Smokey Chicken Grill Dan Mac And Cheese Tersedap


Hari Sabtu yang agak sugul, pudar, kosong, kelam. Matahari masih sembunyi. Mungkin akan hujan. Mungkin juga akan panas. Allah maha mengetahui. Semoga hari ni, hari yang indah dan menceriakan untuk semua. Selain kekuatan iman, mental dan fizikal. Emosi kita juga kena jaga.
Alhamdulillah pagi ni saya dan suami baik-baik je selepas cucuk dos kedua semalam. Rasa kebas sikit je beberapa. Bangun pagi ni pun tak rasa kebas dah. Dah berehat semalam, okaylah tu. InshaAllah...

Malam sebelum vaksin tu, ada rezeki merasa smokey chicken grill dan mac and cheese tersedap ikut level sedap saya lah sejak 2019. Tak lain tak bukan smokey chicken grill & Mac and cheese Sobrian Chicken Grill.

Rasa tak pernah berubah. Maintain sedap sampai bila-bila. Macam saya pernah cerita, Sobrian Chicken Grill dah berpindah dan portionnya pun dah berubah. Portion mengecil, harga pula membesar. RM12-RM12.90 macam tu kalau tak silap. 
Dulu mula membeli harga RM11 dan dapat free delivery kalau beli 2 ke atas. Berbaloi lagi masa tu. Kalau order food delivery by foodpanda jadi RM16.90 harganya. Mahal 4 ringgit tu. Belum termasuk charge delivery lagi. 
Encik suami memilih untuk pergi beli terus je lah. Bila beza banyak sangat tu, lebih baik lah kita jadi pembeli yang bijak dengan tahap kerajinan tu lebih sikit.


Dengan itu, secara rasminya dah guna serving plate seramic nordic ni pemberian blogger Syazni Rahim. Auto cantik terus makanan terletak dalam pinggan hidangan tu. 
Smokey chicken grill Sobrian chicken grill so far memang jadi favourite lah. Aroma asap dan kesedapan bahan perapan tu memang tiada tandingan. Cuma kurang juicy agak kering sikit. Overcooked agaknya. Takpe, tak jadi masalah.

Boleh cover sedap dengan sos blackpepper yang sedap. Mashed potato dan tomato salad pun menepati selera.
Alang-alang dah pergi kedai, beli sekali mac and cheese. Menu ni pun maintain sedap. Tersedap lah! Tak kedekut cheese dan sosnya. Cheese tarik tu yang syok tu. 
Makan panas panas baru rasa nikmat sedap dia. Ada beberapa kepingan potato chips untuk dimakan dengan mac and cheese.


Bila makanan yang kita beli menepati selera. Memang tak cari kedai lain dah lah. Kalau pun cuba kat kedai lain, akan datang teringin makan. Kedai sedap jugalah yang kita cari, kan?


Sobrian Smokey GrillLokasi : 761, Jalan Ujong Pasir 1, Kampung Ujong Pasir, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Sekali lagi, bukan review berbayar. Sebab sedap!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2021/08/smokey-chicken-grill-dan-mac-and-cheese.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chicken Mango Tersedap Di Alor Setar Sos Dia Padu

Chicken Mango Tersedap Di Alor Setar Sos Dia Padu

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 285 hits
Chicken Mango Tersedap di Alor Setar Sos dia padu Busyra memang suka tengok food delivery dalam facebook Dah lama sebenarnya teringin nak makan chicken mango Tapi area Pendang dekat rumah ni susah nak jumpa Kebetulan harini busyra kena masu...
Mac Ruhayu Ditakdir Kita Bersama Chord

Mac Ruhayu Ditakdir Kita Bersama Chord

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 274 hits
Am D Dm AmF Am E F F Am ETak Pasti Siapa Yang Tersentuh F G Bila terpandang Tempat AmKita Bertemu Dulu Dm Adakah ku yang Gmengharap Kehadiranmu C AmAtau Sememangnya Kau Disini Dm EKedatanganku Ini FSekadar Menyisip Suasana G EDan Bukan Untu...
Resipi Makaroni Cheese Goreng Versi Bayi Simple Boleh Tambah Berat Anak

Resipi Makaroni Cheese Goreng Versi Bayi Simple Boleh Tambah Berat Anak

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 555 hits
Jika mama pening untuk naikkan berat badan anak mama boleh cuba letak keju sebagai makanan tambahan dalam menu yang anak mama makan dan mama akan lihat hasilnya memandangkan keju sangat tinggi kandungan lemaknya Kalau mama buntu mama boleh ...
Gorske Sudah Makan 32 340 Big Mac Seumur Hidup

Gorske Sudah Makan 32 340 Big Mac Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 260 hits
Gorske sudah makan 32 340 burger seumur hidup Seorang lelaki dari Wisconsin yang pernah memegang Rekod Dunia Guinness bagi memakan burger Big Mac paling banyak seumur hidup dilaporkan mencipta rekod baharu Lapor portal UPI Donald Gorske yan...
Grill Azmin And Takiyuddin Too Says Ahmad Maslan

Grill Azmin And Takiyuddin Too Says Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 431 hits
Grill Azmin and Takiyuddin too says Ahmad Maslan Umno secretary general Ahmad Maslan wants Azmin Ali and Takiyuddin Hassan to be grilled by MPs over the roles of the two ministers in curbing Covid 19 He said Azmin the international trade an...
Resepi Chicken Wings Ala 4fingers

Resepi Chicken Wings Ala 4fingers

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 293 hits
chicken wings ala 4fingersSekilo kepak ayam Perap ayam dengan garam blackpaper sos tiram mix herb gaul bagi rataCelup ayam dalam tepung jagungTips dia pastikan tepung jagung full coating kat ayam tuh Jgn nampak basahDalam masa yang sama sta...
Texas Chicken S Joins Foodpanda Malaysia List Of Vendors

Texas Chicken S Joins Foodpanda Malaysia List Of Vendors

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 539 hits
TEXAS CHICKEN S JOINS FOODPANDA MALAYSIA LIST OF VENDORSIt Does Not Get Any Bigger Juicier Or Crunchier Than ThisTEXAS CHICKEN S JOINS FOODPANDA MALAYSIA LIST OF VENDORS I MALAYSIA announced that has join on board of their list of vendors p...
Nasi Arab Western Food Di Don Western And Grill Upper Penang Road

Nasi Arab Western Food Di Don Western And Grill Upper Penang Road

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 1882 hits
Hai hangpa Dah lama rasanya tak makan Nasi Arab Rasanya kali terakhir kami makan awal Januari haritu Kami rasa ramai yang suka dengan Nasi Arab Keenakkannya tiada tandingannya Nasinya lembut dan boleh dimakan dengan apa jua hidangan seperti...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Barca Gah Di Puncak Liga

Masak Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Tular Konten Kreator Malaysia Bertahan 4 Jam Atas Pokok Elak Serangan Harimau