Skandal Kehakiman Cemar Imej Anwar



(MK) – Kebocoran minit mesyuarat JAC yang didakwa berlaku baru-baru ini menjejaskan imej reformis Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menurut seorang pemerhati politik.
Pensyarah Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Syaza Shukri memberitahu Malaysiakini perkembangan terbaru mengenai dakwaan skandal kehakiman ini bercanggah dengan janji Anwar untuk mengekalkan pemisahan kuasa.
“Tetapi kita lihat di sini Anwar melalui orang-orangnya mungkin melakukan tindakan untuk kepentingan dirinya, yang mana sama sahaja dengan amalan terdahulu.
“Satu-satunya cara untuk mengatasi ini, dengan menyelesaikan kekosongan jawatan secepat mungkin dan menghormati keputusan JAC.
“Tetapi sekarang JAC tidak mempunyai cukup ahli dan dengan undi pemutus, ia mungkin memihak kepada (hakim yang terlibat), yang akan tetap memberi gambaran buruk kepada Anwar.
“Jadi saya sendiri tidak pasti apa keputusan terbaik ketika ini. Tetapi mereka perlu selesaikan segera,” katanya.
Dokumen yang dibocorkan di media sosial itu dikatakan mengandungi dakwaan yang mirip kepada laporan polis yang dibocorkan sebelum ini dan dibuat pada bulan Jun bagi pihak seorang hakim kanan.
Laporan polis tersebut dibuat selepas Malaysiakini menghubungi hakim berkenaan pada 12 Jun untuk mendapatkan komen berhubung dakwaan dia telah campur tangan dalam proses kehakiman semasa mesyuarat JAC pada bulan Mei.
Dakwaan terhadap hakim kanan itu serta kebimbangan mengenai campur tangan dalam pelantikan hakim selepas persaraan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat telah mencetuskan perbahasan umum.
Sebaliknya, ahli-ahli parlimen pembangkang menggesa Anwar supaya bercuti sementara daripada jawatan perdana menteri.
Pun begitu, Syaza menyatakan keraguannya mengenai keperluan Anwar untuk berundur kerana isu ini.
“Saya tidak fikir Anwar perlu meletak jawatan kerana kebanyakan rakyat, secara jujur, tidak begitu ambil peduli tentang isu ini.
“Ini adalah perkara yang membimbangkan mereka yang tahu, tetapi tidak bagi golongan majoriti. Rakyat lebih ambil peduli tentang isu-isu kelangsungan hidup,” katanya.
Katanya pengkritik paling lantang terhadap Anwar dalam isu ini merupakan para penyokongnya sendiri maka perdana menteri itu perlu menyelesaikan hal tersebut untuk terus meraih sokongan mereka.
Jika Anwar memilih untuk menawan hati pihak yang bukan penyokongnya, ia akan menjadi satu bentuk “bunuh diri politik,” katanya.
Anwar sebelum ini menafikan dakwaan dia campur tangan dalam keputusan kehakiman.
Selepas kebocoran berlaku, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mendedahkan perdana menteri akan bertemu dengan ahli-ahli parlimen PH.
‘Nasihat ketua hakim negara, bukan PM’
Peguam Nizam Bashir pula memberitahu Malaysiakini bahawa kerajaan perlu melaksanakan reformasi bagi memastikan kebebasan kehakiman sekiranya mahu mengembalikan kepercayaan awam.
“Ini termasuklah memperkenalkan pelaporan awam terhadap cadangan JAC dan alasan bagi sebarang penyimpangan daripadanya, serta memperkukuh komposisi dan jaminan tempoh lantikan ahli JAC bagi mengurangkan persepsi pengaruh eksekutif,” katanya.
Menurutnya kes-kes mahkamah yang melibatkan individu politik menonjolkan kepentingan kebebasan kehakiman untuk mengelakkan tanggapan bahawa eksekutif perlu campur tangan dalam proses pelantikan.
Pada Sabtu (12 Julai), beberapa peguam menggesa kerajaan untuk meminda Akta JAC dan Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang cabang eksekutif daripada menjejaskan kebebasan kehakiman.
Tahun lalu, Profesor Undang-undang Universiti Malaya, Shad Saleem Faruqi turut mencadangkan supaya kuasa perdana menteri dalam pelantikan hakim dihadkan.
Dia mencadangkan agar ketua hakim negara menjadi individu yang menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan hakim, bukannya perdana menteri.
Hari ini, Badan Peguam Malaysia akan mengadakan perarakan demi mempertahankan kebebasan kehakiman di Putrajaya.
Badan Peguam berhasrat menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri yang menuntut supaya kerajaan mengambil langkah berikut: mengisi kekosongan jawatan kehakiman tertinggi, mendedahkan minit mesyuarat JAC baru-baru ini, menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat dakwaan campur tangan kehakiman, dan menangani isu kekosongan jawatan kehakiman secara menyeluruh.
Sumber : MalaysiaKini
 
The post ‘Skandal kehakiman’ cemar imej Anwar appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2025/07/14/skandal-kehakiman-cemar-imej-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Mp Pkr Gesa Rci Isu Kehakiman Bimbang Skandal Vk Lingam Berulang Alyaa Alhadjri

9 Mp Pkr Gesa Rci Isu Kehakiman Bimbang Skandal Vk Lingam Berulang Alyaa Alhadjri

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 150 hits
Sekumpulan ahli parlimen PKR diketuai bekas timbalan presiden parti itu Rafizi Ramli bimbang skandal pelantikan kehakiman terbaru akan menyerupai skandal VK Lingam Justeru mereka menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja dibentuk untuk menyiasat...
Anwar Backs Malaysian Bar S Right To March For Judicial Independence But Urges Respect For Constitution

Anwar Backs Malaysian Bar S Right To March For Judicial Independence But Urges Respect For Constitution

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 157 hits
Anwar backs Malaysian Bar s right to march for judicial independence but urges respect for constitution KUALA LUMPUR July 11 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said there was no issue with the Malaysian Bar planning a march for judicia...
Wanita Pkr Sokong Pertahankan Pm Anwar

Wanita Pkr Sokong Pertahankan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 116 hits
Kami berhimpun berdiri teguh menyatakan sokongan terhadap YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Kami menolak politik fitnah dan provokasi yang cuba dimainkan pembangkang Mereka berhimpun untuk Turun Anwar tetapi rakyat tidak ...
Berkait Rafizi Lagi Anwar Jangan Ambil Hati

Berkait Rafizi Lagi Anwar Jangan Ambil Hati

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 157 hits
Hishamuddin AunRafizi Ramli ingatkan setiap kali Badan Peguam berarak kerajaan yang ada akan jatuh jika ia tidak tangani keadaan dengan baik Sambil mempertahankan dirinya sebagai jurucakap kepada rakyat Rafizi Ramli berasakan ia tanggungjaw...
Nazri Clarifies Cj Tenure Remarks Personal Views Not Anwar S Decision

Nazri Clarifies Cj Tenure Remarks Personal Views Not Anwar S Decision

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 152 hits
Former law minister Nazri Abdul Aziz has clarified that his remarks regarding the non extension of former chief justice Tengku Maimun Tuan Mat s tenure should not be construed as reflective of Prime Minister Anwar Ibrahim s decision ADSHe s...
Anwar Says Met With Bn Mps To Clarify Current Issues

Anwar Says Met With Bn Mps To Clarify Current Issues

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 151 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim s meeting with Barisan Nasional MPs last night was to discuss government policies and clarify current issues said BN secretary general Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir He said such meetings are held r...
Anwar S End Is Near Ratu Naga S Post Ignites Uproar

Anwar S End Is Near Ratu Naga S Post Ignites Uproar

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 170 hits
A SINGLE line from Ratu Naga The moment you ve been waiting for has arrived Papanon Your time has come has sent shockwaves through the anti Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim camp across global platforms The message was directed at Anw...
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery

Jurutera Rugi Hampir Suku Juta Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Usno Chief Switches To Support Grs Ph Alliance

Buasir Otak Tv Buah Apa Boleh Kunci Pagar Be Like

Blog Ini Adalah Luahanku

Teknik Penternakan Ikan Bioflok Di Malaysia

Sydney Masai Mara Ke Kejohanan Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kena Puji Kolesterol Normal Di Usia 40an

Empat Hari Riuh Rendah Dengan Rania

Kisah Stoking Sekolah

Rmk13 Dewan Rakyat Kecoh Lepas Peristiwa 13 Mei Dibangkit Ketika Bahas

Reward Whistleblowers In Civil Service Says Deputy Speaker

Lake Neuron Inside The World S Largest Underground Thermal Lake Discovered Beneath Albania