Skim Pembiayaan Agropreneur Muda


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES) ini disediakan khusus untuk golongan usahawan muda yang mencari sumber pembiayaan bagi aktiviti perusahaan mereka. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memperuntukan sebanyak RM21 juta bagi pembiayaan khas Agropreneur Muda ini sebagai produk Agro-Youth Entrepreneur Scheme (Agro-YES).
Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, semua Agropreneur Muda yang telah menjalankan projek pertanian dan beroperasi lebih 12 bulan layak memohon untuk mendapatkan pembiayaan sehingga RM200,000. Menurutnya lagi, setiap permohonan melalui Agrobank ini hanya dikenakan kadar faedah yang sangat minimum, iaitu sebanyak dua peratus dalam setahun.
Objektif Program AGRO-YES Program ini dilaksanakan berdasarkan beberapa objektif utama, antaranya ialah
Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju. Membantu meningkatkan pendapatan usahawan muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif. Menjadikan industri agro makanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara. Skop Program AGRO-YES Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan usahawan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut :
Tanaman Perikanan Ternakan Industri Asas Tani Pemasaran Perkhidmatan dan input sokongan pertanian Agropelancongan Kriteria Kelayakan  Berikut merupakan senarai syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk permohonan skim pembiayaan ini, iaitu:
Pemohon merupakan individu berwarganegara Malaysia. Pemohon berumur minimum 18 sehingga 40 tahun semasa permohonan pembiayaan dilakukan; Pemohonan terbuka kepada Individu, Syarikat Pemilikan Tunggal / Enterprise, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad. Pemohon hendaklah berdaftar dengan Unit Agropreneur Muda sebelum membuat permohonan pembiayaan.
(Pendaftaran dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat di cawangan Agrobank)
– Bagi Syarikat Pemilikan Tunggal / Enterprise, Perkongsian
Sekurang-kurangmya seorang rakan kongsi dikehendaki berdaftar dengan UAM.
– Bagi Syarikat Sendirian Berhad
Sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah dikehendaki berdaftar dengan UAM. Pemohon hendaklah terlibat secara langsung dalam projek atau menguruskan projek tersebut; Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada program pakej pertanian seperti yang telah ditetapkan di bawah Projek Usahawan Tani Muda. Projek baru adalah TIDAK dibenarkan di bawah program ini. Projek yang akan dibiaya hendaklah projek yang telah beroperasi melebihi 12 bulan. Maklumat Pembiayaan Permohonan yang telah memenuhi kriteria kelayakan seperti di atas dan telah diluluskan akan memperoleh pembiayaan seperti berikut:
Had Pembiayaan: RM50,000.00 sehingga RM200,000.00 Kadar Keuntungan: Kadar keuntungan semasa adalah 2% setahun dikira berdasarkan baki bulanan. Tempoh Pembiayaan: Tempoh maksimum pembiayaan adalah 7 tahun (84 bulan). Cara Permohonan Para usahawan muda yang telah melepasi kesemua kriteria kelayakan tersebut dan berminat untuk memohon Skim Pembiayaan Agropreneur Muda ini bolehlah mengemukakan permohonan anda pada masa sekarang ini juga. Pendaftaran boleh dilakukan dengan cara:
Isi borang pendaftaran di cawangan Agro Bank yang berhampiran dengan lokasi anda. Dapatkan “Risalah Program Pembiayaan AGRO-YES” di sini
Di sini admin nak kongsikan risalah program pembiayaan AGRO-YES ini. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : 
Risalah Program Pembiayaan AGRO-YES Maklumat Lanjut Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program pembiayaan ini, anda boleh hubungi:
Pusat Panggilan Agrobank: 1-300-88-2476 Laman Sesawang: www.agrobank.com.my Sebagai peringatan mesra, sila patuhi Garis Panduan (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara ketika berurusan di cawangan Agrobank.
Semoga perkongsian Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES) ini dapat memberi pendedahan dan panduan kepada golongan usahawan muda di luar sana untuk mengembangkan lagi perusahaan yang dimiliki. Anda juga digalakkan untuk berkongsi info yang bermanfaat ini kepada ahli keluarga, kenalan ramai, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang layak untuk memohon.
Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2021 ataupun Panduan Lengkap Tuntutan COVID-19 mySalam.
Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES)
Noorazlin Abu Bakar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/03/skim-pembiayaan-agropreneur-muda-agro-yes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skim Pembiayaan Kontrak I Tekun Nasional

Skim Pembiayaan Kontrak I Tekun Nasional

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 354 hits
Skim Pembiayaan Kontrak I Tekun Nasional ini merupakan salah satu skim yang ditawarkan oleh pihak Tekun Nasional Skim ini adalah merupakan pembiayaan kontrak pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan Kerajaan Neg...
Pdip Tanggapi Santai Nama Ganjar Masuk Bursa Capres Pilihan Anak Muda

Pdip Tanggapi Santai Nama Ganjar Masuk Bursa Capres Pilihan Anak Muda

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 291 hits
Sekretaris Jendral PDI Perjuangan Hasto Kristiyanto menanggapi santai masuknya nama Ganjar Pranowo masuk dalam urutan kedua pilihan anak muda untuk menjadi calon presiden
Survei Indikator 57 3 Persen Anak Muda Setuju Uu Ite Direvisi

Survei Indikator 57 3 Persen Anak Muda Setuju Uu Ite Direvisi

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 225 hits
Kemudian 57 3 persen anak muda juga menilai UU ITE perlu direvisi Hal tersebut untuk menjamin kebebasan masyarakat dalam mengemukakan pendapat
Ibu Muda Tanam Sayuran Sendiri Tulis Buku Tentang Kemampanan Sebagai Warisan Generasi Masa Depan

Ibu Muda Tanam Sayuran Sendiri Tulis Buku Tentang Kemampanan Sebagai Warisan Generasi Masa Depan

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 280 hits
BERITAmediacorp Kesedaran terhadap kepentingan tabiat mesra alam kian meningkat dipacu gerakan antarabangsa dan setempat yang diperhebat sejak akhir akhir ini Bagi seorang ibu muda di sebuah flat Bina Ikut Tempahan di Punggol gaya hidup yan...
Statutory Water Authority Needed To Manage Regulate Ulu Muda Region

Statutory Water Authority Needed To Manage Regulate Ulu Muda Region

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 181 hits
ADUN SPEAKS There will be no end to the water dispute between Kedah and Penang without an overarching intervention The intervention of the federal government in particular the Ministry of Water and Natural Resources might be necessary But t...
Dia Pun Solo Usianya Muda Daripada Saya Ezlynn Akui Rapat Dengan Seseorang

Dia Pun Solo Usianya Muda Daripada Saya Ezlynn Akui Rapat Dengan Seseorang

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 357 hits
Ya saya sedang berkawan dengan seseorang Dia bukanlah VIP dia orang biasa saja Masih saling mengenali dia dan keluarganya Dia pun solo dan usianya beberapa tahun lebih muda daripada saya Bagi saya dia seorang yang matang dan memahami Kami b...
Parti Muda Bukan Untuk Golongan Belia Sahaja

Parti Muda Bukan Untuk Golongan Belia Sahaja

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 594 hits
Parti Muda bukan ditubuhkan untuk orang muda Tidak kira umur muda atau tua boleh sertai Parti Muda Parti Muda ringkasan kepada Malaysia United Democratic Alliance atau dalam bahasa Malaysia Ikatan Demokratik Malaysia Kepada orang muda yang ...
Paragon Kembali Hadirkan Paragon Innovative Summit 2 0 Untuk Para Inovator Muda Indonesia

Paragon Kembali Hadirkan Paragon Innovative Summit 2 0 Untuk Para Inovator Muda Indonesia

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 248 hits
Paragon Innovation Summit 2 0 ajang menjaring inovator muda Indonesia untuk kebaikan yang lebih besar
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Will Artificial Intelligence Disappoint


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Managing Motivating Remote Teams

Mengada Pergi Laser

Barbarik Peluru Cokelat Chord

Arjuna 89 Takdir Memisahkan Chord

Resipi Ayam Masak Thai Yang Simple Tapi Sedap

Pickleball Sukan Viral Cara Bermain Dan Sistem Pemarkahan