Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi Di Hospital


Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi Di Hospital

Kecoh kan sekarang tentang kejadian tertukar bayi di hospital yang berlaku kepada Puan Siti Jamumall dan Puan Diana. Ingatkan perkara tertukar anak ni berlaku dalam drama sahaja.

Itu apa yang selalu aku fikir dulu, tak mungkin kecuaian macam tu boleh berlaku. Tapi bila kejadian sama berlaku pada diri sendiri lima tahun lepas, aku boleh relate apa ibu-ibu terlibat ni rasa.

Puan Siti Jamumall ni aku kenal sewaktu aku tulis artikel mengenai adik beliau pada tahun 2019. Menariknya adik beliau merupakan orang kelainan upaya tetapi dikenali sebagai usahawan berjaya.

Boleh google tentang ‘Nizam tiga jari’.  Boleh baca kisah inspirasi dekat sini Kisah Usahawan OKU Berjaya






Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi

Berbalik kepada tajuk di atas, aku sempat merasa pengalaman tertukar anak sendiri waktu melahirkan anak kedua di sebuah hospital swasta.

Mujurlah aku bukan artis atau golongan yang dikenali, kalau tak mesti netizen kecam sibuk nak live sampai anak sendiri tak cam, sama macam apa yang berlaku kepada Puan Siti.

Budaya cyber bully, kecam mengecam ni serius kena stop la wahai rakyat Malaysia. Tak baik judge orang sedangkan kita tak tahu kehidupan dia yang sebenar.

Pengalaman aku pula lebih kurang sama cuma tempoh aku sedar bayi tu bukan anak aku berlangsung dalam 10 – 15 minit macam tu.

Sekadar throwback, aku bersalin normal dan selesai urusan melahirkan anak kemudian aku dimasukkan ke wad. Memang suami tempah bilik seorang untuk keselesaan kami.

Waktu mendaftar masuk hospital, nurse dah minta baju, pampers & selimut bayi awal-awal supaya senang bila anak lahir je nurse akan pakaikan baju sebelum diserahkan kepada ibu bapa.

Aku ingat lagi baju yang aku siapkan dalam bag bersalin ialah baju belang Kuda Belang.

Apa yang berlaku pada kami ialah waktu nurse serahkan anak aku tengah berehat setelah penat meneran. Walaupun penat aku tak sabar nak jumpa dan susukan anak.





Nurse Mohon Maaf Dalam keadaan yang penat selepas bertarung nyawa memang kita harapkan dan letak kepercayaan sepenuhnya kepada pihak hospital.

Moment pegang anak kali pertama tu sangat-sangat berharga. Lepas nurse keluar bilik perkara pertama kami buat adalah cium dan belek anak.

Laju je ambil handphone nak rakam memori indah tu.

Waktu ni bayi kemas berbalut dan dibedung. Hanya nampak muka sahaja. Masa pegang bayi yang disangkakan anak sendiri waktu tu memang terasa lain sangat tapi cepat-cepat tepis perasaan tak sedap hati tu.

Hilang rasa sakit meneran waktu bersalin bila nampak anak depan mata. Perasaan sayang tu kalau boleh digambarkan macam seluas lautan lah.

Tapi masa ni kami dah mula pelik, hidung bayi tu mancung sedangkan hidung kami biasa-biasa je. Hidung Melayu. Ahaks.

Lagi satu bayi ni berkulit cerah dan banyak bulu pada jari dan bahagian muka. Perkara paling best dapat cium jari jemari baby. Terapi sungguh bau bayi baru lahir.

Sayang punya pasal, segala ‘kelainan’ pada bayi aku tolak tepi. Sambil peluk erat sambil tu mulut aku bercakap-cakap dengan bayi.

“hey awak anak siapa ye?” dalam nada berseloroh.

Elok kami tengah bercakap-cakap dengan anak, nurse masuk dan sampaikan berita tertukar bayi.

Mata aku automatik pandang baju yang nurse pakaikan pada bayi. Bukan baju Kuda Belang yang aku bekalkan tu. Nurse minta maaf atas kemalangan yang tidak disengajakan.

Mulut terus laju tanya mana anak aku?

Nasib lah waktu tu aku belum sempat susukan bayi tu lagi.

Dijadikan cerita rupa-rupanya bayi yang diserahkan pada kami tu emak dia masih belum sedarkan diri (mak dia bersalin caeser).

Reaksi kami masa tu kosong sangat, semestinya kami blur. Belum hilang penat terkejar-kejar uruskan hal bersalin tiba-tiba kejadian macam ni berlaku.  

Jadi aku faham sangat bila Puan Siti & keluarga lambat sedar tertukar anak. Lepas bersalin dalam otak hanya fikir nak balik dan berehat.

Nak pula bersalin di zaman Covid ni, prosedur dia lebih panjang berbanding waktu normal dahulu. Pasti lebih penat.

Untuk kes aku, kami decide tak ambil tindakan lanjut. Nurse pun banyak kali minta maaf, sebelum keluar hospital banyak kali aku minta nurse pastikan kami tak tersalah ambil anak orang.

Bagi kes Puan Siti khabarnya dia nak ambil tindakan undang-undang. Kalau itu pilihan dia terpulanglah kan. Sekurang-kurangnya ianya akan jadi iktibar kepada pihak hospital supaya lebih berhati-hati di masa hadapan.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2021/06/pengalaman-diri-sendiri-tertukar-bayi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siti Jamumall Cemas Bayi Tertukar Di Hospital

Siti Jamumall Cemas Bayi Tertukar Di Hospital

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 247 hits
Usahawan dalam talian Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall dan suaminya berdepan saat mencemaskan apabila menyedari bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi lain hari ini Kejadian itu dikongsikan beli...
Penganggur Kelar Diri Sendiri Ditemui Berjalan Berlumuran Darah

Penganggur Kelar Diri Sendiri Ditemui Berjalan Berlumuran Darah

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 253 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang penganggur disyaki mengelar leher sendiri dalam kejadian di Jalan Bunga Cempaka Felda Pasak Kota Tinggi Johor Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Hussin Zamora berkata kejadian itu disedari pada 9 45 pagi semal...
Berat Pun Salah Tulis Ibu Tertukar Bayi Nekad Tuntut Keadilan Buat Anak

Berat Pun Salah Tulis Ibu Tertukar Bayi Nekad Tuntut Keadilan Buat Anak

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 377 hits
Perkongsian pengasas laman web Jamumall com Siti Suriani 23 mengenai kejadian tertukar bayi dialaminya benar benar mengejutkan banyak pihak Mana tidaknya kecuaian yang berlaku bukan sahaja menggangu emosi ibu malahan membuatkan ramai panik ...
Polis M 039 Sia Sahkan Terima Laporan Bayi Tertukar Di Shah Alam

Polis M 039 Sia Sahkan Terima Laporan Bayi Tertukar Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 225 hits
KONGSI ARTIKEL SHAH ALAM Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian membabitkan dua pasangan tertukar bayi di sebuah hospital swasta di Seksyen 13 Shah Alam pada Sabtu Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat
Isu Bayi Tertukar Kedua Dua Ibu Cadang Ambil Tindakan Undang Undang

Isu Bayi Tertukar Kedua Dua Ibu Cadang Ambil Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 317 hits
Selepas dikejutkan denggan insiden dua bayi yang baru dilahirkan mereka bertukar sesama sendiri dua wanita terlibat iaitu Siti Suriani dan Diana Hanani bercadang untuk mengambil tindakan undang undang Menerusi laporan Harian Metro Siti Suri...
Kecoh Tertukar Bayi Doktor Pesan Ibu Bapa Perlu Alert Sebelum Keluar Dari Wad

Kecoh Tertukar Bayi Doktor Pesan Ibu Bapa Perlu Alert Sebelum Keluar Dari Wad

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 257 hits
Seorang ibu Siti Suriani sangat terkejut setelah membuat pemeriksaan ke atas bayi yang telah dibawa pulang apabila mendapatai bayi tersebut bukan bayi yang telah dilahirkannya Ia sangat mengecewakannya kerana pihak hospital kerana tidak mem...
Perghh Kecoh Bayi Tertukar Ibu Kongsi Detik Cemas Bawa Pulang Bayi Orang Lain

Perghh Kecoh Bayi Tertukar Ibu Kongsi Detik Cemas Bawa Pulang Bayi Orang Lain

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 360 hits
Patutlah anak ni lain kuat minum susu Macam drama Ibu kongsi detik cemas bawa pulang bayi orang lain mula rasa pelik muka tak sama dengan gambarFoto kiri menunjukkan Siti Jamumall selepas melahirkan bayi manakala foto kanan Siti Jamumall se...
Terpaksa W4rded Terus Siti Jamumall Diduga Lagi Selepas Isv Bayi Tertukar Kini Datang Sak T Lain Pula

Terpaksa W4rded Terus Siti Jamumall Diduga Lagi Selepas Isv Bayi Tertukar Kini Datang Sak T Lain Pula

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 243 hits
Usahawan dalam talian Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall berdepan dug4an lagi apabila anaknya pula mengh1dap peny4kit dem4m kuning Siti menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya meluahkan kebimb4ngan k...
Tipu Diri Sendiri

Tipu Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 529 hits
Tipu Diri Sendiri Hai saja share pringatan sesama kita SENYUM SAJA
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi