jdt Lawan Shanghai Shenhua 5 November 2025

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan

Best Low Carb Meat Recipes

Ulasan Buku Anekdot Jalanan Oleh Zainal Rashid Ahmad

Perbezaan Antara Kotak Top Bottom Box Kotak Keras Kotak Magnet Mana Sesuai Untuk Produk Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bomboloni Si Donut Montel Yang Jadi Kesukaan Ramai

Senarai Lengkap 24 Hotel Resort Chalet Di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak Beserta Contact Number Maklumat Pool

Kim Poong Dari Webtoon Ke Dapur Presiden Korea Dan Netflix

Kotak Drawer Custom Sentuhan Mewah Untuk Produk Eksklusif Anda

Malaysia Menyeru Agar Asean Lebih Bersatu Di Tengah Persaingan Kuasa Global

Kerajaan Rancang Jadikan Malaysia Pusat Mobiliti Bakat Serantau Langkah Menuju Kecemerlangan Global