Sk Sayong Pinang Lawatan Kunjung Bantu
SK Sayong Pinang : Lawatan Kunjung Bantu. Lama kan tak nulis. Dalam dropbox ada lagi 600++ foto dari cuti raya cina hanging. Hahaha. K. Masuk pasal lawatan ni dulu. Lawatan ni dibuat selepas kami buat pengumpulan data sehari sebelum. Masa duduk semak sama dengan SIP dapat nampak beberapa yang kami perlukan kepastian. Dah jadi lawatan serampang dua matalah kiranya. Satunya untuk tengok inisiatif sekolah dalam kemenjadian murid dan yang keduanya untuk tengok data berdasarkan dokumen rasmi dan lawatan tapak. Maka. Sampailah kami kat sini pada 4 Februari yang lepas.
Kami disambut oleh En. Azmi, Guru Besar sendiri. Actually ada acara sukan so, ramai guru yang tiada di sekolah dan pakaian rasmi hari ni ofcoz la pakaian sukan. Kami meronda dulu sekeliling sekolah. Tengok infra. Pendedahan pada Mus juga ni. Nampak juga la inisiatif sekolah untuk murid seperti kit penjagaan diri dan bangku untuk murid duduk semasa perhimpunan. Paling menarik adalah ruangan haiwan kesayangan kat hujung sekolah, laluan pulang murid. Tenang weh layan arnab-arnab ni.
Selesai urusan data kami sambung pula dengan kemenjadian prasekolah. Hebat. Banyak yang kami bincangkan terutama persediaan sekolah untuk pameran kelak. Dapat kejutan jap masa ke kantin. Chicken Chop. Perghhh! Lain daripada yang lain. On the way back sempat singgah Kempas ziarah pegawai kami. Leh tahan hari ni.
the school
bersama tuan guru besar
alat penjagaan diri dan bangku duduk perhimpunan
port ketenangan
selesai urusan data
yok ke prasekolah
jumpa gajah kecik
we all
pergghhhh
inas lagi
terasa cam kat SP jaman dedulu la pulak
singgah jap
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #Fujifilm #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mknaceunlimited.blogspot.com/2020/02/sk-sayong-pinang-lawatan-kunjung-bantu.html