Ibu Keguguran Tak Pantang Mungkin Sukar Hamil Jika Plan Nak Anak Lagi


Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan. Jika kehilangan ini berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal.
Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini, ia dipanggil keguguran lewat.
Keguguran biasanya berlaku kerana embrio (janin) tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah-masalah kromosom juga dikatakan penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab.
Untuk berkembang dengan betul, bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Kecacatan ini mungkin berlaku kerana terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat terdapat perubahan dalam struktur kromosom.
Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio.
Keguguran lewat pula lebih berkemungkinan berlaku akibat masalah kesihatan wanita tersebut berbanding masalah pada bayi, tetapi tidak semua kes seperti ini.
Soalannya perlu tak berurut & berpantang
Jawapannya ialah PERLU BERURUT & BERPANTANG
Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh Berpantang & Berurut, Bertungku sama seperti ibu selepas bersalin. Cuma tempoh berpantang agak berbeza dengan berpantang selepas bersalin sebenar.

Berapa Lama Tempoh Berpantang ?
Kalau mengikut nasihat orang tua-tua dahulu, berpantang keguguran sama tempohnya dengan bersalin sebenar & lebih rapi. Tetapi oleh kerana keadaan semasa & life style sekarang, tidak mengizikan ibu yang keguguran berpantang dalam tempoh yg lama untuk berehat & menjaga pemakanan. Selalunya untuk Wanita yang bekerja, doktor hanya memberikan 7-10 hari cuti sakit akibat daripada keguguran. Oleh kerana waktu berehat yang pendek meyebabkan ibu yang keguguran tidak dapat berpantang sama seperti Ibu bersalin sebenar.
Ibu yang bersalin secara normal mahu pun pembedahan akan menjalani tempoh berpantang selama 40-44 hari, ada juga yg berpantang 60-100 hari. Terpulang kepada individu. Tetapi untuk orang berpantang kerana keguguran, disyorkan menjalani proses berpantang , berurut & bertungku serta menjaga pemakanan selama 14 hari paling minimum. Ini kerana untuk menjalani proses berpantang sepenuhnya seperti yang di ajar oleh orang tua-tua dulu adalah tidak praktikal lagi kerana masalah kerja & cuti yang pendek.
Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.
Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.
Berurut & bertungku sangat membantu untuk proses pemulihan selepas keguguran. Janganlah berurut mengikut ala kadar asalkan buat..!! Berurut & Bertungkulah sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh berpantang, urut seawal hari yang ke 3 atau ke 4 selepas proses DNC atau pun Janin keluar sendiri melalui proses natural. Kebaikan BERURUT & BERTUNGKU ialah mengeluarkan saki baki darah beku yang tertinggal dalam rahim atau di saluran peranakan, mengeluarkan angin, melembutkan urat-urat yang tegang & menyegarkan badan.

Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan mesti diambil berat.
Jenis-Jenis Makanan Yang Patut Dielakkan
Elakkan makan makanan berangin seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai. Ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.
Antara kesan-kesan akibat tidak berpantang selepas gugur:-
? Tekanan emosi @ meroyan
? Masalah kesuburan mungkin sukar untuk mengandung lagi
? Lemah rahim berjaya mengandung kembali, tetapi mengalami keguguran berulang-ulang
? Ketidakseimbangan hormon
? Bengkak dan bisa otot peranakan
? Bisa-bisa tumit, betis, pinggang dan lutut
? Kebas-kebas sendi
? Mudah berasa seram sejuk
? Demam yang tidak kebah
? Kedinginan seks
? Kalah dalam perjuangan jimak
Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.
Sumber: Klinik Dr Asmah  via Herba Rahimas Aqila
The post Ibu Keguguran,Tak Pantang Mungkin Sukar Hamil Jika Plan Nak Anak Lagi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-kegugurantak-pantang-mungkin-sukar-hamil-jika-plan-nak-anak-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesanan Buat Ibu Bapa Jangan Ikut Sangat Apa Anak Nak

Pesanan Buat Ibu Bapa Jangan Ikut Sangat Apa Anak Nak

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 372 hits
Geram jugak saya dengan Maryam Soolihah ni Tiap kali masuk kedai runcit je benda pertama dia nak sambar adalah aiskrim Aduh Maafkan Abi tapi jawapan Abi akan tetap NO Saya bukan taknak bagi Tapi aiskrim jajan dan ais gas ni kalau kita selal...
Ibu Hamil 19 Tahun Murung Dapat Tahu Suami Curang Bangkit Semula Demi Anak

Ibu Hamil 19 Tahun Murung Dapat Tahu Suami Curang Bangkit Semula Demi Anak

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 465 hits
SETIAP wanita yang bergelar isteri pasti tidak menyangka bahtera perkahwinan yang disemai dengan cinta akhirnya runtuh dek kerana kehadiran orang ketiga Inilah yang berlaku kepada ibu muda ini yang terpaksa menanggung kepayahan seorang diri...
Kalau Saya Riba Anak Saya Mungkin Meninggal Ibu Kongsi Penting Letak Anak Dalam Car Seat

Kalau Saya Riba Anak Saya Mungkin Meninggal Ibu Kongsi Penting Letak Anak Dalam Car Seat

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 356 hits
Saban hari kita akan dipaparkan dengan berita kemalangan jalanraya yang melibatkan kenderaan bermotor Malah Statistik Kemalangan Jalan Raya yang dicatatkan oleh Jabatan keselamatan Jalan Raya Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun M...
Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 478 hits
Situasi anak menangis nak menyusu ibu pula kalut nak bersolat adalah perkara biasa di kalangan ibu menyusu beranak kecil Dilema sungguh para ibu sebabnya kalau teruskan bersolat jadi tak khusyuk pula sebab anak akan meraung menangis selagi ...
Jagalah Isteri Dalam Pantang Inilah Cara Nak Balas Jasa Isteri Hamil 9 Bulan

Jagalah Isteri Dalam Pantang Inilah Cara Nak Balas Jasa Isteri Hamil 9 Bulan

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 427 hits
Tugas menjaga isteri dalam pantang sebenarnya tugas suami Suami lah yang perlu menjaga isteri dalam pantang dan bukan melepaskan beban pada ibu dan ayah anda Sudah menjadi kebiasaan apabila dalam pantang ramai yang meminta bantuan dari ibu ...
Nak Turunkan Jaundis Anak Tasha Manshahar Beri Susu Ibu 2 Jam Sekali

Nak Turunkan Jaundis Anak Tasha Manshahar Beri Susu Ibu 2 Jam Sekali

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 395 hits
Bayi baru lahir akan melalui fasa jaundis penyusuan susu ibu cara terbaik untuk menurunkan paras kuning pada bayi seperti yang dilakukan oleh Tasha Manshahar ini Penyanyi Tasha Manshahar yang pada 21 Mei lalu berkongsi tentang keadaan si ke...
Kejam Ibu Sanggup Rendam Anak Dalam Air Panas Sampai Mati

Kejam Ibu Sanggup Rendam Anak Dalam Air Panas Sampai Mati

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 375 hits
Sampai hati seorang ibu membiarkan anaknya terseksa sakit dan menyembunyikannya daripada dibawa ke hospital Rendam anak dalam air panas Lisa Simmons 41 dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun atas kekejamannya merendam anaknya di dalam a...
Dalam Poket Ada Rm3 Je Si Ayah Sanggup Beratur Panjang Nak Beli Kuah Oden Untuk Anak Gadis Yang Degil

Dalam Poket Ada Rm3 Je Si Ayah Sanggup Beratur Panjang Nak Beli Kuah Oden Untuk Anak Gadis Yang Degil

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 395 hits
Selalu kita dengar Mak dan Ayah tanggung anak sampai mati Tapi sedarkah kita sebagai anak melihat pergorbanan mereka tatkala mereka sudah berada di separuh umur hidup mereka Sedihkan kalau ada sesetengah masyarakat yang tidak nampak jasa ke...
Ibu Leka Dengan Handphone Anak Nyaris Terjatuh Ke Tingkat Bawah

Ibu Leka Dengan Handphone Anak Nyaris Terjatuh Ke Tingkat Bawah

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 389 hits
The ReporterTindakan pantas seorang ibu berjaya menyelamatkan anak perempuannya dari terjatuh ke tingkat bawah sebuah bangunan Dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari Rabu 19 Jun di Madellin Colombia wanita berkenaan bersama anak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah