Skop Tugas Sebenar Juruteknik Komputer Ft19
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Hijrah kepada semua umat Islam. Semoga kita semua dipanjangkan umur, di luaskan pintu rezeki, ditetapkan keimanan, dikurniakan akal pemikiran yang baik, diberikan kesihatan tubuh badan yang baikdan diampunkan dosa-dosa kita yang lampau.
Skop Tugas Sebenar Juruteknik Komputer FT19
Credit Pic : SUMBER
Jadi untuk kali ini, saya ingin kongsikan Skop tugas Juruteknik Komputer FT19. Mungkin ada yang pernah dengar jawatan ini, ada juga yang tidak pernah dengar. Untuk jawatan ni, anda boleh memohon ke gred 29 iaitu jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Jadi berbalik kepada tajuk, Apa itu sebenarnya Juruteknik Komputer FT19 ni?
Skop Tugas Sebenar Juruteknik Komputer FT19
Jawatan ini ditubuhkan bagi menemuhi keperluan semasa seperti penyelenggaraan sistem, memberi latihan atau bantuan teknikal dan mengembangkan sistem penggunaan komputer bagi menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap, berkesan dan selamat.
Sebelum kita ke skop tugas Juruteknik Komputer ni, apa kebolehan yang perlu ada bagi seseorang calon bagi menjawat jawatan ni?
Berkebolehan dalam berkomunikasi secara berkesanBerkebolehan menguruskan masa dengan baikBerkebolehan mengendalikan perisian komputer dan peralatan yang berkaitan dengan bidang tugas.
Skop Tugas Juruteknik Komputer Adalah Seperti Berikut : -Membantu mengurus, menyelia dan melaksanakan penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi.Memastikan rangkaian internet, LAN dan WAN berjalan dengan baik.Mengenalpasti masalah yang timbul dalam sistem rangkaian dan perisian.Bertanggungjawab dalam menyelenggara peralatan ICT dan dan peranti.Membuat kerja-kerja penambahbaikan perkakasan ICT yang tidak dapat berfungsiMemastikan semua kemudahan infrastruktur berfungsi dengan baik dan sedia untuk digunakan.Memastikan keselamatan data komputer/laptop bebas dari virus.Membuat backup maklumat dari komputer Jabatan.Membantu menguruskan akaun pengguna dan e-mailMemastikan kelancaran penggunaan sistem pengurusan Jabatan
Skop Tugas Sebenar Juruteknik Komputer FT19
Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan > KLIK DISINI <
Skop tugas ini berbeza mengikut keperluan Jabatan itu sendiri. Jadi, dengan sedikit perkongsian ini mudah-mudahan dapat sedikit sebanyak gambaran skop tugas bagi jawatan Juruteknik Komputer ni untuk keperluan anda dalam menghadapi temuduga kelak. Untuk perkongsian seterusnya, saya akan kongsikan skop tugas bagi jawatan Pembantu Laut A19.
Baca Juga : Skop Tugas Sebenar Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dakcaii.blogspot.com/2020/08/skop-tugas-sebenar-juruteknik-komputer.html