Smelly No More
Assalamualaikum...
BILA kali pertama anda mula memakai deodorant atau pewangi ketiak? Kalau ibu Sk, dia sebut Odorono, hahahahaha. Tak kisahlah jenama apapun, avon ke, nivea ke, mesti dia sebut odorono iaitu jenama satu pewangi ketiak yang femes suatu masa dulu. Tak pastilah, masih ada lagi ke tak jenana odorono ni, hehehe.
Sk sendiri tak ingat bila kali pertama Sk pandai memakai tetapi seingat Sk, Sk mula dari jenis yang pusing-pusing dan tekstur seperti lilin tu. Pusing punya pusing lama-lama kontot. Kemudian bertukar ke jenama avon jenis golek-golek (roll-on). Sehinggalah Sk mula menggunakan jenama nivea juga jenis roll-on. Bagi Sk, memakai deodorant adalah wajib, pernah keluar rumah dan tersedar yang Sk terlupa pakai, Sk singgah ke kedai membeli, hahaha. Risau uiii ketiak berbau, walaupun selalu je try and error bau ke tak bau tiak kita, hahahaha.
Baru-baru ini, tak baru jugaklah dah sebulan lebih sebenarnya, Sk telah bertukar kepada deodorant jenis kristal keluaran Total Image iaitu Smelly No More. Selalu jer nampak deodorant ni setiap kali ke Watsons tapi macam yakin tak yakin aje nak bertukar. Satu hari tu Sk nekad la nak tukar sebab baca satu confession di IIUMC, hahahah. Kisah ketiak cantik lepas guna Smelly No More.. Hahahha.
Tapi, kan... Kali pertama pakai tu macam, ishhh.. apa ni? Boleh cedera kot gosok batu ni kat ketiak, hahaha. Bayangkan ketiak kita yang lembut berlemak tu digosok dengan batu ni, hahaha. Sampailah Sk terbaca satu lagi coffession tentang Smelly No More ni. Rupa-rupanya ada dua cara nak pakai, cara pertama, basahkan batu kristal tu sebelum dioles ke ketiak atau oles pada ketiak yang basah lepas mandi, hahahahha.. gitu rupanya, barulah licin dia gerak, kahhhh.
Memang terasalah perubahan bila guna Smelly No More ni. Memang tak ada bau dah, wangi ke.. masam ke.. bau neutral gitu dan ketiak pun rasa lebih bersih dan kering tak melekit dengan cecair deodorant. Iman pun time cuti ni dah bertukar kepada Smelly No More, haishhh.. suka hati dia aje, kan. Ni nanti kenalah belikan dia yang baru, ke.. bagi dia yang lama ni, Sk beli yang baru, kahhhhh.
Smelly No More ni pun tahan lama sehingga lima enam bulan. Takyahlah setiap bulan nak kena beli deodorant kan, maklumlah.. ketiak besar, pakai pun banyak, hahahahahahahah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2019/12/smelly-no-more.html