Tawas Selangor 2026 Cara Tebus Rm1500 Untuk Kelahiran 2008
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) akan mula menyalurkan pembayaran manfaat bagi kelahiran tahun 2008 pada tahun 2026. Semak kelayakan, kemaskini kini maklumat dan pilihan kaedah pembayaran di portal rasmi Yayasan Warisan Anak Selangor, https://tawas.yawas.com.my/.

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Ibu bapa atau penjaga ahli program ini kelahiran 2008 diminta untuk mengemaskini data terkini bagi melancarkan urusan pembayaran tabungan anak mereka yang akan mula dibayar pada tahun 2026.
Rujuk info lebih terperinci di bawah.
Pengenalan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) ialah satu program khas kerajaan negeri Selangor yang diwujudkan untuk memberi manfaat jangka panjang kepada anak-anak kelahiran Selangor melalui insentif simpanan masa depan.
Program ini merupakan sebahagian daripada agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1 dan diuruskan penuh oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Objektif utama TAWAS ialah memberi sokongan awal melalui dana permulaan berjumlah RM1,500 yang akan diterima apabila peserta mencapai usia 18 tahun.
TAWAS terbuka kepada bayi dan anak-anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan permohonan perlu dibuat sebelum umur 3 tahun.
Ini adalah salah satu usaha proaktif kerajaan negeri untuk memastikan generasi muda Selangor mendapat permulaan kewangan yang mantap sebagai pelaburan masa depan.
Faedah & Manfaat Utama
Ahli TAWAS akan menerima RM1,500 apabila mencecah umur 18 tahun (bersumberkan hasil kekayaan negeri Selangor).
Jika ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun, waris layak menerima khairat kematian bernilai RM1,500.
Kelayakan & Syarat Permohonan
Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai dokumen pengenalan rasmi (MyKid atau MyKad).
Anak dilahirkan di Negeri Selangor atau memenuhi syarat kelahiran yang ditetapkan kerajaan negeri Selangor.
Terbuka kepada anak-anak kelahiran mulai 1 Januari 2008 sahaja, selaras dengan pelancaran program TAWAS.
Permohonan hendaklah dibuat sebelum anak mencapai umur 3 tahun. Permohonan selepas usia itu tidak diterima walaupun anak lahir di Selangor.
Jika permohonan dibuat oleh penjaga sah atau untuk anak angkat, perlu disertakan salinan surat perakuan anak angkat atau surat kuasa penjagaan rasmi.
Dokumen Sokongan Diperlukan
Salinan MyKid dan sijil lahir anak.
Salinan MyKad ibu dan bapa.
Salinan MyKad penjaga (jika berkaitan).
Salinan surat perakuan anak angkat (jika berkaitan).
Permohonan TAWAS
Ringkasnya, permohonan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) untuk pendaftaran ahli baru telah ditutup sepenuhnya pada 28 Februari 2019.
Sekarang, pada tahun 2026, fokus program adalah pada pembayaran atau tuntutan manfaat sebanyak RM1,500 kepada ahli TAWAS yang telah pun berdaftar dan mencapai umur 18 tahun.
Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak kelahiran 2008 dan 2009 perlu mengemaskini maklumat ahli untuk melancarkan proses pembayaran manfaat tersebut. (Rujuk caranya di bawah)
Manfaat ini adalah hasil simpanan yang telah dikumpul sejak awal dan diberikan sebagai sokongan kewangan permulaan apabila ahli mencapai umur dewasa.
BACA JUGA: Belanjawan Selangor 2026 – Intipati, Insentif & Bantuan Rakyat Selangor
Cara Buat Semakan
Untuk membuat semakan kelayakan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), sila ikut langkah-langkah berikut:
Layari laman web rasmi semakan TAWAS di https://tawas.yawas.my/login.php.
Masukkan nombor MyKid atau MyKad anak (12 digit tanpa sengkang).
Klik butang “Semak” untuk melihat status pendaftaran, maklumat ahli dan kelayakan tuntutan manfaat.
Status kelayakan manfaat akan dipaparkan beserta tarikh sah penerimaan manfaat (apabila anak mencapai umur 18 tahun).
Jika menghadapi sebarang masalah, sila hubungi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di talian 03-5481 8800 atau emel
[email protected] untuk bantuan.
Semakan ini penting untuk memastikan maklumat anak telah direkod dan memudahkan ibu bapa/penjaga membuat tuntutan manfaat apabila tiba masanya.
Cara Kemaskini Maklumat
Ibu bapa atau penjaga ahli TAWAS kelahiran tahun 2008 perlu mengemaskini maklumat peribadi terkini bagi melancarkan proses pembayaran manfaat RM1,500 apabila anak mencapai umur 18 tahun pada tahun hadapan, 2026.
Ibu bapa atau penjaga ahli TAWAS kelahiran 2008 perlu mengemaskini maklumat-maklumat berikut:
Nombor telefon ibu/bapa/penjaga.
Alamat tempat tinggal terkini.
Email Ibu/bapa/penjaga terkini.
Pilihan kaedah pembayaran (contoh: akaun bank atau e-dompet)
Kemaskini boleh dilakukan dilaman sesawang https://tawas.yawas.my/login.php atau Aplikasi YAWAS sebelum fasa pembayaran dimulakan pada Mac 2026.
Fasa Pembayaran TAWAS 2026
Fasa pembayaran Manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) untuk tahun 2026 terbahagi kepada 4 fasa berdasarkan bulan kelahiran ahli TAWAS yang mencapai umur 18 tahun.
Pembayaran manfaat RM1,500 akan dibuat secara berperingkat mengikut jadual berikut:
Fasa 1:
15 Mac sehingga 30 Mac 2026.
Bayaran dibuat untuk ahli yang lahir pada bulan Januari hingga Mac.
Fasa 2:
15 Jun sehingga 30 Jun 2026.
Bayaran dibuat untuk ahli yang lahir pada bulan April hingga Jun.
Fasa 3:
15 September sehingga 30 September 2026.
Bayaran dibuat untuk ahli yang lahir pada bulan Julai hingga September.
Fasa 4:
15 Disember sehingga 30 Disember 2026.
Bayaran dibuat untuk ahli yang lahir pada bulan Oktober hingga Disember.
NOTA: Jika tidak membuat tuntutan dalam fasa yang ditetapkan, tuntutan boleh dilakukan pada fasa seterusnya. Walaubagaimanapun, tempoh tuntutan adalah selama satu tahun dari tarikh hari lahir yang ke-18 sahaja.

Fasa Pembayaran 2026
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 2026 adalah melalui dua saluran utama:
EFT (Electronic Funds Transfer) — pembayaran terus ke akaun bank ibu bapa atau penjaga yang didaftarkan.
Dompet digital (e-Wallet) — pembayaran melalui aplikasi e-dompet yang dipilih oleh ibu bapa atau penjaga semasa kemaskini maklumat.
Ibu bapa atau penjaga ahli TAWAS perlu mengemaskini maklumat terkini termasuk pilihan kaedah pembayaran supaya proses pengkreditan manfaat RM1,500 dapat berjalan lancar.
Kemaskini boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi TAWAS di https://tawas.yawas.my/login.php.

Kemaskini Kaedah Pembayaran
Jadual Pembayaran Tabungan Bagi Ahli TAWAS
Berikut ialah jadual pembayaran TAWAS berdasarkan tahun kelahiran. Tahun kelahiran yang mencapai umur 18 tahun pada tahun 2026 ialah 2008.
Ahli yang lahir pada tahun 2008 akan menerima RM1500 pada 2026 mengikut fasa pembayaran berdasarkan bulan kelahiran seperti yang dikongsikan di atas.

Jadual Pembayaran Tabungan Ahli TAWAS
Kad TAWAS
Kad ini merupakan kad keahlian yang diberikan untuk setiap permohonan yang lulus. Kad tersebut perlu disimpan dan digunakan sebagai rujukan ibubapa/penjaga untuk setiap MANFAAT TAWAS yang diberikan kepada Ahli TAWAS.
Ibubapa/penjaga boleh mengambil Kad SiManja ini bersama-sama dengan Penyata Simpanan TAWAS di Kaunter Pejabat YAWAS.
Sebarang kerosakan atau kehilangan hendaklah dilaporkan ke Pejabat YAWAS dan RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj ganti rugi.

Kad Keahlian TAWAS
Khairat Kematian Ahli Tawas
Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.
Syarat tuntutan khairat kematian ini adalah ahli TAWAS tersebut meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun.
Namun, ibu bapa mestilah menyertakan maklumat berikut untuk tuntutan:
Borang Tuntutan Khairat Kematian (Muat turun di sini)
Sijil kematian
Kad SiManja
Salinan muka buku hadapan akaun bank / salinan penyata akaun (bahagian yang tertera no akaun)
Penyerahan manfaat secara EFT ke akaun Ibubapa/penjaga.
Ibubapa/penjaga perlu menghantar dokumen yang lengkap ke pejabat YAWAS atau emel ke
[email protected]
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai TAWAS, sila layari/hubungi:
Portal Yayasan Warisan Anak Selangor
Facebook Si Manja Tawas
Emel:
[email protected]
Talian: 603 5481 8800
Alamat: Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Soalan Lazim TAWAS Selangor 2026
Apakah maksud TAWAS TAWAS bermaksud Tabung Warisan Anak Selangor.Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500.00 seorang.
Siapa yang layak menerima pembayaran manfaat pada tahun 2026? Ahli TAWAS kelahiran tahun 2008 yang telah lengkap didaftarkan dan mencapai umur 18 tahun pada tahun 2026.
Bagaimana saya boleh buat tuntutan atau kemaskini maklumat? Kemaskini maklumat boleh dibuat secara atas talian di https://tawas.yawas.my/login.php. Pastikan maklumat nombor telefon, bank dan alamat terkini bertepatan sebelum tarikh akhir dikemukakan.
Bilakah pembayaran manfaat RM1,500 dibuat dan bagaimana ia diagihkan? Pembayaran dibuat secara berfasa mengikut bulan kelahiran (4 fasa sepanjang tahun 2026). Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank/ewallet seperti yang dikemaskini ahli atau penjaga.
Apa dokumen diperlukan untuk tuntutan manfaat TAWAS Selangor? Dokumen utama ialah Kad SiManja TAWAS, salinan MyKad/MyKid ahli, dan penyata akaun bank. Untuk Khairat Kematian — perlu sertakan borang tuntutan, sijil kematian dan lain-lain dokumen sokongan.
Adakah TAWAS masih menerima pendaftaran baru? Tidak, permohonan baharu ditutup selepas 28 Februari 2019. Kini, hanya ahli sedia ada yang layak untuk menuntut manfaat.
Bolehkah menggunakan akaun bank ibubapa? Tidak boleh.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/tawas-selangor/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tawas-selangor