Skandal Lcs Kerajaan Perlu Jelaskan Isu Penyelewengan



Penahanan beberapa individu berhubung kontroversi Kapal Tempur Pesisir (LCS) baru baru ini tidak boleh dianggap bahawa kes telah ditutup dan kerajaan tidak perlu lagi memantau projek berkenaan.
Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, penahanan beberapa individu dalam kes tersebut seharusnya membawa kepada pendakwaan, kemudian kerajaan mesti memperbaiki peraturan agar pembaziran sama tidak berulang pada masa hadapan.
“Penahanan tidak boleh dianggap sebagai “tutup kes” atau “misi tercapai”, kerana belum ada yang didakwa dan kerajaan semasa masih belum menggariskan secara terbuka dan komprehensif bagaimana mereka berhasrat untuk memastikan LCS akhirnya disiapkan atau masalah seperti ini tidak akan berulang.
“Pengajaran mesti diambil supaya negara tidak berdepan dengan belanjawan yang lebih besar untuk projek-projek yang bermasalah (pada masa hadapan),” katanya.
Nik Nazmi yang juga mantan pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri ketika kerajaan Pakatan Harapan berkuasa berkata, projek LCS bernilai RM9.128 bilion dan antara yang terbesar dalam perbelanjaan pertahanan itu sebelum ini telah dicemari beberapa kontroversi, termasuk kegagalan menghantar kapal seperti yang dijadualkan, kos berlebihan, bayaran yang dipertikaikan dan persoalan tentang bagaimana bayaran diberikan.
“Ia membuatkan kita semua berfikir, bagaimana projek sebesar ini diberi (kepada syarikat berkaitan) dan diuruskan.
“Pada saya, di sebalik penahanan itu rakyat Malaysia seharusnya diberitahu tentang gambaran menyeluruh mengenai kontroversi ini. Ia akan berlaku sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dibenarkan meneruskan serta menyelesaikan tugasnya dalam isu ini,” katanya.
Beliau berkata, PH tidak gagal dalam menguruskan isu LCS kerana Jawatankuasa tersebut bekerja dengan baik dan bergerak pantas sehinggalah berlaku pertukaran kerajaan yang menghalang segala proses dan pendedahan isu tersebut kepada rakyat secara telus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/34001

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Lcs Berbilion Ringgit Mustahil Kerajaan Tak Tahu

Skandal Lcs Berbilion Ringgit Mustahil Kerajaan Tak Tahu

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 184 hits
Aminuddin Yahaya Memalukan Indeks korupsi negara terus merudum MUNGKIN ramai yang tidak perasan tentang skandal Littoral Combat Ships yang melibatkan Kementerian Pertahanan dan berbilion ringgit ini Skandal LCS ini secara umum dan mudah dif...
Lives Dsai Isu Mou Ph Dan Kerajaan Gagal Ismail Sabri Wrlr Akan Menyiarkan Langsung

Lives Dsai Isu Mou Ph Dan Kerajaan Gagal Ismail Sabri Wrlr Akan Menyiarkan Langsung

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 225 hits
Saya akan membicarakan terkait fungsi dan kedudukan MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan serta beberapa isu penting yang lain Nantikan jam 8 30 malam ini
Penyokong Kerajaan Alih Isu Dr Maszlee Untuk Alih Isu Sebenar Perihal Banjir Balak Bentong

Penyokong Kerajaan Alih Isu Dr Maszlee Untuk Alih Isu Sebenar Perihal Banjir Balak Bentong

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 275 hits
BENTONG Agak menghairankan bila mana pemimpin portal dan cybertrooper kerajaan negeri lebih bernafsu untuk memainkan isu kenyataan Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik daripada isu sebenar perihal banjir balak di Bentong Mentakab ...
35 Bekas Hakim Saman Kerajaan Isu Kegagalan Kenaikan Pencen

35 Bekas Hakim Saman Kerajaan Isu Kegagalan Kenaikan Pencen

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 224 hits
Oleh Seluruh tumpuan terarah ke Mahkamah Rayuan Putrajaya pagi ini berhubung keputusan kes rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan sabitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd GAMBAR Abd Razak Aid SERAMAI 35 individu terdi...
Sharifah Sakinah Kahwin Senyap Sebab Isu Agama

Sharifah Sakinah Kahwin Senyap Sebab Isu Agama

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 185 hits
Sharifah Sakinah kahwin senyap sebab isu agama PELAKON Sharifah Sakinah mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan jejaka mat saleh berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen Berita itu diumumkan sendiri Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nu...
Isu Vaksin Covid 19 Lokman Mendakwa Beliau Masih Belum Terima Dokumen Saman Khairy

Isu Vaksin Covid 19 Lokman Mendakwa Beliau Masih Belum Terima Dokumen Saman Khairy

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 195 hits
KUALA LUMPUR Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berkata dia masih belum menerima sebarang dokumen berkaitan saman daripada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung isu program vaksinasi Covid 19 ker...
Kenyataan Balas Zafrul Hanya Untuk Menutup Masalah Sebenar Kenyataan Anwar Isu Genting Hong Kong

Kenyataan Balas Zafrul Hanya Untuk Menutup Masalah Sebenar Kenyataan Anwar Isu Genting Hong Kong

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 207 hits
Kenyataan balas Menteri Kewangan kepada soalan yang diajukan saya berkenaan pinjaman tanpa cagaran sebanyak RM2 5 bilion kepada Genting Hong Kong ternyata tersasar dari isu sebenar yang kini cukup memprihatinkan kepada seluruh rakyat Malays...
Hiburan Hal Agama Dan Isu Peribadi Sebab Tak Umum Dah Kahwin Tak Payah Tanya Lagi Sharifah Sakinah

Hiburan Hal Agama Dan Isu Peribadi Sebab Tak Umum Dah Kahwin Tak Payah Tanya Lagi Sharifah Sakinah

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 182 hits
Akhirnya terjawab berkenaan tentang status hubungan pelakon Sharifah Sakinah dan jejaka mat saleh bernama Michael Hansen rupa rupanya mereka sudah sah bergelar suami isteri Kata Sakinah atau nama sebenarnya ialah Sharifah Nurul Sakinah Syed...
Jangan Politikkan Isu Rasuah

Jangan Politikkan Isu Rasuah

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 188 hits
1 Saya merujuk kenyataan Tun Mahathir pada 4 Feb 2022 Beliau menyatakan keputusan Parti Pejuang sertai PRN Johor untuk pastikan kelompok perasuah tidak dapat kuasa 2 Saya dipenjarakan dibawah Akta Rahsia Rasmi semasa Tun Mahathir berkuasa s...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord