Skim Internet Selangor Mohon Sism40


SISM40: Pakej Keluarga, Bujang & Asas – Skim Internet Selangor M40. Kepada golongan M40 yang berada di negeri Selangor boleh memohon Skim Internet Selangor (SISM40) yang telah ditawarkan oleh kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) mulai 1 Julai 2021.
Inisiatif ini telah dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka negara iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan perkhidmatan unifi yang mana kerajaan negeri memperuntukkan subsidi Internet khusus kepada golongan M40.
Baca Juga: Tarikh Agihan Bantuan 10,000 Komputer Riba
Menteri Besar iaitu Datuk Seri Amirudin Shari berkata, skim berkenaan dapat melengkapi inisiatif kerajaan negeri yang diperkenalkan sebelum ini.
Berikut akan dikongsikan info lanjut mengenai pakej internet yang telah ditawarkan melalui program ini.
PENGENALAN SKIM INTERNET SELANGOR M40? SISM40 atau Skim Internet Selangor M40 adalah merupakan pakej insentif internet di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) Pakej ini telah menawarkan rebat penjimatan sebanyak RM120 hingga RM360 setahun.
Baca Juga: Cara Mohon Pengeluaran RM5,000 i-Citra KWSP
Pakej ini telah terbuka bagi pendaftaran baharu pelan jalur lebar unifi Home sahaja.
SYARAT MOHON SKIM INTERNET SELANGOR M40 Permohonan bagi Skim Internet Selangor M40 adalah terbuka bagi:
Kesemua warganegara Malaysia yang bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan ke atas Berumur 18 tahun dan ke atas Tidak ada disenarai HITAM oleh mana-mana penyedia perkhidmatan telekomunikasi Pakej ini untuk langganan baharu sahaja dan TIDAK SAH untuk pelanggan jalur lebar unifi Home sedia ada (dalam kontrak) Satu (1) isi rumah hanya layak memohon satu (1) pakej sahaja Walau bagaimanapun, pelanggan unifi Lite (streamyx) sedia ada boleh memohon pakej ini Khusus bagi kumpulan M40 (Pendapatan isi rumah RM4,851 – RM10,970) PAKEJ DITAWARKAN Terdapat lapan (8) pakej yang telah ditawaran oleh SISM40 melalui Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas.
Rujuk perincian setiap pakej seperti berikut:
1. PAKEJ KELUARGA

2. PAKEJ BUJANG

3. PAKEJ ASAS

CARA MEMOHON/PENDAFTARAN SISM40 Melalui Laman sesawang SISM40 https://www.sism40.com.my/ Di semua 56 buah Pejabat DUN Selangor Melalui Talian bantuan di 03-5030 4595/4596
(9.00pg – 5.00ptg : Isnin – Jumaat) kecuali pada cuti umum. TEMPOH/TARIKH MEMOHON SISM40 ini telah terbuka untuk permohonan selama (1) tahun bermula dari 1 Julai 2021 sehingga 30 Jun 2022. Bagi peringkat permulaan tempoh permohonan bermula dari 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021. BAYARAN PENDAHULUAN Terdapat caj bayaran pendahulan bagi perkhidmatan jalur lebar unifi Home iaitu sebanyak RM100. Bagi bayaran pendahuluan perlu dibuat dalam tempoh masa 10 hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan. Pelanggan akan dimaklumkan kelak mengenai pembayaran yang telah dibuat melalui SMS dan akan dipaparkan dalam bil mereka yang berikutnya. Sementara itu, bayaran pendahuluan bagi pelan mudah alih perlu dibuat semasa pendaftaran (untuk nombor baharu) tiada caj bagi pengekalan nombor sedia ada (Mobile Number Portalibity – MNP).
SEMAK KELULUSAN SKIM INTERNET SELANGOR M40 Sekiranya permohonan anda telah diluluskan, anda akan diberitahu melalui e-mel dalam tempoh 14 hari bekerja. Pelanggan akan dimaklumkan kelak melalui alamat emel yang diberikan semasa pendaftaran. Semakan juga boleh dibuat di laman sesawang SISM40 https://www.sism40.com.my KONTRAK Dengan memilih salah satu daripada tawaran ini, anda akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan. Sekiranya anda memilih bagi menamatkan langganan pelan jalur lebar sebelum tempoh kontrak selama 24 bulan berakhir, bayaran penalti akan dikenakan sebagai tambahan kepada baki bulan akan dikenakan. Namun dengan itu, tiada sebarang kontrak dikenakan bagi pelan mudah alih. MAKLUMAT LANJUT Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, sila dapatkan maklumat lanjut berkenaan syarat kelayakan dan proses pendaftaran melalui laman sesawang https://www.sism40.com.my/ atau di talian bantuan 03-5030 4595/4596 (Isnin –Jumaat 9.00 pagi – 5.00 petang) kecuali pada cuti umum.
ATAU
Sembang Langsung di https://unifi.com.my/chat/index.html atau melalui aplikasi myunifi Komuniti di https://community.unifi.com.my/ Facebook di https://www.facebook.com/weareunifi/ Twitter di @helpmeunifi Cawangan TMpoint yang terdekat dengan anda Rujuk soalan lazim yang tertera di bawah:
Apakah itu SISM40?
SISM40 atau Skim Internet Selangor M40 merupakan salah satu pakej insentif internet di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM).
Pakej ini telah menawarkan rebat penjimatan sebanyak RM120 sehingga RM360 setahun.
Pakej ini telah terbuka bagi pendaftaran baharu pelan jalur lebar unifi Home sahaja.
Bolehkah saya daftar lebih daripada satu akaun?
Ya Boleh. Kepada pelanggan boleh memohon lebih dari satu (1) akaun bagi pemasangan di alamat kediaman yang berbeza.
Bolehkah saya melanggan perkhidmatan nilai tambah (VAS)?
Anda boleh melanggan perkhidmatan nilai tambah (VAS) untuk pelan yang sedia ada.
Pendaftaran boleh dilakukan melalui unifi.com.my atau aplikasi myunifi. Anda juga boleh membuat permohonan di TMpoint berdekatan dengan anda.
Perkhidmatan VAS seperti penggalak Wi-Fi (Mesh Wifi) atau unifi Plus Box tidak termasuk di dalam tawaran promosi satu (1) bulan langganan percuma ini.
Bolehkah memindahkan pelan unifi saya kepada orang lain?
Tidak. Sebarang pertukaran atau pemindahan hak milik tidak sama sekali dibenarkan sepanjang tempoh kontrak di bawah SISM40.
Sekiranya anda ingin meneruskan pindah milik, harga bagi talian mudah alih akan bertukar kepada harga komersial sekiranya anda tidak mempunyai akaun jalur lebar unifi Home yang aktif.
Bagaimanakah jika saya berpindah ke negeri lain setelah melanggan SISM40?
Pelanggan yang telah berpindah keluar dari negeri Selangor tidak akan layak untuk terus menikmati pakej tawaran dibawah SISM40.
Bagi permohonan pindahan boleh dilakukan dimana-mana cawangan TMpoint berhampiran dengan anda.
Anda tidak akan dapat menikmati diskaun dibawah SISM40 dan pelan akan dipindahkan kepada pakej unifi semasa yang setara.
Kontrak juga akan diperbaharui kepada 24 bulan dengan pakej komersial semasa.
Bagaimana cara untuk membuat bayaran pakej ini?
Pembayaran boleh di buat melalui saluran digital unifi.com.my atau melalui aplikasi myunifi.
Pelanggan juga boleh membuat pembayaran di kiosk yang terdapat di TMpoint berdekatan dengan anda.
Bagaimana cara jika saya ingin menamatkan langganan saya?
Langkah 1
Anda mestilah memberi notis 30 hari sebelum penamatan dilakukan melalui saluran seperti yang berikut:
Live Chat melalui unifi.com.my atau myunifi app
Email ke [email protected]
TMpoint di seluruh Malaysia
Langkah 2
Pihak TM akan memberikan jumlah kasar baki bil semasa anda. Wakil daripada TM akan berhubung dengan anda dalam tempoh (7) hari bagi pengesahan permohonan penamatan. Setelah bayaran baki bil telah dijelaskan, pihak TM akan meneruskan permohonan penamatan pada hari ke-31 daripada tarikh notis permohonan.
Langkah 3
Anda akan merima maklumat status penamatan melalui SMS. Kemudian, anda mesti memulangkan kembali Broadband Termination Unit (BTU) di TMpoint berdekatan dengan anda dalam tempoh (7) hari bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang caj kelewatan.
The post Skim Internet Selangor: Mohon SISM40 (Pakej Keluarga, Bujang & Asas) appeared first on MySuara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/semakan-dan-pendaftaran/skim-internet-selangor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Subsidi Internet Kerajaan Selangor Dibuka Mulai 1 Julai Ini Mohon Secara Online Amp Ini Cara

Permohonan Subsidi Internet Kerajaan Selangor Dibuka Mulai 1 Julai Ini Mohon Secara Online Amp Ini Cara

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 279 hits
Menerusi Pakej Kita Selangor 2 0 yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Skim Internet Selangor atau Subsidi Internet bakal diberikan kepada rakyat Selangor yang layak Permohonan Skim Internet Selangor Kategori M40 boleh dibuat sec...
More Places In Selangor To Go Under Lockdown

More Places In Selangor To Go Under Lockdown

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 246 hits
Two localities in Kuala Lumpur PPR Pantai Ria and PPR Taman Bukit Angkasa will also be under EMCO from July 1 until July 14 PETALING JAYA Three more localities in Selangor including Mentari Court PJS 8 Taman Perumahan SS 91A in Sungai Way a...
Amk Selangor Bantah Pengguguran Najwan Anggap Keputusan Dibuat Secara Semberono

Amk Selangor Bantah Pengguguran Najwan Anggap Keputusan Dibuat Secara Semberono

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 158 hits
Astro AwaniJun 29 2021 AMK Selangor menzahirkan solidariti dan dukungan penuh kepada Najwan Halimi Gambar failKUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan Selangor membantah sekeras kerasnya keputusan menggugurkan Najwan Halimi dari mengetuai sayap ...
Exco Kesihatan Selangor Mohon Maaf Kepada Khairy

Exco Kesihatan Selangor Mohon Maaf Kepada Khairy

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 264 hits
Exco Kesihatan Selangor Dr Siti Mariah Mahmud hari ini memohon maaf kepada Khairy Jamaluddin susulan perbalahan mereka berhubung bekalan vaksin di negeri itu mengatakan beliau diberitahu dalam mesyuarat Badak Bertindak Imunisasi Covid 19 ba...
Agenda Awani Kes Covid 19 Tinggi I Tindakan Kesihatan Awam Di Selangor

Agenda Awani Kes Covid 19 Tinggi I Tindakan Kesihatan Awam Di Selangor

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 283 hits
Kes COVID19 tidak menunjukkan penurunan ketara jadi apa tindakan segera dari segi kesihatan awam bagi mengawal penularannya di Selangor Diskusi Nazri Kahar dan Dr Farhan Rusli Pakar Perubatan Kesihatan Awam dalam AgendaAWANI AWANInews SUBSC...
Amk Peringkat Cabang Seluruh Negeri Selangor Membantah Sekeras Kerasnya Keputusan Setiausaha Amk Malaysia

Amk Peringkat Cabang Seluruh Negeri Selangor Membantah Sekeras Kerasnya Keputusan Setiausaha Amk Malaysia

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 182 hits
KENYATAAN MEDIA KETUA KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI SELANGOR Dukungan Penuh Serta Tuntutan Agar Najwan Halimi Dikekalkan Sebagai Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Selangor Kami merujuk kepada surat oleh Setiausaha AMK Malaysia Ahmad...
Covid 19 Vaccines 1 367 306 Doses Sent To Selangor And 322 606 Doses Yet To Be Dispensed

Covid 19 Vaccines 1 367 306 Doses Sent To Selangor And 322 606 Doses Yet To Be Dispensed

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 183 hits
Coordinating Minister of the National COVID 19 Immunisation Programme Khairy Jamaluddin has refuted an allegation that the federal government did not send enough COVID 19 vaccine to Selangor He said that as of yesterday Selangor had receive...
Kapasiti Vaksinasi Harian Di Selangor Lebih 80 000 Bukan 40 000 Seperti Didakwa Kj Kata Exco Selangor

Kapasiti Vaksinasi Harian Di Selangor Lebih 80 000 Bukan 40 000 Seperti Didakwa Kj Kata Exco Selangor

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 201 hits
June 28 2021 Dr Siti Mariah Mahmud berkata masalah yang dihadapi di Selangor ketika ini adalah kekurangan bekalan vaksin bukan kapasiti mahupun jumlah PPV PETALING JAYA Kapasiti vaksinasi harian di 73 pusat pemberian vaksin di seluruh Selan...
Selangor Cukup Bekalan Ikut Kemampuan Vaksinasi Tapi Masih Berbaki Kata Khairy

Selangor Cukup Bekalan Ikut Kemampuan Vaksinasi Tapi Masih Berbaki Kata Khairy

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 342 hits
MALAYSIA NOW Untuk semalam sahaja Selangor menerima 1 36 juta dos vaksin Pfizer Sinovac dan AstraZeneca namun hanya 76 sahaja diberikan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Gambar Bernama Selangor belum...
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Make Your Business Standout

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Kling Ai Video

Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Polis Dua Remaja Hilang Di Puchong Malam Tadi