Skip Hop Bagpack Beg Galas Belakang Yang Comel Serbaguna Untuk Mudahkan Mommy Dan Anak
SKIP HOP BAGPACK - Beg Galas Belakang Yang Comel Serbaguna Untuk Mudahkan Mommy dan Anak | Sebagai seorang ibu, memang tidak sah jika tak ke mana-mana dengan tidak membawa barangan baby. Tambah-tambah jika tempat yang nak di tuju tu akan memakan masa yang lama seperti hospital dan sebagainya. Nak tak nak kenalah bawa mainan, makanan, minuman, lampin pakai buang, baju dan seluar, tuala sapu tangan serta lain-lain lagi.
Skip Hop Backpack - Zoo Collection
Dah macam gaya nak pergi berkelah pun ada gayanya ni. Suka ataupun tidak memang itulah yang perlu daku buat sebagai persediaan untuk handle kerenah Kasih dan Awwal nanti. Semua barangan ni daku akan masukkan dalam satu bag sandang supaya lebih mudah untuk mendukung anak bila tiba sesi meragam.
Skip Hop Backpack - Zoo Collection
Sedihnya daku tak tersilap langkah. Iyalah, daku ni ada dua anak kecil tapi beg yang digunakan hanya satu saja untuk isi semuanya. Maka bila tiba masa nak ambil barang memang susah nak cari itu dan cari ini.
Nekad Cari Beg Galas Belakang Khusus Untuk Anak
Fikir punya fikir, akhirnya daku nekad untuk belikan beg galas belakang khusus sorang satu untuk Awwal dan Kasih. Kalau dulu daku rasa macam menyusahkan bila anak di beri beg sendiri sorang satu begini tapi kini daku dah mula sedar ada kelebihannya juga. Lagi pula usia Awwal (5 tahun) dan Kasih Sufi (2 tahun) memang sudah sesuai untuk punya beg peribadi masing-masing.
Skip Hop Backpack - Zoo Collection
Lihatlah sendiri gaya Awwal dan Kasih dengan beg sandang belakang (backpack) masing-masing. Nampak comel sangat kan? Nak tahu jenama apa yang berjaya menawan kalbu tu? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah SKIP HOP.
Keistimewaan Beg Galas Skip Hop Berbanding Jenama Lain
Daku buat keputusan untuk memilih jenama Skip Hop disebabkan oleh beberapa perkara dan kat sini daku senaraikan sekali sebab musabab mengapa jenama Skip Hop menjadi pilihan.
1. Design Yang Menarik Untuk Kanak-Kanak (Boy and Girl)
Keistimewaan utama bag kanak-kanak dari jenama Skip Hop ini tentulah pada designnya yang sangat exclusive dan menarik. Setiap bag yang dihasilkan adalah dalam bentuk karakter yang boleh menawan hati kanak-kanak dalam pelbagai warna yang menarik. Memang rambang mata masa nak pilih! Untuk anak-anakku, beg dari karakter naga yang berwarna hijau dengan unicorn berwarna purple pastel menjadi pilihan.
Skip Hop Backpack - Zoo Collection
Dua design di atas ni adalah koleksi terbaru untuk Zoo Collection dari Skip Hop. Tapi jika kurang berkenan dengan dua karekter tersebut kalian boleh saja pilih design backpack yang lain. Ada banyak lagi tau design lain! Semua cantik dan comel-comel.
2. Saiz Bag Yang Sesuai Dengan Tubuh Dan Usia Anak
Pada mulanya daku rasa risau juga, manalah tahu kalau-kalau saiz bag ini terlajak besar dan berat ke. Kan tak pasal anak tak larat nak sandang di bahu. Tapi bila dah kenakan pada anak, alhamdulillah saiznya ngam-ngam bagai telah di ukur. Beratnya juga sangat ringan dan tidak menyusahkan anak untuk membawanya ke sana dan ke mari.
Awwal use Skip Hop Backpack - Zoo Collection
3. Sangat Sesuai Untuk Aktiviti Luar Dan Travel
Kebetulan baru ni daku ada bawa anak-anak keluar untuk ambil angin. Dalam bag daku masukkan sedikit makanan ringkas kegemaran mereka dengan beberapa barangan lain yang diperlukan. Barangan yang penting sajalah! Kalau benda yang tak seberapa penting tu tinggalkan saja dalam kereta. Syukurlah, Awwal dan Kasih sandang backpack masing-masing dengan mudah tanpa sebarang rengekan. Kiranya mereka berdua benar-benar happy ada bag personal sendiri untuk barang masing-masing.
Skip Hop Backpack - Zoo Collection
4. Tahan Lasak
Anak-anak sebaya Awwal dan Kasih tak dinafikan memang sedang lasak. Kadangkala daku sendiri berasa hairan dari manalah agaknya tenaga yang Awwal dan Kasih ni ada. Awwal sendiri jika di bawa untuk sebarang aktiviti outdoor hmmm bukan main laju lagi. Daku yang belakang pula rasa makin semput nak kejar langkah dia tu. Dengan adanya bagpack dari Skip Hop sangat sesuailah dengan karakter Awwal yang tak reti nak duduk diam tu.
Skip Hop Backpack - Zoo Collection
5. Jadi Kawan Untuk Dibawa Ke Mana Saja
Bayangkan, nak ke mana saja sekarang mesti nak di bawa bersama backpack. Jika dulu bila beri pakai bag kejap je lepas tu dah tak nak pakai lagi. Tapi sejak ada Skip Hop backpack Dragon dan watak Dillon Dragon dan Nova Narwhal ni asyik nak berkepit dengan beg masing-masing je. Awwal sendiri pasti akan cepat-cepat bawa beg Kasih tatkala Kasih terlupa atau tertinggal. Secara tak langsung dah mula nampak sikap tanggungjawab Awwal sebagai seorang abang terhadap Kasih
Skip Hop Backpack - Zoo Collection
Skip Hop Backpack Zoo Collection - Design Terbaru Yang Super Duper Cute Untuk Anak
Kalau nak tahu, backpack dari Skip Hop ni sebenarnya ada banyak. Malah koleksi backpack dengan jenama Skip Hop ini turut mengeluarkan design baru mengikut pelbagai jenis karakter. Warna yang di pilih juga tidak sama demi untuk memberi lebih pilihan dan kelainan. Ohya setiap karakter untuk bagpack ini turut di beri gelaran nama yang tersendiri.
Skip Hop Backpack - Zoo Collection
Antara Ciri-Ciri Yang Terdapat Pada Backpack Skip Hop Zoo Collection
Jika hanya lawa tapi takde kualiti tak guna juga kan? Daripada menang membeli tetapi alah memakai adalah lebih baik jika kita dapat beli produk yang berkualiti. Lagi pula barang yang berkualiti ni lebih tahan lama berbanding dengan bag jenama biasa. Untuk memudahkan lagi urusan dalam membuat penilaian, kat sini daku turut kongsikan juga antara ciri-ciri utama yang terdapat pada backpack Skip Hop ini.
Ciri #1 : Design Depan Yang Menarik Dan Penuh Perincian
Skip Hop Backpack - Zoo Collection
Ciri #2 - Bahagian Belakang Disertakan Dengan Tali Sandang Boleh Laras
Ciri #3 - Setiap Kepala Zip Turut Ada Keychain Yang Sedondon Dengan Karakter
Ciri #4 - Zip Serta Jahitan Sangat Kemas Dan Berkualiti
Ciri #5 - Ada Pemegang Tambahan Yang Turut Dijahit Dengan Elok dan Kemas
Ciri #6 - Poket Sisi Boleh Laras Untuk Letak Minuman
Ciri #7 - Punya Dua Ruang Bahagian Untuk Mengisi Barang
Ciri #8 - Poket Hadapan Yang Berjaring Untuk Letak Snek, Alatan Tulis dan Sebagainya
Ciri #9 - Ada Tempat Khas Untuk Tulis Nama Pemilik Di Bahagian Dalam Beg
Ciri #10 - Lapisan Yang Mudah Untuk Dibersihkan
Selain Untuk Travel Dan Ke Sekolah, Boleh Guna Sebagai Nursing Bag Juga
Untuk Kasih daku gunakan Skip Hop backpack ini sebagai nursing bag juga. Disebabkan Kasih ni menyusu badan sepenuhnya maka daku boleh selitkan sekali nursing cover yang tidak terlalu besar di dalam bagpack tersebut. Meskipun Kasih baru berusia 2 tahun dan agak kecil berbanding abangnya Awwal namun disebabkan tali beg sandang belakang ini boleh laras maka secara tak langsung ianya turut sesuai dengan bentuk tubuh Kasih yang masih kecil
Kasih Sufi with her Skip Hop Backpack - Zoo Collection
Kasih Sufi with her Skip Hop Backpack - Zoo Collection
Kasih juga kelihatan amat selesa sekali sewaktu menggunakan bagpack dari Skip Hop ni. Nampak cute sangat! Karakter yang di pilih juga sesuai dengan gegurl sepertinya yang ada gaya ala-ala princess.
Tambahan : Tips Untuk Memilih Beg Yang Tepat Untuk Anak
Alang-alang sedang kongsikan pengalaman sebagai salah seorang pengguna bagpack dari Zoo Collection dengan jenama Skip Hop ini, suka untuk daku kongsikan bersama beberapa tips yang boleh diguna pakai sebagai tips sewaktu ingin memilih beg yang sesuai dan tepat untuk anak.
Kasih Sufi with her Skip Hop Backpack - Zoo Collection
Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum boleh membuat pembelian. Perkara-perkara tersebut adalah seperti :
Ketahui sebab membeli ingin membeli beg tersebut beg (outdoor/travel/nursery dll)Tentukan kapasiti untuk storan (luas atau tidak)Pilih gaya yang memenuhi keperluan si pemakai (sandang belakang, tote, klac)Pastikan tali, zip, jahitan dan material adalah bagus dan berkualiti.Pilih jenama yang berpotensi dan diyakini Baca ulasan review sebagai rujukanBersedia untuk berbelanja lebih sedikit bagi mendapatkan beg yang baik. Apa guna beli lebih murah kalau pakai sekejap dah punah.
Skip Hop Backpack - Zoo Collection
Skip Hop Bagpack Antara Pilihan Terbaik Bagi Para Ibu di Malaysia
Setelah melihat dan menggunakan sendiri bag dari jenama Skip Hop ini, tidak dinafikan lagi memang patutlah jenama Skip Hop ini menjadi salah satu jenama pilihan terbaik bagi para ibu di Malaysia. Ia juga sangat praktikal untuk digunakan sebagai beg budak prasekolah, beg budak tadika, beg nursery, bag travel kanak-kanak dan sebagainya.
Gunalah untuk apa saja kegunaan mengikut kehendak diri sendiri dan anak-anak, takde masalah! Yang pasti kini bagpack Skip Hop dengan tema zoo collection ini telah berjaya menjadi salah satu ni beg galas (backpack) kegemaran Awwal dan Kasih.
Sebagai ibu daku juga ikut puashati kerana beg galas ni bukan sebarang beg biasa. Beg ini sebenarnya sangat special terutama untuk keperluan baby. Best sangat beg ni! Dah lah comel, banyak compartment, ringan malah banyak poket untuk isi barang juga.
Skip Hop Backpack - Zoo Collection
Skip Hop - Antara Jenama Beg Kanak-Kanak Popular Yang Patut Dimiliki!
Tengah mencari beg kanak-kanak dan beg bayi? Mahukan beg galas yang comel dan berkualiti untuk isi barang si comel? Mencari beg yang terbaik tapi tidak pasti mahu beli yang mana satu? Haa lepas ni dah tak perlu pening kepala lagi. Buat apa susah payah mikir, beg sandang belakang dari jenama SKIP HOP kan ada.
Skip Hop Backpack - Zoo Collection
Untuk pembelian jangan lupa untuk ke lamanweb BLOOM AND GROW ASIA , destinasi beli-belah untuk semua dengan harga menarik berserta servis penghantaran pantas, Pembayaran juga selamat. Dapatkan juga diskaun istimewa dan promosi eksklusif hangat meletup ke atas jenama-jenama terbaik untuk pelbagai produk kegemaran!!
FOLLOW INSTAGRAM
@bloomandgrowasia | @smartmumasia | @skiphop.asia
untuk pelbagai koleksi dan tawaran yang menarik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sishawa.com/2019/07/skip-hop-bagpack-beg-galas-belakang.html