Skmm Panggil Aliff Syukri Semua Yang Terlibat Dalam Video Raya Kontroversi Untuk Siasatan





Usahawan Aliff Syukri Kamarzaman, 36, yang menerbitkan video muzik raya kontroversi telah diarahkan memadamkan video tersebut dari semua platform media sosial. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, mengatakan video tersebut tidak bersesuaian untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal. 


"Sebagai tindakan awal, klip video ini telah saya rujuk kepada JAKIM untuk dibawa ke pihak berkuasa," katanya. 


Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga mengambil maklum mengenai video kontroversi itu dan telah mengenal pasti individu-individu yang terbabit dalam video tersebut serta akan dipanggil untuk siasatan. 


Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Annuar Musa berkata, mereka yang terlibat akan diberi notis hadir ke ibu pejabat SKM M di Cyberjaya hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 


Annuar juga mengesahkan pihaknya banyak menerima aduan daripada orang ramai, termasuk daripada JAKIM berhubung video itu.


Dalam video muzik raya yang diterbitkan oleh Aliff Syukri menunjukkan dia bersama dengan sekumpulan penari lelaki yang didakwa menari secara keterlaluan sehingga timbul dakwaan usahawan itu sedang mempromosi budaya Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). 


Sedar video itu dikecam teruk oleh banyak pihak, Aliff Syukri tetap enggan memadamkan video tersebut dan meminta netizen berfikiran secara terbuka untuk menerima 'seni'nya itu. 


Jelas Aliff Syukri lagi, beberapa penari lelaki yang meliuk lentuk dalam video muzik raya itu adalah penari profesional. 


Sedangkan pada hujung Januari lalu, Aliff Syukri mengeluarkan kenyataan bahawa dia berazam mahu mengurangkan kontroversi melibatkan dirinya. Selain itu, dia tidak mahu isu yang tular itu akan membuatkan dirinya malu dengan anak-anak, sekali gus mencemarkan imejnya sebagai seorang bapa. 


"Anak pertama saya pun dah masuk tingkatan tiga. Bila dia tanya, 'abah kenapa video viral macam ni', kita pun jadi malulah. Jadi saya fikir, tak apalah walaupun kurang kontroversi, maruah itu lagi penting. 


"Kita nampak anak kita dah membesar remaja, jadi anak bujang dan anak dara. Kita tengok betapa struggle membesarkan mereka, kita pun dah tak boleh nak marah-marah sebab takut mereka memberontak, jadi dari situ kita sedar. 


"Saya nak jaga reputasi saya sebagai bapa. Saya mahu hubungan perkahwinan saya dan isteri berkekalan. Saya nak rasa dihormati oleh isteri, anak-anak dan masyarakat," katanya memetik laporan dari mStar 30 Januari 2022. 


Dalam temubual itu, Aliff Syukri tidak menafikan dirinya mahu popular sehingga usia 60 tahun, tetapi bukanlah dengan cara yang murah. 


"Kita kena sedar diri kita akan tua. Tak lama lagi dah nak masuk 40 tahun, rambut pun dah beruban. Jadi saya fikir sekarang ini masa untuk saya jadi ahli perniagaan sebenar. Bukan nak gelenya-gelenya. Saya tak nak dah! Nanti orang kata orang tua tak sedar diri. 


"Saya mengaku awalnya saya kejar glamour sebab saya bukan artis. Tapi rupa-rupanya glamour tanpa duit pun tak ada erti. 


"Sejujurnya saya tak suka dengan kamera! Kalau nak cari kontroversi mudah sahaja, asal ada orang buat isu, saya boleh saja menyelit sebab follower saya dah tinggi. Bukan nak riak, tapi itulah hakikatnya. 


"Jadi, saya sekarang saya mahu lebih matang, tengok orang lain buat gimik itu dan ini, saya rasa tak apalah sebab kita dah rasa dulu. Tak perlu lagilah. Saya cuma nak cari ketenangan," ujarnya. 


Bagaimanapun, kata-kata dan semangat mahu melakukan perubahan demi kebaikan diri dan keluarga, akhirnya hanya tinggal kata-kata apabila Aliff Syukri kini terbabit dalam kontroversi susulan tindakannya menerbitkan video muzik raya yang dikatakan tidak menghormati bulan Ramdan dan cuba mempromosi budaya LGBT. 


