Skuad Penuh Badak Diumum Esok



SKUAD PENUH BADAK DIUMUM ESOK



Peter (duduk tengah) bersama dengan para pemain bolasepak Sabah di ibupejabat Safa di Maksak dekat sini hari ini. Gambar SNT/ Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Senarai barisan pemain, ketua jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak Sabah bagi Liga Premier musim hadapan akan diumumkan petang esok.


Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony berkata esok juga semua pertanyaan termasuk status beliau sebagai peneraju baharu Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) bakal terjawab.


Bercakap kepada pemberita sebelum berjumpa dengan para pemain Sabah di ibupejabat Safa di Maksak hari ini, Peter berkata beliau difahamkan kesemua 26 pengerusi daerah gabungan Safa akan mengadakan mesyuarat khas esok.


Oleh itu, keputusan bergantung kepada mereka, kata Peter.


“Terpulanglah kepada mereka untuk membuat keputusan dalam mesyuarat tersebut tetapi saya yakin akan mendapat persetujuan mereka,” katanya.


Peter telah dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau telah disarankan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku penaung Safa mengambil alih tampuk pimpinan persatuan.


“Pada mulanya saya merasa ini amat berat lebih lebih lagi terdapat mantan-mantan pemimpin dalam persatuan yang mungkin berlainan pendapat,” katanya.


Namun, beliau mengambil saranan Ketua Menteri untuk membuat pendekatan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan lama dalam Safa.


Peter turut menafikan tujuan kedatangan beliau dalam Safa adalah untuk mengambil alih dan menggugurkan penyandang jawatan-jawatan tertinggi.


“Kita cuma mengisi kekosongan,” katanya, sambil menambah apa yang penting sekali ialah mengurus pendaftaran para pemain Sabah.


Menurutnya, Sabah belum lagi menghantar senarai pemain kepada FAM walaupun tarikh akhir tinggal dua hari lagi iaitu 13 Disember ini.


“Yang paling penting kita harus mengisi jawatan pemangku presiden, setiausaha agung, bendahari agung, ketua jurulatih dan pengurus pasukan,” katanya.


Sekiranya gagal, kemungkinan besar Sabah tidak akan dapat beraksi dalam Liga Premier musim hadapan.


“Oleh itu kita berharap mendapat persetujuan dari kesemua pengerusi daerah gabungan Safa esok,” katanya.


Pada hari ini, Peter berkata beliau datang untuk berjumpa dengan para pemain dan berbincang dari segi perancangan masa hadapan mereka.


“Saya difahamkan ada antara mereka telah mendapat tawaran bermain untuk pasukan lain. Kalau boleh saya minta kita tutup lembaran lama.


“Ini adalah pengurusan baharu dan saya yakin kita tidak akan ikut apa yang telah terjadi dimasa lalu.


“Saya faham (keadaan para pemain), saya juga pemain bola dahulu. Kalau sudah tidak dibayar gaji bukan bola sudah ditendang tapi batu,” katanya.


Kebajikan para pemain harus dijaga supaya ianya tidak akan mempengaruhi corak persembahan mereka, katanya.


Menurut Peter, senarai pemain pun sudah ada berdasarkan cadangan mantan Ketua Jurulatih Sabah musim lalu, Jelius Ating.


“Sekiranya kita dapat persetujuan (daripada mesyuarat gabungan Safa) kita akan beraksi di Liga Premier musim hadapan,” katanya.


Selepas itu, Peter dilihat berjumpa dengan setiap pemain secara berasingan dan dipercayai untuk menerima bayaran tunggakan gaji masing-masing .-SabahNewsToday

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/12/skuad-penuh-badak-diumum-esok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
G Torairaju Bakal Mengendalikan Skuad Badak Musim 2019

G Torairaju Bakal Mengendalikan Skuad Badak Musim 2019

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 379 hits
G Torairaju bakal mengendalikan skuad Badak musim 2019 itulah khabar angin yang bertiup kencang saat ini Perkhabaran yang kurang menyenangkan taktala Sabah masih dibelenggu krisis pengurusan Safa Ramai penyokong bola sepak Sabah jelas tidak...
Nama Leopold Tercicir Dalam 16 Pemain Skuad Badak Musim 2019

Nama Leopold Tercicir Dalam 16 Pemain Skuad Badak Musim 2019

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 629 hits
Nama Leopold tercicir dalam 16 pemain skuad Badak musim 2019Petang tadi presiden Safa yang baru telah mengumumkan 16 pemain Sabah yang telah dilanjutkan kontrak untuk musim hadapan Semua pemain utama seperti dijangka telah diberikan kontrak...
Igor Cerina Kembali Perkuatkan Skuad Badak

Igor Cerina Kembali Perkuatkan Skuad Badak

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 329 hits
Gambar Igor Cerina bersantai bersama pemain import Sabah Rodoljub Roki Paunovic menguatkan lagi spekulasi kembalinya pemain pertahanan ini bersama skuad Badak musim 2019 Igor Cerina yang beraksi di posisi pertahanan telah ditamatkan kontrak...
Polisi Ringkus Sindikat Penjual Cula Badak Di Lampung

Polisi Ringkus Sindikat Penjual Cula Badak Di Lampung

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 161 hits
Dedi menuturkan cula badak dengan diameter 28 centimeter dan berat sekitar 200 gram itu ditemukan saat polisi melakukan penggeledahan di lokasi penangkapan pada Senin 26 November 2018
Hasil Siasatan Isu Penyelewengan Th Diumum Isnin

Hasil Siasatan Isu Penyelewengan Th Diumum Isnin

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 198 hits
08 Disember 2018 6 05 PM PARIT BUNTAR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa akan mengumumkan dapatan siasatan dalaman berkaitan isu penyelewengan Lembaga
Bayaran Penjawat Awam Rm500 Dibayar Esok Lim Guan Eng

Bayaran Penjawat Awam Rm500 Dibayar Esok Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 375 hits
Bayaran Penjawat Awam RM500 Dibayar Esok Lim Guan Eng Bayaran khas sebanyak RM500 yang dibayar esok akan memanfaatkan 1 4 juta penjawat awam kerajaan persekutuan merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak kata Menteri Kewangan ...
Najib Dakwa Angka Rasmi Pelaburan Asing Bukan Seperti Diumum Guan Eng

Najib Dakwa Angka Rasmi Pelaburan Asing Bukan Seperti Diumum Guan Eng

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 420 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa angka rasmi pelaburan langsung asing bukan seperti yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng Najib berkata laporan rasmi Bank Negara dan Jabatan Statistik Negar...
Jijik Patutlah Rasa Masam Rupa Rupanya Dalam Penuh Dengan

Jijik Patutlah Rasa Masam Rupa Rupanya Dalam Penuh Dengan

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 298 hits
Hati hatilah kalau korang suka minum air susu kotak Baru baru ni seorang wanita ada kongsi pengalaman menjijikkan yang dia lalui lepas minum air susu kotak Menurut Mohana dia beli air kotak susu perisa strawberi tu dekat kedai serbaneka di ...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Branding Bermula Dari Packaging Bukan Sekadar Logo

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah