Kenyataan Balas Zafrul Hanya Untuk Menutup Masalah Sebenar Kenyataan Anwar Isu Genting Hong Kong


 
Kenyataan balas Menteri Kewangan kepada soalan yang diajukan saya berkenaan pinjaman tanpa cagaran sebanyak RM2.5 bilion kepada Genting Hong Kong (GHK) ternyata tersasar dari isu sebenar yang kini cukup memprihatinkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Zafrul menyatakan bahawa pinjaman tanpa cagaran itu adalah norma dan praktik biasa dalam sektor perbankan, dan bank-bank tidak akan dihadapkan dengan kerugian.
Lagak santai dan bersahaja beliau dalam memberi pencerahan tentang isu ini amat mengecewakan tatkala kita sedia maklum bahawa badan-badan atau tabung-tabung kewangan utama negara mempunyai pertalian pelaburan yang cukup besar di dalam bank-bank tempatan di negara ini.
Apabila bank-bank mengalami kerugian, kepentingan rakyat turut terkesan. Dalam isu pinjaman tanpa cagaran kepada GHK, kerugian yang ditanggung Maybank, CIMB dan RHB akan turut ‘ditanggung’ oleh rakyat Malaysia.
Malaysia telah lama berselirat dengan pelbagai skandal kewangan; dari skandal Bumiputera Finance hingga 1MDB di mana berbilion ringgit lesap dek kerana salahguna kuasa, rasuah dan ketiadaan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban oleh badan-badan bertanggungjawab.
Kebejatan secara sistemik ini tertonjol dengan nyata tatkala kedudukan kita menurut Indeks Persepsi Rasuah merudum teruk sejak dua tahun lalu. Dan ianya berlaku di bawah kemudi menterinya yang sekarang.
Saya setuju bukan kerja Menteri Kewangan untuk menyemak atau meneliti bagaimana bank-bank sepatutnya beroperasi.
Namun, Menteri Kewangan yang cekap pasti akan menonjolkan sikap dan nilai integriti yang tinggi dalam mengurus peruntukan dan dana, terutamanya di saat ini di mana jutaan rakyat Malaysia sedang berdepan dengan masalah pengangguran, keadaan ekonomi yang belum kukuh serta masalah kemiskinan.
Tidak kurang sebilangan rakyat yang menghadapi kesukaran untuk membayar balik pinjaman kerana dampak hentakan wabak COVID-19 ke atas ekonomi kita.
Masalah bankrupsi yang kini dihadapi oleh segelintir yang lain ternyata satu pukulan maut.
Kepada para tauke yang ada ‘cable’, masalah ini dianggap “tidak ada kerugian material”, dan sebaliknya boleh ditangani dengan sedikit pengstrukturan korporat.
Kepada ahli-ahli ekonomi, ia hanya “risiko moral”. Namun, rakyat Malaysia melihatnya sebagai satu bentuk ketidakadilan.
Zafrul adalah kepala Perbankan Pelaburan semasa di Maybank apabila urusan pinjaman kepada GHK dibuat. Dia kemudiannya berkhidmat di dalam badan eksekutif di CIMB semasa pinjaman kepada GHK diservis.
Dia telah menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan selama hampir dua tahun. Dia mempunyai kepakaran yang luas berhubung perjanjian itu, dan mempunyai masa yang cukup untuk melakukan pindaan yang mampu memastikan manfaat kepada pengguna-pengguna bank, tapi itu tidak berlaku.
Ringkasnya, hanya ada seorang yang mampu merundingkan perjanjian yang lebih baik kepada GHK bagi pihak rakyat Malaysia iaitu Menteri Kewangan sekarang. Ternyata beliau telah gagal.
ANWAR IBRAHIM
4 Februari 2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/kenyataan-balas-zafrul-hanya-untuk_5.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zafrul Dikatakan Ceo Cimb Yang Meluluskan Pinjaman Tanpa Cagaran Kepada Genting Hong Kong Sila Jawab

Zafrul Dikatakan Ceo Cimb Yang Meluluskan Pinjaman Tanpa Cagaran Kepada Genting Hong Kong Sila Jawab

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 242 hits
Kamukah Zafrul CEO CIMB yang luluskan pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong Zafrul kata bank boleh luluskan pinjaman tanpa cagaran Dan dia kata pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat Genting Hong Kong yang bankrap itu telah dibuat...
Kes Genting Hong Kong Menyusu Kera Di Hutan Anak Di Rumah Mati Kelaparan

Kes Genting Hong Kong Menyusu Kera Di Hutan Anak Di Rumah Mati Kelaparan

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 275 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE January 29 2022Menteri Kewangan diminta mengambil tanggungjawab dalam menyelesaikan tragedi kewangan ekoran kebangkrapan syarikat cruise perjudian Genting Hong Kong Tan Sri Tengku Zafrul Abdul Aziz diminta memikirkan ...
Perjelas Kenapa Genting Hk Diberi Pinjaman Tanpa Jaminan Anwar Beritahu Tengku Zafrul

Perjelas Kenapa Genting Hk Diberi Pinjaman Tanpa Jaminan Anwar Beritahu Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 272 hits
January 27 2022 6 52 PMKetua Pembangkang Anwar Ibrahim mendesak Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz segera menjawab persoalan mengapa bank dibenarkan memberi pinjaman tanpa jaminan kepada Genting Hong Kong PETALING JAYA Pembangkang me...
Kisah Genting Hong Kong Ada Persamaan Dengan Bbmb Hong Kong

Kisah Genting Hong Kong Ada Persamaan Dengan Bbmb Hong Kong

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 200 hits
Bila saya baca chronology kes Genting Hongkong Teringat satu real story kes pembunuhan yang diceritakan oleh client Public Mutual saya Time tahun pertama saya jadi unit trust consultant lebih 15 tahun dulu Masa ni client saya ni kira rakan ...
Zafrul Masa Mana Anwar Jadi Menteri Kewangan Bagi Pinjam Pada Genting Masa Kau Jadi Menteri Kan Atau Kau Buat Pekak

Zafrul Masa Mana Anwar Jadi Menteri Kewangan Bagi Pinjam Pada Genting Masa Kau Jadi Menteri Kan Atau Kau Buat Pekak

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 215 hits
Sudah tentulah DSAI selaku ketua pembangkang mempersoalkan mengapa pinjaman yang diberi itu tanpa sebarang jaminan atau cagaran Sewenangnya RM2 51b diberi pinjam itu duit pelabur dan pelaburnya adalah pemegang amanah rakyat Apakah Zafrul ma...
Kapal Genting Hong Kong Kena Rampas

Kapal Genting Hong Kong Kena Rampas

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 197 hits
Kapal Genting Hong Kong kena rampas HONG KONG Dua kapal Crystal Cruises yang beroperasi di bawah unit Genting Hong Kong Ltd dirampas di Bahamas selepas pembekal bahan api memohon penahanannya ekoran bil tertunggak tidak berbayar berjumlah A...
Genting Hong Kong Bankrap Apa Nasib Kwsp

Genting Hong Kong Bankrap Apa Nasib Kwsp

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 598 hits
Kecoh dalam media sosial apabila syarikat kapal persiaran perjudian memfailkan kebankrapan apabila tidak mampu lagi untuk membayar hutang kononnya akibat pendemik covid 19 Ini diikuti pula dengan desakan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Men...
Persoalan Pengisytiharan Muflis Genting Hong Kong

Persoalan Pengisytiharan Muflis Genting Hong Kong

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 288 hits
Pengisytiharan muflis oleh syarikat perjudian Genting Hong Kong turut mengheret tiga bank Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kerajaan CIMB Bank Maybank dan RHB Bank yang dilaporkan meminjamkan RM2 51 bilion kepada Genting Hong Kong Sebel...
Tycoon Lim Quits As Genting Hong Kong Chairman Ceo

Tycoon Lim Quits As Genting Hong Kong Chairman Ceo

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 264 hits
Lim Kok Thay owns 76 of Genting Hong Kong HIONG KONG Genting Hong Kong chairman and chief executive officer Lim Kok Thay has resigned days after the company filed to wind up its business in one of the biggest stumbles by a cruise operator s...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm