Perkuatkan Sistem Imun Badan Dengan Makanan Ini Bantu Cegah Coronavirus


Mencuci tangan merupakan antara kaedah yang disarankan bagi menghindari jangkitan coronavirus. Tetapi, percaya tak kalau kami katakan pengambilan nutrien yang mencukupi juga membantu dalam pencegahan virus dari Wuhan ini?
Bolehkah cegah jangkitan coronavirus melalui pemakanan?
Setiap makanan yang diambil mempunyai kandungan nutrien dengan manfaat kesihatan tersendiri. Malahan terdapat juga nutrien yang berperanan membantu badan melawan virus, termasuklah jangkitan coronavirus ini.

Komponen sistem pertahanan badan terdiri daripada pelbagai sel, protein, tisu dan organ. Setiap komponen ini akan bekerjasama melawan patogen (kuman) yang memasuki badan, sama ada dalam bentuk bakteria, parasit atau virus seperti novel coronavirus (2019-nCoV).
Sistem pertahanan ini berfungsi melawan jangkitan coronavirus dengan membentuk antibodi. Antibodi merupakan protein khas yang berupaya mengikat protein pada patogen, kemudiannya antibodi ini membunuh patogen supaya badan sembuh daripada sebarang penyakit.
Penjagaan pemakanan dengan mengambil nutrien yang sesuai pastinya akan dapat menguatkan fungsi sistem imun badan. Keadaan ini sekali gus menjadikannya dapat melawan virus korona dengan lebih efektif.
Mempunyai sistem imun yang kuat bermakna setiap komponen di dalamnya juga dapat membentuk antibodi yang sama kuat. Antibodi inilah yang akan membunuh virus korona yang memasuki badan dan menghalang daripada menyebabkan munculnya penyakit yang tidak diingini.
Apakah nutrien yang perlu diambil?
Nutrien yang diperlukan untuk menghalang jangkitan coronavirus adalah sama dengan nutrien yang berperanan untuk mencegah virus penyebab selesema.
Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obesity & Weight Loss Therapy, berikut adalah antara nutrien yang diperlukan oleh badan anda:
Karbohidrat
Ia sumber tenaga kepada sel sistem pertahanan badan. Karbohidrat yang anda makan akan berubah menjadi tenaga dalam proses glikolisis. Proses ini juga menyokong penghasilan sel-sel limfosit.
Apa itu limfosit? Limfosit adalah sel yang berfungsi untuk mengenali protein pada permukaan patogen, membentuk antibodi dan membunuh patogen punca kerosakan pada tisu badan. Sekiranya badan anda terdedah kepada virus korona, sel-sel inilah yang akan bertindak terlebih dahulu.
Protein dan asid amino
Nutrien paling penting untuk melawan virus korona pastinya protein kerana ia merupakan bahan paling penting dalam penghasilan sel imun. Kekurangan protein akan meningkatkan risiko dijangkiti penyakit.
Selain protein, sistem imun juga memerlukan asid amino dalam bentuk arginine dan glutamin. Asid amino adalah sebatian kecil yang membentuk protein. Kedua-dua sebatian ini diperlukan dalam pembentukan limfosit.
Vitamin dan mineral
Kedua-duanya adalah nutrien yang perlu ada dalam melawan jangkitan virus korona. Vitamin berperanan menjaga sel-sel imun agar dapat berfungsi dengan baik. Jenis vitamin yang diperlukan adalah vitamin A, C, E dan B kompleks.
Proses pembentukan sistem imun yang kuat juga memerlukan mineral seperti selenium, zink dan zat besi. Selenium berfungsi mengekalkan kekuatan sel dan menghalang kerosakan DNA, zink akan mewujudkan tindak balas imun badan dan zat besi membantu penyerapan vitamin C.
Antioksidan
Antioksidan memiliki peranan dalam melawan radikal bebas dan melindungi sel imun daripada kerosakan. Ia sekali gus membantu sistem imun untuk berfungsi secara optimum dan membantu mencegah jangkitan virus 2019-nCoV.
Antioksidan boleh diperolehi dalam bentuk vitamin C, D, E dan beta-karoten, iaitu bahan mentah vitamin A. Selain vitamin, antioksidan juga terdapat dalam sebatian flavanoid dan lycopene pada sayuran dan buah-buahan.
Jenis makanan
Hakikatnya, tidak ada satu jenis makanan yang dapat menghalang penularan jangkitan novel coronavirus ini.
Tetapi pengambilan beberapa jenis makanan dan minuman tertentu, sekurang-kurangnya dapat membantu menguatkan sistem imun badan dan melindungi daripada risiko jangkitan.
Buah sitrus
Merupakan sumber vitamin C yang baik. Vitamin C dapat meningkatkan penghasilan sel darah putih yang berperanan melawan jangkitan virus. Antara buah yang popular sebagai sumber vitamin C adalah:
-Oren
-Limau tangerine
-Limau gedang (grapefruit)
-Lemon
-Limau purut
-Brokoli
Sangat berpotensi dalam mencegah jangkitan virus korona. Brokoli adalah sayur yang kaya dengan nutrien penting sistem imun, seperti serat, antioksidan dan vitamin A, C serta E.
Bayam
Bayam mengandungi vitamin C, flavanoid dan beta karoten yang dapat membantu melawan jangkitan virus.
Ketiga-tiga nutrien itu dapat memperkuatkan sistem imun melalui penghasilan sel darah putih yang banyak. Cara terbaik mengekalkan manfaatnya adalah dengan tidak memasak terlalu lama.
Beri biru
Buah ini kaya dengan antioksidan flavanoid yang dikenali sebagai antosianin. Banyak kajian menunjukkan bahawa sebatian ini dapat mengurangkan risiko jangkitan pada saluran pernafasan.

Bawang putih
Merupakan antara ramuan yang sering diguna untuk merawat selesema. Ia mengandungi sebatian allicin yang dikatakan cukup berkesan dalam mencegah jangkitan, khususnya pada saluran pernafasan.
Teh hijau
Minuman ini juga mempunyai nutrien yang dapat mencegah penyebaran jangkitan virus korona. Ia mengandungi antioksidan yang dipanggil epigallocatechin gallate (EGCG), sejenis kompaun yang dapat menguatkan sel-T dalam sistem imun badan.
Yogurt dan susu
Kedua-duanya mengandungi bakteria baik dipanggil probiotik. Probiotik berfungsi membantu sistem pencernaan, merangsang sistem imun dan menjadikannya kebal terhadap sebarang jangkitan.
Lada benggala merah
Merupakan antara makanan tinggi kandungan nutrien yang dapat menghalang jangkitan virus korona. Ia mengandungi dua kali lebih banyak vitamin C berbanding buah sitrus. Selain dapat menguatkan sistem imun, lada benggala merah juga membantu menjadikan anda lebih sihat.
Konklusinya
Seperti yang dikatakan tadi, sebenarnya tiada makanan yang dapat menghalang jangkitan virus korona ini secara langsung. Namun, melalui pengambilan makanan yang kaya dengan kandungan nutrien baik, sedikit sebanyak ia dapat membantu memperkuatkan sistem imun badan anda.
Keadaan ini sudah tentu dapat mengurangkan risiko jangkitan coronavirus kepada anda. Walau bagaimanapun, aspek penjagaan kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan serta pemakaian topeng muka tetap tidak boleh diabaikan.
Jika boleh, hindarilah daripada pergi ke kawasan tumpuan ramai kerana di tempat seperti itu akan lebih mendedahkan diri anda kepada jangkitan virus.
Sumber: Hello Health
The post Perkuatkan Sistem Imun Badan Dengan Makanan Ini, Bantu Cegah Coronavirus appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/perkuatkan-sistem-imun-badan-dengan-makanan-ini-bantu-cegah-coronavirus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Macam Makanan Peningkat Sistem Imun Tubuh Cegah Virus Corona

9 Macam Makanan Peningkat Sistem Imun Tubuh Cegah Virus Corona

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 316 hits
Kabar yang beredar menganjurkan kita untuk memperbanyak makanan bergizi salah satunya yang dipercaya mampu meningkatkan imun atau sistem kekebalan tubuh Meskipun penelitian belum selesai setidaknya kita bisa mulai mencegah sejak awal dengan...
Awas Virus Berbahaya Ini Cara Kuatkan Sistem Imun Badan

Awas Virus Berbahaya Ini Cara Kuatkan Sistem Imun Badan

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 1273 hits
Imuniti badan anda kuat atau lemah Adakah anda selalu kena demam selsema lambat sembuh dari penyakit Ini tanda sistem imuniti anda agak lemah untuk melawan penyakit Virus yang menyerang zaman sekarang semua pelik pelik dan ubat untuk merawa...
Kanak Kanak Memang Mudah Kena Sakit Doktor Cadang Beberapa Jenis Makanan Bantu Tingkatkan Daya Tahan Badan Si Kecil

Kanak Kanak Memang Mudah Kena Sakit Doktor Cadang Beberapa Jenis Makanan Bantu Tingkatkan Daya Tahan Badan Si Kecil

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 533 hits
Dengan penularan pelbagai jenis penyakit yang melanda negara dan juga seluruh dunia baru baru ini pastinya merisaukan ibu ayah terutamanya yang mempunyai anak anak yang masih kecil selain mengambil langkah langkah pencegahan seperti yang di...
Pengidap Penyakit Asthma Mesti Elak 7 Makanan Dan Minuman Untuk Cegah

Pengidap Penyakit Asthma Mesti Elak 7 Makanan Dan Minuman Untuk Cegah

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 608 hits
Pengidap Penyakit Asthma Mesti Elak 7 Makanan dan Minuman Untuk Cegah Asma atau lelah adalah penyakit berkaitan saluran pernafasan yang digolongkan sebagai alahan seperti resdung dan masalah kulit Namun masih ramai menyamakan asma dengan se...
5 Makanan Sehat Yang Bisa Bantu Redakan Konstipasi

5 Makanan Sehat Yang Bisa Bantu Redakan Konstipasi

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 268 hits
Konstipasi atau sering disebut sembelit adalah kondisi yang membuat kita kesulitan untuk mengeluarkan tinja Hal ini bisa membuat tinja menjadi keras dan kering sehingga kadang muncul rasa sakit di perut serta kembung
Apa Itu Coronavirus Simptom Dan Tanda Gejala Cara Cegah

Apa Itu Coronavirus Simptom Dan Tanda Gejala Cara Cegah

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 3596 hits
Apa itu Coronavirus Simptom dan Tanda Gejala Cara CegahApa itu Coronavirus Simptom dan Tanda Gejala Cara Cegah Wabak Novel Coronavirus mula menjangkiti manusia dan ia dilaporkan bermula di Wuhan China Apa itu Coronavirus Koronavirus Coronav...
Resepi Homemade Jus Sayur Dan Herba Untuk Bantu Cegah Kanser

Resepi Homemade Jus Sayur Dan Herba Untuk Bantu Cegah Kanser

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 382 hits
Resepi Homemade Jus Sayur dan Herba Untuk Bantu Cegah Kanser Resepi Homemade Jus Sayur dan Herba Untuk Bantu Cegah Kanser Tingkatkan sistem imunisasi tubuh dengan bahan organik segar dan semulajadi yang ada kat dapur Perkongsian Master Fird...
Coronavirus Rakyat Singapura Buat Pembelian Panik Simpan Stok Makanan Barang Keperluan

Coronavirus Rakyat Singapura Buat Pembelian Panik Simpan Stok Makanan Barang Keperluan

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 665 hits
Penduduk Singapura mula melakukan pembelian panik dan mengosongkan rak di pasar raya utama selepas kerajaan menaikkan tahap amaran susulan penularan novel coronavirus Pengumuman itu menyebabkan 5 7 juta penduduk negara ini kebanyakannya mem...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo