Skandal Kewangan Perbicaraan Najib Bakal Bermula Selasa



KUALA LUMPUR: Najib Razak akan mula dibicarakan minggu ini berhubung skandal kewangan luar biasa yang mengakibatkan tumbangnya pemerintahan berusia lebih 60 tahun pimpinan beliau, dan gemanya kedengaran ke seluruh dunia.

Bekas perdana menteri itu berserta “kroni” beliau dituduh mencuri wang berjumlah AS$4.5 bilion daripada dana pelaburan kerajaan, 1MDB dalam satu penipuan besar-besaran yang merentas dari Switzerland hinga ke kepulauan Seychelles.

Wang terbabit didakwa digunakan untuk mendanai pembelian mewah global – sebuah kapal layar mewah berharga AS$250 juta, hartanah mewah, lukisan Monet dan Van Gogh – merupakan antara item yang dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada pembayar cukai.

Skandal tersebut turut melibatkan selebriti, dengan individu yang didakwa sebagai perancang utamanya dilihat berparti dengan Leonardo DiCaprio dan Paris Hilton.

Dalam pada itu, kerajaan baru Malaysia menuduh bank gergasi Wall Street, Goldman Sachs, mencuri wang berjumlah berbilion ringgit sewaktu bekerja dengan 1MDB.

Kejengkelan awam terhadap skandal tersebut memainkan peranan utama dalam kekalahan pilihan raya Najib – yang menubuhkan dana tersebut – dan gabungan politik pimpinan beliau yang memerintah Malaysian tanpa-henti sejak kemerdekaan daripada British pada 1957.

Sejak kekalahan mengejutnya dalam pilihan raya umum 9 Mei tahun lepas, pemimpin berusia 65 tahun itu telah ditangkap dan didakwa dengan 42 pertuduhan berkait skandal tersebut. Beliau berkali-kali menafikan sebarang salah laku.

Jauh daripada berdiam diri, bekas pemimpin aristokratik itu melancarkan satu kempen publisiti bertujuan mewajahkan dirinya sebagai pemimpin rakyat dan kerap melemparkan sindiran tajam terhadap kerajaan baru.

Perbicaraan minggu ini, bermula Selasa depan, tertumpu kepada pertuduhan bahawa wang berjumlah RM42 juta (AS$10.3 juta) dipindahkan dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, ke akaun bank peribadi milik Najib.

Kes tersebut melibatkan 3 pertuduhan pengubahan wang, 3 pecah amanah jenayah – apabila seseorang dituduh secara tidak amanah menggunakan sesuatu yang diamanahkan kepadanya – dan 1 pertuduhan salah guna kuasa. Najib mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Lebih banyak pertuduhan

Selasa adalah salah satu daripada beberapa perbicaraan yang bakal dilalui Najib dalam isu 1MDB dan melibatkan sebahagian daripada semua wang yang dikatakan dicuri daripada dana kerajaan itu, serta wang berjumlah AS$681 juta yang didakwa sudah berada dalam akaun peribadi beliau.

Bagaimanapun permulaan bagi perbicaraan pertama tetap dilihat sebagai detik penting dan berkemungkinan meredakan tekanan ke atas kerajaan baru susulan kritikan bahawa ia lambat bertindak berhubung kes 1MDB.

“Ia adalah detik penting, walaupun sedikit terlewat,” kata Cynthia Gabriel, yang merupakan anggota sebuah jawatankuasa kerajaan yang ditubuhkan bagi menyiasat skandal berkenaan.

“Sangat kritikal bagi kerajaan baru untuk menangani dan menyelesaikan skandal terdahulu,” tambah Cynthia, yang mengetuai sebuah pertubuhan bukan-kerajaan bagi memerangi rasuah dan kronisme, C4.

Najib dan pasukan peguam beliau menyifatkan kes terhadapnya sebagai perbuatan membalas dendam kerajaan baru yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad – bekas mentor yang kini menjadi musuh Najib.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ketua pasukan peguam Najib, melabelkan perbicaraan akan datang itu sebagai “berbau politik”.

“Jika anda berikan saya hakim yang telus, sistem kehakiman yang telus dan saksi diberikan kebebasan serta tidak dilatih, saya akan menang kes ini,” katanya kepada AFP.

Tarikh perbicaraan ditetapkan sehingga hujung Mac. Pihak pendakwa dijangka memanggil beberapa puluh orang saksi.

Dalam beberapa minggu terakhir ini, Najib muncul sebagai satu fenomena sosial yang tidak dijangka. Beliau mendapat sejumlah besar pengikut atas talian dengan menyerang dasar kerajaan baru dan memuat naik gambar lawatannya ke rumah rakyat di mana beliau bercakap dengan mereka tentang masalah ekonomi.

Dalam satu episod paling menakjubkan, Najib memuat naik klip video beliau menyanyikan versi Melayu lagu hit 1970-an, Kiss and Say Goodbye, dengan diiringi penyanyi latar. Melaluinya beliau menuduh kerajaan baru mempunyai agenda “balas dendam dan fitnah”.

Ia merupakan satu pusing balik luar biasa bagi individu yang dilihat kehilangan sentuhan dengan rakyat biasa semasa menjadi perdana menteri selama 9 tahun.

Bridget Welsh, seorang penyelidik mengenai Malaysia di Universiti John Cabot berkata, “imej baru itu direkayasa dan tidak berkait dengan imej semasa beliau berkuasa.”

“Saya percaya, perbicaraan (yang bakal berjalan) akan merosakkan kedudukan Najib,” katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/02/skandal-kewangan-perbicaraan-najib.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbicaraan Kes Src Bermula Selasa Najib Berhadapan Berpuluh Puluh Tuduhan Ubah Wang Haram

Perbicaraan Kes Src Bermula Selasa Najib Berhadapan Berpuluh Puluh Tuduhan Ubah Wang Haram

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR 10 Feb Pada Selasa seperti yang ditetapkan sebelum ini Mahkamah Tinggi di sini dijangka memulakan pendengaran kes yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak perdana menteri Malaysia pertama yang berhadapan dengan berpuluh puluh tud...
Perbicaraan Pertama Najib Berkait 1mdb Tidak Jadi Esok

Perbicaraan Pertama Najib Berkait 1mdb Tidak Jadi Esok

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 276 hits
Diterbitkan 1 jam yang lalu pada 11 February 2019Oleh Ida LimDatuk Seri Najib Razak dijadual menghadapi perbicaraan pertama berkait 1MDB esok Foto oleh Mukhriz HazimPUTRAJAYA 11 Feb Datuk Seri Najib Razak berjaya menunda perbicaraan berkait...
Tangguh Perbicaraan Permohonan Najib Dapat Kebenaran Mahkamah

Tangguh Perbicaraan Permohonan Najib Dapat Kebenaran Mahkamah

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 243 hits
Foto oleh BernamaPUTRAJAYA Perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas tujuh tuduhan berhubung dana SRC International Sdn Bhd tidak akan bermula esok Ini berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayu...
Najib Bakal Dipenjara

Najib Bakal Dipenjara

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 410 hits
Najib Bakal Dipenjara Tiga lagi dakwaan baru ke atas Najib Razak semalam adalah sebagai menghukumnya susulan kemenangan BN di Cameron Highlands dakwa seorang pembantu bekas perdana menteri itu Bercakap dengan syarat namanya tidak didedahkan...
Sprm Bakal Siasat Najib Pula Jika Sahih Kes Rm90 Juta Dana 1mdb Untuk Pas

Sprm Bakal Siasat Najib Pula Jika Sahih Kes Rm90 Juta Dana 1mdb Untuk Pas

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 305 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil Datuk Seri Najib Razak jika asas Umno memberi wang RM90 juta kepada musuh lamanya PAS Namun ketua pesuruhjayanya berkata SPRM buat masa sekarang masih tidak pasti sama ada bekas perdana ...
Perbicaraan Kes Src Najib Ditangguh

Perbicaraan Kes Src Najib Ditangguh

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 268 hits
Feb 11 2019 0 Comments PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan kes pecah amanah menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dihadapinya yang dija
Paypal Malaysia Bakal Ditutup Bermula April 2019 Semua Kakitangan Terkesan

Paypal Malaysia Bakal Ditutup Bermula April 2019 Semua Kakitangan Terkesan

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 728 hits
Hari ini kami digemparkan dengan berita bahawa Paypal syarikat pembayaran atas talian yang cukup terkenal bakal menutup pejabat Malaysia mereka dan akan memulakan proses VSS bermula bulan April 2019 sehingga Ogos 2019 kelak
Xiaomi Bakal Memperkenalkan Xiaomi 9 Pada 20 Februari Rekaan Belakang Diperlihatkan

Xiaomi Bakal Memperkenalkan Xiaomi 9 Pada 20 Februari Rekaan Belakang Diperlihatkan

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 264 hits
Xiaomi mempunyai beberapa penawaran keluarga peranti dan peranti mercu mereka sering hadir dibawah nama Mi Pada tahun ini ia dilihat Xiaomi akan memanggil telefon mercu mereka sebagai Xiaomi 9 dan kini menjadualkan tarikh 20 Februari untuk ...
Stephen Chow Sahkan Kung Fu Hustle 2 Kini Bakal Menjalani Pengggambaran

Stephen Chow Sahkan Kung Fu Hustle 2 Kini Bakal Menjalani Pengggambaran

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 358 hits
Stephen Chow pengarah filem komedi The New King of Comedy yang ditayangkan sempena Tahun Baru Cina 2019 mengesahkan bahawa filem sekuel kepada filem kung fu komedi Kung Fu Hustle 2 bakal menjadi realiti Perkara ini disahkan oleh Stephen Cho...
Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

Tip Mudah Santan Berketul Jadi Elok Semula Letak Sehelai Daun Ini Saja

Maggi Goreng

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Sub Varian Sars Cov 2 Xec 4 November 2024 Africa Cdc

Kkr Aktifkan Bilik Gerakan Bencana Hadapi Monsun Timur Laut

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Cinta Itu Indah Tetapi Duit Lebih Berkuasa

Pencipta Squid Game Hwang Dong Hyuk Sahkan Musim 3 Sebagai Penutup Kisah Gi Hun

Sedapnya Kopi Kering Beku Kapsul Dari Zus Coffee