Siti Nor Hanim Alya Sempat Mengucap Sebelum Pergi Buat Selama Lamanya


TUMPAT – Bapa kepada Siti Nor Hanim Alya Hamid, 17, salah seorang daripada dua pelajar yang maut dirempuh kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi ini sempat mengajar gadis itu mengucap dua kalimah syahadah sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya.
Menurut Hamid Sulong, 63, sejurus kejadian berlaku di Kilometer 12 Jalan Kota Bharu- Pengkalan Kubor dekat Kampung Pasir Puteh penduduk memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia segera bergegas ke lokasi nahas.
Katanya, dia sempat tiba dan segera memangku kepala anaknya yang ketika itu masih bernyawa dan terbaring di dalam parit.

“Allah sahaja tahu perasaan saya melihat anak terbaring di dalam parit, saya terus pangku dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.
“Saya sedaya-upaya mengajar arwah mengucap ketika dia nazak, akhirnya dia sebut Allah..Allah…sebelum menghembuskan nafas” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.
Tambahnya, kelakuan Allahyarham Siti Nor Hanim Alya agak pelik hari ini kerana meminta izin mahu menunggang motosikal sendiri ke sekolah.
“Biasanya saya hantar dia setiap pagi, tetapi hari ini dia nak bawa sendiri motosikal kerana mahu singgah di rumah kawan ambil tudung waktu pulang sekolah.
“Saya sempat berpesan padanya supaya bawa motor elok-elok sewaktu dia bersalam dan cium tangan saya ketika turun dari rumah,” katanya.

Menurutnya, Allah lebih menyayangi mangsa yang merupakan anak ke-15 daripada 16 beradik apabila ‘pergi’ di bulan Ramadan.
Kemalangan pukul 7.24 pagi ini itu turut meragut nyawa rakan sekelas gadis itu, Noor Asmida Ellyana Abdullah, 17, yang menunggang sebuah lagi motosikal lain bersama adiknya.
Adik mangsa yang membonceng, Puteri Balqis Abdullah, 13, cedera di kepala, patah kaki dan dirawat di Hospital Tumpat.

Siti Nor Hanim Alya maut di tempat kejadian kira-kira 200 meter dari sekolah dan rakannya, Noor Asmida Ellyana disahkan meninggal dunia di Hospital Tumpat.
Ketiga-tiga mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat. – UTUSAN ONLINE


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/siti-nor-hanim-alya-sempat-mengucap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaikan Gelap Dunia Tak Sempat Beraya Bersama Bapa Kongsi Detik Anak Pergi Mengejut

Bagaikan Gelap Dunia Tak Sempat Beraya Bersama Bapa Kongsi Detik Anak Pergi Mengejut

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 473 hits
Bagaikan dirobek jiwa melihat sekujur tubuh kecil yang merupakan darah daging sendiri dibaluti kain kafan mungkin tidak pernah terdetik dalam hati setiap ibu bapa akan begitu kejapnya pinjaman anak itu kepada mereka Hakikatnya inilah yang h...
Sebelum Tewas Bersama 2 Anaknya Irawati Sempat Kirim Sms Minta Tolong Saat Dibantai Suami

Sebelum Tewas Bersama 2 Anaknya Irawati Sempat Kirim Sms Minta Tolong Saat Dibantai Suami

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 432 hits
Irawati Nurdin diduga masih hidup seusai dibunuh suaminya Aidil Saputra di rumahnya di Gampong Ulee Madon Kecamatan Muara Batu Aceh Utara Selasa dini hari Dikutip dari Serambinews Irawati sempat mengirim pesan minta tolong lewat SMS kepada ...
Video Oh Anakku Suamiku Tak Sempat Nak Puasa Bersama Suami Dan Anak Pergi Serentak

Video Oh Anakku Suamiku Tak Sempat Nak Puasa Bersama Suami Dan Anak Pergi Serentak

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 578 hits
Oh Anakku Suamiku Tak Sempat Nak Puasa Bersama Suami dan Anak Pergi Serentak Pasti luluh hati seorang insan apabila berdepan ujian paling besar menjelang Ramadan selepas kehilangan ahli keluarga yang tersayang Begitulah yang dapat digambark...
Sempatkah Nelson Mandela Mengucap Kalimah Syahadah Sebelum Kematiannya

Sempatkah Nelson Mandela Mengucap Kalimah Syahadah Sebelum Kematiannya

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 437 hits
Adakah Nelson Mandela seorang muslim sebenarnya Jawapan bagi soalan di atas anda sendiri yang tentukan di akhir artikel ini Namun anda perlu membacanya satu per satu dengan teliti sehingga ke perenggan dan bait ayat terakhir artikel ini Dik...
Tolong Doakan Anak Yatim Dalam Kandungan Ni Suami Sempat Kemas Rumah Sebelum Meninggal

Tolong Doakan Anak Yatim Dalam Kandungan Ni Suami Sempat Kemas Rumah Sebelum Meninggal

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 609 hits
Bukan senang untuk menggalas tangungjawab sebagai ibu dan ayah dalam masa yang sama lebih lebih lagi anak anak masih kecil dan tidak memahami apa apa Begitulah yang terpaksa ditangung oleh Puan Putri apabila suaminya dijemput Illahi akibat ...
Biasanya Saya Hantar Dia Sempat Ajar Anak Mengucap Remaja 17 Tahun Maut Dalam Pangkuan Bapa

Biasanya Saya Hantar Dia Sempat Ajar Anak Mengucap Remaja 17 Tahun Maut Dalam Pangkuan Bapa

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 915 hits
Biasanya Saya Hantar Dia Sempat Ajar Anak Mengucap Remaja 17 Tahun Maut Dalam Pangkuan Bapa Kemalangan melibatkan dua pelajar sekolah di Tumpat Kelantan yang dalam perjalanan ke sekolah berakhir pada hari ke empat umat Islam berpuasa di bul...
Masa Yang Pergi Takkan Kembali

Masa Yang Pergi Takkan Kembali

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 395 hits
Alhamdullillah Syukur ke hadrat Illahi aku maseh diberikan kesempatan untuk bernafas di bumi Allah yang indah tuk di taun baru 2018 Taun 2017 telahpun pergi meninggalkan kito buat selamak lamak ey dan sik akan kembali agik Seperti biaso bil...
Cuti Hari Pekerja Pergi Tengok Captain Marvel

Cuti Hari Pekerja Pergi Tengok Captain Marvel

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 378 hits
Assalamualaikum semua Beberapa hari lalu sempena Cuti Hari Pekerja Pergi Tengok Captain Marvel di TGV Korang jangan gelak tau sebab mama baru nak tengok Captain Marvel Sebelum ni mama pernah nak tengok di Central i City di sini http www mam...
Zahid Tak Dapat Pergi Umrah Mahkamah Tolak Serah Pasport

Zahid Tak Dapat Pergi Umrah Mahkamah Tolak Serah Pasport

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 578 hits
Zahid Hamidi yang didakwa 42 pertuduhan rasuah tidak pernah gagal melakukan umrah setiap kali bulan Ramadan Foto Utusan Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduha...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion