Siti Jamumall Cemas Bayi Tertukar Di Hospital



Usahawan dalam talian, Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall dan suaminya berdepan saat mencemaskan apabila menyedari bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi lain, hari ini.
Kejadian itu dikongsikan beliau melalui satu perkongsian di Facebook (FB) Live bermula 7.40 malam tadi.
Siti Suriani berkata, beliau melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Shah Alam, awal pagi semalam dan pihak hospital membenarkan beliau serta bayinya pulang ke rumah, hari ini.
Bagaimanapun, beliau menyedari bayi itu bukan anak mereka ketika suaminya yang mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu mendapati ia milik wanita lain yang dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.
"Saya gementar dan terkejut selepas melihat tanda nama wanita lain sebagai ibu bayi itu yang diletakkan di kakinya. Saya tidak pasti bagaimana kejadian tertukar anak ini boleh berlaku.
"Pada tanda nama di kaki bayi itu, tertera nama ibunya dan waktu dilahirkan iaitu 3.02 petang 10 Jun (Khamis) sedangkan saya melahirkan anak pada semalam pada jam 2.30 pagi," katanya, lapor BH Online.
Sebaik menyedari perkara itu, Siti Suriani berkata, beliau dan suami terus menghubungi pihak hospital untuk memaklumkan perkara berkenaan.
"Jika suami tidak menyedari nama ibu pada tanda nama itu, sampai bila-bila kami menyangka dia anak kami walaupun terdetik di hati saya wajah bayi ini berbeza," katanya.
Difahamkan, Siti Suriani melahirkan bayi lelaki kira-kira 2.30 pagi semalam yang juga anak keduanya selepas berkahwin pada April 2019 pada usia 19 tahun.
Menerusi perkongsian FB Live itu, Siti Suriani yang turut dikenali sebagai Siti Pok Pek turut membuat penstriman secara 'live' perjalanan beliau bersama suami dan bapa mentuanya ke hospital untuk memulangkan semula bayi dalam jagaannya dan mengambil bayinya semula.
Sebaik sampai, suami dan bapa mentuanya bertemu pihak hospital yang kemudian mengesahkan bayi itu tertukar.
Siti Suriani yang menunggu dalam kenderaan sempat dimaklumkan oleh suaminya yang bayi mereka berada di hospital sebelum penstriman 'live' itu terhenti selepas hampir sejam 49 minit bersiaran.
Video rakaman FB Live berkenaan mendapat 1.3 juta tontonan dengan 40,000 tanda reaksi, 56,000 komen dan dikongsi 37,000 kali.
Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizan memberi semangat kepada Siti Suriani menghadapi detik cemas itu, selain ada yang mencadangkan beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak hospital kerana cuai.
Selain itu, ada juga memintanya terus berhubung dengan keluarga bayi yang tersalah diberikan kepadanya itu kerana beliau sudah menjadi ibu susuan bayi berkenaan.
Berdasarkan FB Live terbarunya malam ini, Siti Suriani memaklumkan beliau sudah menemui bayinya itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/06/siti-jamumall-cemas-bayi-tertukar-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terpaksa W4rded Terus Siti Jamumall Diduga Lagi Selepas Isv Bayi Tertukar Kini Datang Sak T Lain Pula

Terpaksa W4rded Terus Siti Jamumall Diduga Lagi Selepas Isv Bayi Tertukar Kini Datang Sak T Lain Pula

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 247 hits
Usahawan dalam talian Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall berdepan dug4an lagi apabila anaknya pula mengh1dap peny4kit dem4m kuning Siti menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya meluahkan kebimb4ngan k...
Perghh Kecoh Bayi Tertukar Ibu Kongsi Detik Cemas Bawa Pulang Bayi Orang Lain

Perghh Kecoh Bayi Tertukar Ibu Kongsi Detik Cemas Bawa Pulang Bayi Orang Lain

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 368 hits
Patutlah anak ni lain kuat minum susu Macam drama Ibu kongsi detik cemas bawa pulang bayi orang lain mula rasa pelik muka tak sama dengan gambarFoto kiri menunjukkan Siti Jamumall selepas melahirkan bayi manakala foto kanan Siti Jamumall se...
Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi Di Hospital

Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi Di Hospital

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 373 hits
Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi Di Hospital Kecoh kan sekarang tentang kejadian tertukar bayi di hospital yang berlaku kepada Puan Siti Jamumall dan Puan Diana Ingatkan perkara tertukar anak ni berlaku dalam drama sahaja Itu apa yang ...
Nama Ibu Lain Anak Aku Kat Mana Wei Tertukar Tag Ke Baby Siti Jamumall

Nama Ibu Lain Anak Aku Kat Mana Wei Tertukar Tag Ke Baby Siti Jamumall

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 714 hits
Kecoh di media sosial apabila pengasas laman web Jamu Mall Siti Suriani yang selamat bersalin semalam mendakwa tertukar bayi dengan orang lain selepas dibenarkan pulang ke rumah hari ini Menerusi sesi siaran langsung di laman Facebook seben...
Sarat H4mil Kisah Ibu Tertukar Bayi Buat Siti Sarah Ser Au Apalah Rasanya Meng4ndung 9 Bulan Tiba Tiba Dapat Tahu Baby

Sarat H4mil Kisah Ibu Tertukar Bayi Buat Siti Sarah Ser Au Apalah Rasanya Meng4ndung 9 Bulan Tiba Tiba Dapat Tahu Baby

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 458 hits
Penyanyi Siti Sarah akui terkeejut sebaik sahaja mengetahui kisah tular seorang ibu yang tertukar bayi selepas bersalin Sarah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya baru baru ini Menurut Sarah kecuaian itu sepatu...
Hiburan Ini Betul Betul Jadi Bukan Sinetron Indonesia Siti Sarah Seriau Kejadian Tertukar Bayi

Hiburan Ini Betul Betul Jadi Bukan Sinetron Indonesia Siti Sarah Seriau Kejadian Tertukar Bayi

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 248 hits
Penyanyi dan juga usahawan Siti Sarah mengakui dirinya seriau dan fobia apabila mendengar berita mengenai kejadian bayi yang baru dilahirkan telah tertukar dengan bayi lain baru baru ini Ujar Sarah perkara itu sering dilihatnya terjadi hany...
Siti Sarah Menceritakan Sesuatu Yg Mengejutkn Slps Apa Yg Berlaku Pd Siti Jamumall

Siti Sarah Menceritakan Sesuatu Yg Mengejutkn Slps Apa Yg Berlaku Pd Siti Jamumall

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 253 hits
Semalam Siti telah memuat naik satu status dimana beliau dan bayi terpaksa masuk semula ke Hospital
Isu Bayi Tertukar Kedua Dua Ibu Cadang Ambil Tindakan Undang Undang

Isu Bayi Tertukar Kedua Dua Ibu Cadang Ambil Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 323 hits
Selepas dikejutkan denggan insiden dua bayi yang baru dilahirkan mereka bertukar sesama sendiri dua wanita terlibat iaitu Siti Suriani dan Diana Hanani bercadang untuk mengambil tindakan undang undang Menerusi laporan Harian Metro Siti Suri...
Polis M 039 Sia Sahkan Terima Laporan Bayi Tertukar Di Shah Alam

Polis M 039 Sia Sahkan Terima Laporan Bayi Tertukar Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 237 hits
KONGSI ARTIKEL SHAH ALAM Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian membabitkan dua pasangan tertukar bayi di sebuah hospital swasta di Seksyen 13 Shah Alam pada Sabtu Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Certot Pelaris