Soal Jawab Agama Tentang Orang Yang Telah Pergi Meninggalkan Kita




Soal :
Macamana nak tolong ayah dalam kubur

Jawab :
Sebagai anak sebaiknya selalu mendoakan kebaikkan dan memohon keampunan Allah untuk ayah yang telah meninggal dunia, selalu bersedekah dan menderma dan dan banyakkan amal solih niatkan untuk ayah, mematuhi hukum syarak dalam segenap aspek kehidupan supaya ayah turut mendapat menafaatnya walau pun sudah meninggal dunia. Hubungi silaturrahim dan muliakan kawan-kawan ayah


Soal :
Hukum letak bunga atas kubur dan siram air

Jawab :
Hukum letak bunga di kubur bergantung kepada niat dan tujuan . Jika bertujuan mengikut sunnah Nabi saw yang meletak pelepah kurma yang masih hidup yang bertasbih kepada Allah dan meringankan keadaan arwah di alam barzakh maka adalah elok. Kerana setiap yang hidup seperti tumbuhan bertasbih sentiasa kepada Allah. dengan sebab tasbih yang hidup kepada Allah dekat kubur maka diharapkan ringan orang yang di dalam kubur

Jika bertujuan mengikut budaya orang bukan Islam meletak bunga maka ia adalah dilarang

Syeikh Atiyah Saqar Ketua Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar berkata :
“Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah swt. Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir."
Soal :
Kat kubur nak baca apa paling bagus

Jawab :
Sebaik tiba di kubur bacalah ucapan salam kepada si mati kemudian membaca ayat Quran yang mana yang mudah bagi kita kemudian membaca doa minta kebaikkan untuk simati

Tidak dimestikan membaca ayat-ayat tertentu tetapi terpulang kepada yang ziarah surah apa yang dia mahu baca adalah harus

Cuma setengah-setengah orang suka membaca Yaasin atau surah Baqarah atau surah lain dan ia bukanlah wajib atau menjadi syarat

Imam Nawawi berkata :
وروينا في سنن البيهقي بإسناد حسن أن ابن عمر استحبَّ أن يقرأ على القبر بعد الدفن أوّل سورة البقرة وخاتمتها
Ertinya: “Diriwayatkan di dalam Sunan Al-Baihaqi dengan sanad yg hasan bahawa Ibnu Umar menyukai agar dibaca di atas perkuburan sesudah pengebumian permulaan pada surah Al-Baqarah dan pada pengakhirannya.” (Kitab Al-Azkar)
Soal :
Hukum ziarah kubur

Jawab :
Hadith Nabi saw :
فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة
artinya : "Ziarahlah kamu semua akan kubur kerana ziarah kubur itu mengingatkan kamu akan negeri akhirat."
Sunat bagi kaum lelaki ziarah kubur dan ia adalah sunnah Nabi saw

Adapun bagi kaum wanita maka harus hukumnya ziarah kubur dengan syarat menjaga adab-adab keluar rumah yaitu menutup aurat dengan sempurna dan tidak mengiringi jenazah pada masa memanam mayat. Ziarahlah pada masa tidak ramai dengan ditemani mahram atau suami dan tidak duduk lama di kubur

Soal :
Arwah gembira ke kalau kita ziarah kubur

Jawab :
Orang yang telah mati atau penghuni kubur memang merasa senang dengan datangnya orang yang ziarah dan mengenalinya

Berkata Imam Ibnu Qayim :
والسلف مجمعون على هذا ، وقد تواترت الآثار عنهم بأن الميت يعرف زيارة الحي له ويستبشر به
Artinya : “Para salaf telah ijmak atas ini dan sungguhnya telah menjadi mutawatir dari para salaf dengan bahawasanya mayat mengenali orang hidup yang ziarah akan mayat dan suka mayat dengannya.” (Kitab Ar-Ruuh)
Soal :
Dulu syurga ibu bawah tapak kaki ayah. Sekarang ayah dah tak ada. Syurga ibu macamana? Balik ke ibu dia ke

Jawab :
Ketika bernama isteri maka wajib ia taat kepada suaminya kerana jika ia derhaka kepada suami maka tertutup baginya pintu syurga. Maka apabila suami telah meninggal dunia dan kembali ia kepada ibu bapanya maka wajib pula ia taat kepada ibu bapanya

Soal :
Betul ke ruh akan balik ke rumah dalam 44 hari

Jawab :
Tidak ada dalil yang menunjukkan perkara ini. Ruh orang beriman dinaikkan ke langit setelah berpisah dari badan menurut hadith-hadith yang sahih dan dikembalikan kepada jasadnya untuk menjawab soalan malaikat mungkar dan nakir

Dan diriwayatkan juga ruh dikembalikanuntuk menjawab salam orang yang ziarah. Tiada hadith sahih yang memberitahu ruh balik ke rumah pada hari yang 44 sekalipun jika Allah kehendaki bolih berlaku

Soal :
Doa anak soleh sampai ke arwah. Macamana nak tahu kita anak soleh ke tidak

Jawab :
Anak yang solih artinya anak yang beriman yang benar aqidahnya dan beramal dengan suruhan agama. Olih itu selalulah hadir majlis ilmu supaya dapat mengetahui cara beraqidah yang benar dan cara beramal yang betul supaya termasuk dalam kalangan anak yang solih

Jika kita hidup dengan mematuhi segala peraturan agama maka sudah pasti kita menjadi seorang anak yang solih

Soal :
Boleh ke doa supaya ruh arwah datang melawat dalam mimpi sebab rindu sangat

Jawab :
Tidak salah berdoa untuk dapat jumpa si mati dalam mimpi. Sementara itu selalulah amalkan amal solih sebanyak mungkin kerana ibu bapa yang telah meninggal dunia mendapat saham yang baik dari amal solih yang dilakukan olih anak-anak

Wallahua'lam
Sumber : fb UAI
P/S: Semoga ayah dan nenek tenang di sana. Aamin



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2019/08/soal-jawab-agama-tentang-orang-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abraham Samad Soal Polemik Lhkpn Capim Kpk Itu Bentuk Tanggung Jawab Moril

Abraham Samad Soal Polemik Lhkpn Capim Kpk Itu Bentuk Tanggung Jawab Moril

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 175 hits
Patut dicurigai lanjut Samad bila ada kandidat yang enggan melaporkan LHKPN maka dapat dijadikan sebuah pertimbangan kepada tim pansel untuk menelusur profil mereka yang dikhawatirkan tidak sesuai dengan gaji dan pendapatan dimiliki
Soal Jawap Agama Bolehkah Kita Sebagai Orang Islam Memakan Ketam Batu

Soal Jawap Agama Bolehkah Kita Sebagai Orang Islam Memakan Ketam Batu

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 1119 hits
Soalan Saya ingin membuat pertanyaan tentang ketam batu Bolehkah kita sebagai orang Islam memakan ketam batu Jawapan Ketam yang hidup di dalam air dan mencari makan di air dan kemudian apabila berada di darat mencari makan di darat adalah d...
Fadli Zon Soal Insiden Listrik Padam Harus Ada Yang Bertanggung Jawab

Fadli Zon Soal Insiden Listrik Padam Harus Ada Yang Bertanggung Jawab

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 217 hits
Politikus Gerindra itu menambahkan masyarakat sangat dirugikan dengan pemadaman berjam jam tersebut Dia berharap Presiden Jokowi bersikap tegas pada Plt Dirut PLN Sripeni Intan Cahyani sebab tidak cukup dengan meminta maaf saja
Soal Jawab Mb Perak Isu Tanah Adat

Soal Jawab Mb Perak Isu Tanah Adat

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 332 hits
FAQ Berikut adalah soal jawab isu mengenai tanah adat oleh Menteri Besar Perak Faizal Azumu Soalan 1 Tanah Adat tak wujud di negeri Perak Menteri Besar nafi hak orang Asli Fakta Isu Tanah Adat timbul apabila MB menjawab soalan daripada wart...
Dap Larang Salah Guna Agama

Dap Larang Salah Guna Agama

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 343 hits
Dr Ahnad Sanusi AzmiPimpinan DAP banyak guna elemen Islam untuk kepentingan politik KALAU sebelum ini mereka mempopularkan label Taliban buat kumpulan yang memperjuangkan Islam hari ini timbul pula istilah Klepto Theocracy penjenamaan bahar...
Sebut Azka Belajar Tiga Agama Deddy Bebaskan Sang Anak Pilih Keyakinan Saat Dewasa

Sebut Azka Belajar Tiga Agama Deddy Bebaskan Sang Anak Pilih Keyakinan Saat Dewasa

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 275 hits
Deddy Corbuzier menjadi mualaf setelah mengucapkan dua kalimat syahadat pada lalu Deddy mengucapkan dua kalimat syahadat di Masjid Al Mbejaji Pondok Pesantren Ora Aji Sleman Yogyakarta
Sembang Agama Hari Hari Tapi Dok Lagakan Orang

Sembang Agama Hari Hari Tapi Dok Lagakan Orang

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 304 hits
oleh Niazam AkaKamu sembang agama kamu sembang perjuang islam Tapi tiap tiap hari menjadi batu api untuk melaga lagakan DSAI dan Tun M Kamu sembang berbelit belit dan berputar putar semata mata nak halang DSAI daripada diangkat sebagai PM k...
Waytha Mahu Kerajaan Iktiraf Agama Tradisi Orang Asli

Waytha Mahu Kerajaan Iktiraf Agama Tradisi Orang Asli

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 215 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berkata beliau akan bekerja dengan kerajaan bagi megiktiraf agama tradisi Orang Asli Saya akan adakan lebih banyak perbincangan dengan Orang Asli dan mengemukakan perkara itu kepada keraja...
Penunggang Agama Rupanya Dia Bapak Scammmer Boy Iman Tujukan Pada

Penunggang Agama Rupanya Dia Bapak Scammmer Boy Iman Tujukan Pada

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 751 hits
Terkini kontr0versi membabitkan penerbit filem Blok 404 Dato Dr Norul Iman A Rahman atau Boy Iman yang sebelum ini dikaitkan dengan isu penipuan skim pembinaan perumahan kos renddah tidak membuatkan dirinya patah semangat dalam meneruskan p...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii