Biasanya Saya Hantar Dia Sempat Ajar Anak Mengucap Remaja 17 Tahun Maut Dalam Pangkuan Bapa


“Biasanya Saya Hantar Dia..” – Sempat Ajar Anak Mengucap, Remaja 17 Tahun Maut Dalam Pangkuan Bapa! Kemalangan melibatkan dua pelajar sekolah di Tumpat, Kelantan yang dalam perjalanan ke sekolah berakhir pada hari ke empat umat Islam berpuasa di bulan Ramadan. lebih menyayat hati apabila arwah Siti Nor Hanim meninggal dalam pangkuan bapanya yang sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum pergi mengadap Illahi.
Bapa kepada Siti Nor Hanim Alya Hamid, 17, salah seorang daripada dua pelajar yang maut dirempuh kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi ini sempat mengajar gadis itu mengucap dua kalimah syahadah sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya.
Sejurus Kejadian
Menurut Hamid Sulong, 63, sejurus kejadian berlaku di Kilometer 12 Jalan Kota Bharu- Pengkalan Kubor dekat Kampung Pasir Puteh penduduk memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia segera bergegas ke lokasi nahas.
Katanya, dia sempat tiba dan segera memangku kepala anaknya yang ketika itu masih bernyawa dan terbaring di dalam parit.
Pelajar ini, Siti Nor Hanim bakal mengambil SPM tahun ini namun Allah lebih sayangkannya.
Dirempuh kereta
Arwah bersama rakan sekolahnya maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam perjalanan ke sekolah
“Allah sahaja tahu perasaan saya melihat anak terbaring di dalam parit, saya terus pangku dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.
“Saya sedaya-upaya mengajar arwah mengucap ketika dia nazak, akhirnya dia sebut Allah..Allah…sebelum menghembuskan nafas” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.
Tambahnya, kelakuan Allahyarham Siti Nor Hanim Alya agak pelik hari ini kerana meminta izin mahu menunggang motosikal sendiri ke sekolah.
“Biasanya saya hantar dia setiap pagi, tetapi hari ini dia nak bawa sendiri motosikal kerana mahu singgah di rumah kawan ambil tudung waktu pulang sekolah.
“Saya sempat berpesan padanya supaya bawa motor elok-elok sewaktu dia bersalam dan cium tangan saya ketika turun dari rumah,” katanya.
Bapa sempat ajar anak mengucap sebelum meninggal dalam pangkuannya
Menurutnya, Allah lebih menyayangi mangsa yang merupakan anak ke-15 daripada 16 beradik apabila ‘pergi’ di bulan Ramadan.
Kemalangan pukul 7.24 pagi ini itu turut meragut nyawa rakan sekelas gadis itu, Noor Asmida Ellyana Abdullah, 17, yang menunggang sebuah lagi motosikal lain bersama adiknya.
Adik mangsa yang membonceng, Puteri Balqis Abdullah, 13, cedera di kepala, patah kaki dan dirawat di Hospital Tumpat.
Siti Nor Hanim Alya maut di tempat kejadian kira-kira 200 meter dari sekolah dan rakannya, Noor Asmida Ellyana disahkan meninggal dunia di Hospital Tumpat.
Ketiga-tiga mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat. – UTUSAN ONLINE
The post “Biasanya Saya Hantar Dia..” – Sempat Ajar Anak Mengucap, Remaja 17 Tahun Maut Dalam Pangkuan Bapa! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/biasanya-saya-hantar-dia-sempat-ajar-anak-mengucap-remaja-17-tahun-maut-dalam-pangkuan-bapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaikan Gelap Dunia Tak Sempat Beraya Bersama Bapa Kongsi Detik Anak Pergi Mengejut

Bagaikan Gelap Dunia Tak Sempat Beraya Bersama Bapa Kongsi Detik Anak Pergi Mengejut

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 382 hits
Bagaikan dirobek jiwa melihat sekujur tubuh kecil yang merupakan darah daging sendiri dibaluti kain kafan mungkin tidak pernah terdetik dalam hati setiap ibu bapa akan begitu kejapnya pinjaman anak itu kepada mereka Hakikatnya inilah yang h...
Anak Maut Ibu Bapa Kritikal Akibat Keracunan Gas Beracun Ketika Tidur Dalam Kereta

Anak Maut Ibu Bapa Kritikal Akibat Keracunan Gas Beracun Ketika Tidur Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 616 hits
The ReporterPenduduk di sekitar Masjid At Taqwa Kecamatan Salo Kabupaten Kampar Riau Indonesia digemparkan dengan penemuan dua orang dewasa yang tidak sedarkan diri dan seorang lagi telah meninggal dunia dalam sebuah kereta Toyota Innova Da...
Punya 19 Istri 46 Anak Dan 200 Cucu Pria 72 Tahun Ini Ngaku Sempat Ingin Tambah Lagi

Punya 19 Istri 46 Anak Dan 200 Cucu Pria 72 Tahun Ini Ngaku Sempat Ingin Tambah Lagi

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 584 hits
Seorang pria berusia 72 tahun bernama Che Soh Ahmad mungkin bisa dijuluki dengan pria paling subur di Malaysia Menginjak usianya yang ke 72 tahun siapa sangka ia sudah menikah sebanyak 19 kali dan memiliki 46 anak serta 200 cucu Che Soh men...
Bapa Tidur Kepenatan Tidak Sedar Anak 5 Tahun Jatuh Balkoni Hotel

Bapa Tidur Kepenatan Tidak Sedar Anak 5 Tahun Jatuh Balkoni Hotel

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 441 hits
Rakaman CCTV menunjukkan kanak kanak itu berlari lari di koridor bilik hotel penginapannya sebelum terjatuh Video viral
Nak Mula Ajar Anak 4 Tahun Belajar Iqra

Nak Mula Ajar Anak 4 Tahun Belajar Iqra

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 497 hits
Hai Assalamualaikum Al Kisahnya nak cerita pengalaman ajar Ahmad Khalif baca Iqra Akhir bulan ni Khalif masuk 4 tahun Tahun depan dah nak sekolah dah Plan nak start serius ajar Khalif Iqra untuk persediaan tahun depan Yang saya nampak peran...
Jangan Cemuh Usaha Ibu Bapa Lain Pujuk Anak Mereka Berpuasa Walaupun Baru 3 Tahun

Jangan Cemuh Usaha Ibu Bapa Lain Pujuk Anak Mereka Berpuasa Walaupun Baru 3 Tahun

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 464 hits
Melatih anak anak kecil berpuasa ini memerlukan kita menjernihkan hati kita Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah Bila kita faham akan perkara ini maka bila kita mahu melatih anak berpuasa kita boleh membuat keputusan yang bai...
Gelugor Bapa Simbah Anak Dengan Air Panas

Gelugor Bapa Simbah Anak Dengan Air Panas

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 388 hits
Akibat berang dengan anak sendiri yang sering menuntut wang insurans milik ibu mereka seorang bapa tergamak menyiram air panas di muka anak kandung sendiri dalam satu kejadian di sebuah rumah di The Pulse Jalan Kaki Bukit di Gelugor Selasa ...
Cokelat Mermaid Jajanan Anak Rp500 Pembawa Maut Seorang Anak Di Pekalongan Meninggal Usai Memakannya

Cokelat Mermaid Jajanan Anak Rp500 Pembawa Maut Seorang Anak Di Pekalongan Meninggal Usai Memakannya

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 585 hits
Taufiq ayah dari seorang bocah perempuan tak menyangka anaknya akan meninggal usai menyantap jajanan anak yang dibeli di warung sekitar rumah Peristiwa nahas itu terjadi di Panjang Wetang Gang 1 Kecamatan Pekalongan Utara Pekalongan Jawa Te...
Satu Keluarga Tidur Dalam Kereta Anak Lelaki Maut Dengan Mulut Berbuih Dipercayai Terhidu Gas Beracun

Satu Keluarga Tidur Dalam Kereta Anak Lelaki Maut Dengan Mulut Berbuih Dipercayai Terhidu Gas Beracun

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 658 hits
Satu Keluarga Tidur Dalam Kereta Anak Lelaki Maut Dengan Mulut Berbuih Dipercayai Terhidu Gas Beracun Satu insiden telah menggemparkan penduduk berdekatan Masjid At Taqwa Kampung Salo daerah Kampar Riau Indonesia apabila mereka terjumpa seb...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Gdm Diabetes Amalan Selepas Bersalin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Silat Warisan Kita Mendidik Anak Menjadi Pejuang Hidup Sejati

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Puding Dadih Mangga

Branding Bermula Dari Packaging Bukan Sekadar Logo

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya