Situasi Panik Covid19 800 Alat Pernafasan Sudah Order Nurse Kontrak Ditambah


Di Itali dilaporkan doktor perlu memutuskan siapa yang dapat menggunakan alat bantuan pernafasan - mesin sokongan oksigen - berdasarkan peluang pesakit untuk terus hidup

Ini kerana hospital di negara itu sesak dengan kenaikan mendadak jumlah kes Covid-19

Laporan itu menyorot kepentingan "mendatarkan kenaikan graf (jangkitan)" dengan memastikan jumlah kes baru Covid-19 tidak bertambah terlalu pantas sehinggakan hospital tidak dapat mengendalikannya

Ia juga menekankan keperluan untuk menyediakan peralatan perubatan mencukupi kerana wabak itu boleh memburuk dengan cepat

Justeru itu, tidak menghairankan jika perhatian kini bertumpu terhadap kesiapsiagaan Malaysia dalam menangani peningkatan mendadak kes pesakit Covid-19

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba (gambar, atas, tengah) hari ini ditanya pemberita mengenai jumlah alat bantuan pernafasan untuk pesakit Covid-19 di hospital Malaysia

Jawabnya, sebanyak 926 unit ventilator disediakan bagi tujuan itu

“152 daripada (pesakit Covid-19) tidak perlukan sokongan, bermakna tiada keperluan untuk intubasi, maka ada 142 ventilator yang dibawa. Hospital swasta mempunyai 450 unit," katanya

Sementara itu, Adham berkata negara sudah melepasi tahap pembendungan akhir dan kini sedang berada dalam fasa mitigasi yang menumpukan kepada rawatan pesakit

Malaysia sedang berusaha untuk menggandakan jumlah ventilator secepatnya, jelas menteri kesihatan lagi

“Kita dah pesan 800 unit ventilator dengan segera,” katanya

Setelah dihantar, kata Adham akan menjadikan jumlah keseluruhan alat pernafasan sebanyak 1,726 unit.
Di Itali, Covid-19 telah meragut 29 nyawa dan merekodkan sebanyak 1,128 kes jangkitan pada 1 Mac lalu

Pada hari ini, dalam tempoh lebih kurang dua minggu, kes di Itali telah meningkat secara mendadak apabila merekodkan 1,809 kematian dengan 24,747 pesakit. Sebanyak 368 kematian direkodkan dalam masa 24 jam.
Jumlah kematian yang banyak itu sebahagiannya didakwa berkaitan dengan sistem kesihatan awam di Itali yang tidak dapat menampung lonjakan kenaikan pesakit Covid-19 secara mendadak

Berdasarkan pengalaman di China, 81 peratus kes Covid-19 cuma menunjukkan gejala tidak serius, maksudnya pesakit tidak mengalami jangkitan atau radang paru-paru

Bagaimanapun, pesakit yang mempunyai simptom berat memerlukan alat ventilator bagi mendapatkan bantuan oksigen

China, negara yang paling terkesan, memberi beberapa contoh terbaik sampel kesnya yang besar, 80,860 kes, dengan 3,213 orang meninggal dunia

Susulan langkah ketat yang diambil China - malah ada menggambarkan sebagai "terlalu keras" - peningkatan kes Covid-19 di negara itu, tempat virus itu berasal akhirnya dapat dikurangkan

Bagaimanapun, virus itu kini mula menular secara meluas di seluruh dunia termasuk Malaysia

Malaysia hari ini merekodkan 125 kes baru, menjadikan jumlah pesakit 553 orang. Semalam, terdapat 190 kes baru

Kebanyakan kes jangkitan baru dikesan berkaitan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur pada 27 Feb hingga 1 Mac lalu

Sebanyak 14,500 rakyat Malaysia dari seluruh negara berkumpul di masjid itu dan kemudiannya kembali ke negeri masing-masing

Bagaimanapun, perhimpunan dan pergerakan orang ramai bermakna virus itu telah menyebar ke beberapa negeri

Situasi hidup dan mati
Kini, Malaysia mempunyai 12 pesakit yang memerlukan sokongan alat bantuan pernafasan. Ini menunjukkan peningkatan daripada sembilan semalam dan lima pada hari berikutnya

Hari ini, gabungan persatuan perubatan juga menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas untuk "mendatarkan graf jangkitan"

“Jika peningkatan kes di Malaysia mendadak secara serentak, hospital akan mempunyai masalah

“Kita tidak mahu rakyat Malaysia terpaksa melalui proses rakyat Itali, di mana peningkatan mendadak dalam kes sehingga kecoh dan terpaksa membuat keputusan yang menyedihkan tentang hidup dan mati susulan sistem kesihatan yang lemah,” katanya gabungan organisasi itu

Kenyataan itu ditandatangani lebih 10 persatuan perubatan, antaranya Presiden Persatuan Penjagaan Rapi Dr Mohd Basri Mat Nor, Presiden Kolej Doktor Perubatan Kesihatan Awam, Dr Sha'ari Ngadiman, Presiden Persatuan Doktor Kesihatan Awam Dr Zainal Ariffin Omar dan Presiden Persatuan Doktor Pakar Anestesia, Dr Marzida Mansor

Dalam pada itu, Adham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mula melaksanakan langkah-langkah mitigasi, termasuk mengenal pasti pusat kuarantin negara

Adham juga menjelaskan bahawa 830 jururawat akan dipanggil untuk bekerja secara kontrak selama dua tahun bagi menyelesaikan masalah kekurangan staf perubatan

"Graduan jururawat akan diletakkan di hospital serata negeri," katanya

Menteri Luar Hishammuddin Hussein hari ini turut mengumumkan bahawa beliau akan berurus dengan China bagi mendapatkan peralatan perubatan

"Saya akan menulis secara rasmi kepada rakan sejawatan saya Wang Yi, menteri luar China, bagi permintaan ini supaya rakyat Malaysia akan diutamakan dan dilindungi bagi ancaman wabak Covid-19

“Ini adalah satu peluang bagi menunjukkan hubungan rapat antara Malaysia dan China, seperti yang dinyatakan kedutaan negara itu dalam mesyuarat. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni,” katanya lagi
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/situasi-panik-covid19-800-alat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Semakin Merebak Jangan Wujudkan Situasi Panik

Covid 19 Semakin Merebak Jangan Wujudkan Situasi Panik

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 475 hits
Covid 19 Semakin Merebak LuasSehingga semalam sahaja seramai 428 orang telah positif virus Covic 19 di negara kita Suatu jumlah yang besar peningkatan mendadak daripada hari sebelumnya Risau dibuatnya Mana tak risau kita tak tahu dengan sia...
Dalam Situasi Krisis Mb Selangor Masih Bermain Politik Lagi Covid19

Dalam Situasi Krisis Mb Selangor Masih Bermain Politik Lagi Covid19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 265 hits
Kerajaan Negeri Selangor nampaknya tidak akan berhenti bermain dengan sentimen dan politik jijik mereka Walau negara sekarang masih dalam krisis yang paling teruk Menter Besar Selangor Amiruddin Shaari terus menindas wakil rakyat daripada p...
Situasi Terkini Covid19 Di Malaysia Setakat 18 March 2020

Situasi Terkini Covid19 Di Malaysia Setakat 18 March 2020

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 522 hits
Situasi terkini COVID19 di Malaysia setakat 18 March 2020 12 tengah hari 117 kes baru dilaporkan hari menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 790 kes Dari 117 kes jemaah tabligh terlibat adalah 80 dan jumlah kumulatif kes tabligh adalah 513 ...
Terkini Lebih 800 Jururawat Baru Akan Ditambah Untuk Tangani Covid 19 Men Kesihatan

Terkini Lebih 800 Jururawat Baru Akan Ditambah Untuk Tangani Covid 19 Men Kesihatan

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 249 hits
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam sidang media sebentar tadi memaklumkan kerajaan akan menambah 800 orang jururawat secara lantikan kontrak untuk menangani COVID 19 di seluruh negara Menurut tweet oleh BERNAMA kesemua jururaw...
Amerika Ciptakan Alat Tes Covid 19 Hanya Perlu Waktu 45 Menit Deteksi Virus Corona

Amerika Ciptakan Alat Tes Covid 19 Hanya Perlu Waktu 45 Menit Deteksi Virus Corona

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 218 hits
Badan Obat dan Makanan Amerika Serikat mengumumkan telah meresmikan penggunaan tes diagnostik cepat pertama yang bisa mendeteksi virus corona hanya dalam waktu sekitar 45 menit
Erick Thohir Siap Dukung Pengadaan Alat Medis Di Wisma Atlet Kemayoran

Erick Thohir Siap Dukung Pengadaan Alat Medis Di Wisma Atlet Kemayoran

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 150 hits
Menteri BUMN Erick Thohir menyatakan siap melaksanakan dengan optimal pengadaan berbagai peralatan dan perlengkapan medis serta alat pelindung diri dalam rangka mengatasi virus corona BUMN logistik dan berbagai rumah sakit yang berada di ba...
Diminta Prabowo Hercules Terbang Ke China Ambil Alat Kesehatan Untuk Melawan Corona

Diminta Prabowo Hercules Terbang Ke China Ambil Alat Kesehatan Untuk Melawan Corona

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 258 hits
Pesawat angkut berat C130 Hercules terbang ke Shanghai China untuk mengangkut logistik kesehatan atau alkes yang telah dibeli oleh Pemerintah RI melalui Kemhan RI Panglima TNI Marsekal TNI Hadi Tjahjanto telah memerintahkan Kasau untuk memb...
Tni Berangkatkan Hercules Jemput Alat Kesehatan Covid 19 Di Shanghai

Tni Berangkatkan Hercules Jemput Alat Kesehatan Covid 19 Di Shanghai

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 144 hits
Alat kesehatan yang akan diangkut itu berkaitan dengan mewabahnya virus Corona jenis baru Covid 19
Mendagri Pastikan Alat Rapid Test Corona Akan Dibagikan Ke Daerah

Mendagri Pastikan Alat Rapid Test Corona Akan Dibagikan Ke Daerah

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 194 hits
Namun sebelum alat pengetesan tersebut diterima menurut Tito seluruh elemen tetap harus melakukan langkah langkah antisipasi lainnya yang bertujuan menutup celah penyebaran virus
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025