Individu Terlibat Klip Video Raya Aliff Syukri Dipanggil Mengadap Mcmc
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memanggil individu terlibat dalam klip video muzik sempena Aidilfitri dikaitkan dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya pagi esok.
“SKMM telah teliti di peringkat awalan, dan ada sebab untuk siasatan dilaksanakan, dan dengan itu satu kertas siasatan dibuka untuk siasat perkara ini di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Iftar Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) bersama MenKOMM (Menteri Komunikasi dan Multimedia) di sini pada Isnin.
Klip video raya berkenaan yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontontan masyarakat lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.
Annuar turut mengesahkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerima terlalu banyak aduan termasuk daripada Jabatan Perdana Menteri khususnya Hal Ehwal Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung klip video itu.
Beliau berkata, keresahan itu timbul kerana klip video berkenaan mempunyai unsur tertentu yang bercanggah dengan amalan dan norma masyarakat negara ini.
Sementara itu, Annuar berkata, jemaah menteri bersetuju agar siaran radio RTM bahasa Tagalog ditamatkan kerana didapati ia tidak lagi efektif, dan jumlah pendengarnya juga semakin berkurangan.
“Satu ketika dulu RTM adakan satu saluran radio khusus dalam bahasa Filipina atau Tagalog terutama sekali bagi kemudahan sebahagian penduduk di Sabah atau Selatan Filipina.
“Siaran FM biasa yang ada di Sabah dikira sudah memadai dan bahasa kebangsaan serta bahasa local menjadi cukup efektif melalui saluran radio sedia ada,” katanya. – Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Ku Li jumpa Amanah Kelantan, ada kerjasama PRU15?
‘Welcome back’ PH 2.0, kata Najib
Saiful Bukhari keluar Bersatu
Kad debit Maybank tak boleh digunakan sementara
Pemandu teksi rakam aksi perkosa gadis Myanmar
Saya bukan nak tunggang agama – Boy Iman
Pas Leaks tak lari jauh dari realiti – Shahril
Rafizi ingatkan Saifuddin usah buat kenyataan memalukan
Sokong Anwar jadi PM jika mahu bersama PH – Farhash
ASP wanita dikecam buat ‘live’ TikTok masa serbuan
Guan Eng bidas SPRM siasat Nazlan, tapi bukan Azam
Achey menangis tepi jalan saat ibu meninggal dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis
Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan
The post Individu terlibat klip video raya Aliff Syukri dipanggil mengadap MCMC appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/25/individu-terlibat-klip-video-raya-aliff-syukri-dipanggil-mengadap-mcmc/