Sumber: Kosmo, Bernama, mStar Online


source https://www.thereporter.my/2022/04/skmm-panggil-aliff-syukri-semua-yang.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/04/skmm-panggil-aliff-syukri-semua-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tudia Terlalu Banyak Aduan Skmm Panggil Aliff Syukri Serta Individu Terlibat Dalam Mv Kelepok Raya

Tudia Terlalu Banyak Aduan Skmm Panggil Aliff Syukri Serta Individu Terlibat Dalam Mv Kelepok Raya

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 211 hits
Annuar maklumkan mereka terlibat dalam MV dipanggil ke pejabat MCMC SUSULAN kontroversi video muzik lagu Kelepok Raya nyanyian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertindak memanggil individu terb...
Menteri Agama Minta Aliff Syukri Padam Video Muzik Raya Kontroversi Dari Semua Platform Media Sosial

Menteri Agama Minta Aliff Syukri Padam Video Muzik Raya Kontroversi Dari Semua Platform Media Sosial

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 357 hits
Menteri Agama minta Aliff Syukri padam video muzik raya kontroversi dari semua platform media sosialVideo muzik raya kontroversi terbitan usahawan Aliff Syukri Kamarzaman mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad yan...
Hiburan Mv Kelepok Raya Terima Banyak Aduan Skmm Minta Aliff Syukri Hadir Untuk Siasatan

Hiburan Mv Kelepok Raya Terima Banyak Aduan Skmm Minta Aliff Syukri Hadir Untuk Siasatan

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 224 hits
Kemunculan lagu raya baharu nyanyian jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri yang berjudul Kelepok Raya baru baru ini ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi dan respon daripada netizen Rata ratanya mengecam video muzik lagu te...
Individu Terlibat Klip Video Raya Aliff Syukri Dipanggil Mengadap Mcmc

Individu Terlibat Klip Video Raya Aliff Syukri Dipanggil Mengadap Mcmc

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan memanggil individu terlibat dalam klip video muzik sempena Aidilfitri dikaitkan dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang menimbulkan kontroversi baru baru ini M...
Isu Lagu Raya Sotong Aliff Syukri Dipanggil Skmm

Isu Lagu Raya Sotong Aliff Syukri Dipanggil Skmm

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 295 hits
Aliff Syukri tiba di perkarangan SKMM pada jam 9 58 pagi dengan berpakaian kot kelabu serta seluar panjang berwarna hitam dengan diiringi dua individu Maaf ya saya kena masuk ke dalam katanya kepada pemberita yang menunggu seawal jam 9 pagi...
Yadim Anggap Video Muzik Lagu Raya Aliff Syukri Berunsur Lgbt

Yadim Anggap Video Muzik Lagu Raya Aliff Syukri Berunsur Lgbt

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 306 hits
Yayasan Dakwah Islam Malaysia meluahkan rasa kesal berhubung muzik video Hari Raya seorang usahawan kosmetik terkenal Yang Dipertua YADIM Ustaz Nasrudin Hassan berkata video muzik berkenaan secara jelas mempromosi budaya songsang LGBT dan t...
Aliff Syukri Stres Nak Jawab Isu Mv Kelepok Raya Mohon Jangan Kecam Ibu

Aliff Syukri Stres Nak Jawab Isu Mv Kelepok Raya Mohon Jangan Kecam Ibu

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 257 hits
Aliff Syukri mohon maaf kontroversi MV Kelepok Raya minta jangan kaitkan ibu sedang tunai umrah
Hiburan Burukkan Imej Islam Penari Pakai Singlet Dengan Songkok Teaser Lagu Raya Aliff Syukri Teruk Dikecam

Hiburan Burukkan Imej Islam Penari Pakai Singlet Dengan Songkok Teaser Lagu Raya Aliff Syukri Teruk Dikecam

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 281 hits
Sekali lagi usahawan yang dikenali ramai iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tidak melepaskan peluang keemasan untuk mengeluarkan lagu raya baharu yang berjudul Kepelak Kelepuk Raya Terbaharu Aliff Syukri ada memuat naik teaser lagu berkenaan di ...
Aliff Gives Statement To Mcmc Over Controversial Raya Video Clip

Aliff Gives Statement To Mcmc Over Controversial Raya Video Clip

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 238 hits
Aliff Syukri Kamarzaman was questioned by officers from the Malaysian Communications and Multimedia Commission for over three hours CYBERJAYA Cosmetics entrepreneur Aliff Syukri Kamarzaman gave his statement to the Malaysian Communications ...
Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Teruskan Bersabar Nona

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa

Raja Muda Selangor Titip Ucapan Romantik Buat Bakal Isteri

300 000 Anggota Tentera Dan Polis Mula Nikmati Inisiatif Budi95 Tengah Malam Ini

House Jacaranda By Ram N Esteve Estudio Lights Shadows And Stone In Valencia